Sayang sekali. Kerana dibelenggu pelbagai isu yang diakibatkan oleh sikap pembangkang yang sengaja membuat kacau, usaha murni Perdana Menteri sering tenggelam.
Malah kadangkalanya tersasar daripada perhatian rakyat akhir-akhir ini apalagi akhbar utama yang diharapkan menonjolkan usaha sedemikian turut tenggelam sama dengan isu-isu lain yang sewajarnya diketepikan sementara.
Apabila akhbar utama kadangkala tersasar – sama ada gagal mengetengahkan pengumuman yang memberikan keuntungan besar kepada rakyat atau demi keuntungan kepada syarikat akhbar itu sendiri dari segi jualan – usaha murni Datuk Seri Mohd Najib Razak bagaikan sesuatu yang biasa bukan yang utama.
Beginilah keadaannya apabila negara dalam keadaan tidak stabil selain editor yang
mementingkan berita yang sensasi.
Datuk Seri Mohd Najib Razak sedang berusaha bersungguh-sungguh memperkenalkan dasar dan program baru tetapi pembangkang pula timbulkan pelbagai isu untuk menutup atau memperlekehkan Najib.
Perdana Menteri seolah-olah mahu dilihat sebagai yang tidak berupaya dan lemah.
Tahniah untuk Najib kerana beliau bukan sahaja menyambung dan memperkukuhkan dasar ECER yang dilancarkan Tun Abdullah Ahmad Badawi tetapi memperteguhkannya melalui Zon Zon Ekonomi Khas Wilayah Ekonomi Pantai Timur (SEZ-ECER) semalam (4 Ogos 2009)
SEZ-ECER bukan merupakan satu projek yang hanya memberi tumpuan kepada pelabur semata-mata malah lebih mengutamakan kepentingan rakyat.
“Peranan pelabur penting kerana tanpa pelaburan tidak mungkin kita dapat menjana kekayaan malah penduduk di sini juga tidak mendapat pekerjaan,’’ katanya.
Najib berkata, kerajaan juga akan mempertimbangkan mewujudkan SEZ di beberapa koridor pembangunan wilayah lain di negara ini.
Hadir pada majlis pelancaran , Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said; Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan ECER, Datuk Jebasingam Issace John.
Jelas apa juga usaha dilakukan pembangkang untuk mengalih perhatian, ternyata Najib tidak terperangkap.
Cumanya muka depan dua akhbar utama – Berita Harian dan New Straits Times hanya memaparkan gambar Najib dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kelihatan mesra – kecuali Utusan Malaysia dan The Star – menggambarkan betapa kesan perhimpunan bantah ISA dan isu kematian Teoh tetap mendapat tempat di muka hadapan.
Bagi saya, usaha memperkenalkan SEZ-ECER ini amat penting untuk negeri-negeri –Pahang dan Terenganu - yang berpaksikan Melayu dan jika usaha ini berjaya menarik pelaburan RM90 bilion dan menyediakan 220,000 peluang pekerjaan menjelang 2020, ia sesuatu yang amat menguntungkan rakyat di kedua-dua negeri.
Lagi pun seperti kata Perdana Menteri ia yang merupakan zon ekonomi khas pertama di Malaysia meliputi Kerteh, Terengganu hingga ke Tanjung Agas di sini turut menyumbang sebanyak 80 peratus hasil keluaran ekonomi di kawasan ECER.
Oleh kerana ia meliputi 51 peratus kawasan Semenanjung dan sangat luas, ia mampu menjadi kawasan pertumbuhan ekonomi terbesar di negara ini.
Sayang sekali, pemikiran pengarang di dua akhbar berkenaan yang mungkin dibelenggu dengan ‘kebimbangan yang melampau’ atau ‘mahu jual akhbar’, dasar atau pengumuman penting Perdana Menteri hanya dimuatkan di muka 2 kedua-dua akhbar berkenaan.
SEZ mempunyai impak ekonomi amat besar, termasuk keupayaan menyumbang masing-masing 50 dan 80 peratus kepada peluang pekerjaan dan hasil keluaran ekonomi untuk keseluruhan ECER walaupun saiznya hanya enam peratus daripada keseluruhan keluasan wilayah ekonomi itu.
Katanya, empat zon bebas diwujudkan di SEZ untuk menggalakkan dan menumpukan rantaian antara kelompok industri, iaitu kelompok Pembuatan Bernilai Tinggi, Industri Asas Tani; Gas dan Petrokimia; Pelancongan/Hartanah; Ilmu/Pendidikan dan ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) serta Logistik.
Dan bagi merangsang pertumbuhan SEZ-ECER, Insentif Galakan Istimewa akan diberi kepada para pelabur asing dan domestik yang berkelayakan.
“Beberapa insentif fiskal dan bukan fiskal yang baru akan disediakan agar ia mampu menarik pelaburan dan membolehkan ia terus berdaya saing dan berpotensi,” jelasnya.
Najib berkata, serentak itu Pelabuhan Kuantan akan dinaik taraf supaya mampu mengendalikan lebih 30 juta metrik tan muatan kargo setahun menjelang tahun 2020 berbanding 16.8 juta metrik tan pada masa ini.
Untuk merangsang pertumbuhan pesat SEZ, Najib berkata, kerajaan akan menyediakan insentif fiskal dan bukan fiskal untuk menarik pelaburan dan terus berdaya saing. “Pembinaan dermaga-dermaga tambahan dan pemecah ombak dijangka mampu mencapai peranannya sebagai sebuah pelabuhan utama di Pantai Timur serta sebagai pintu masuk perdagangan bagi pasaran Asia Pasifik,” katanya.
Najib berkata, projek Agropolitan ECER yang dilancar adalah sebuah pembangunan bersepadu yang bermatlamat utama membasmi kemiskinan tegar pada akhir 2010, melalui penyertaan golongan miskin dalam sektor perladangan dan bukan perladangan.
Antara 2007 hingga sekarang, sejumlah RM24 bilion nilai pelaburan asing dan tempatan diperoleh daripada pelabur swasta untuk projek di ECER dalam kelompok pelancongan, pembuatan, petrokimia dan pertanian.
Perdana Menteri memberi jaminan pembangunan ECER akan terus mendapat komitmen kerajaan hingga ke Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) sehingga 2020 melalui 189 projek bernilai RM112 bilion yang dilaksanakan secara berperingkat.
Rakyat Malaysia sangat beruntung kerana selepas tamatnya era zaman keemasan di bawah pentadbiran Dr Mahathir Mohamad kini diterajui pula oleh seorang yang pasti bakal bergelar negerawan ulung iaitu Dato Seri Najib Razak. Walaupun agak terlewat sedikit kerana iklim politik Malaysia telah tercemar gara-gara kelemahan dan tamak kuasa Pak Lah ,Najib tidak hilang arah. Beliau terus mengumumkan konsep 1 Malaysia yang sangat diperlukan oleh rakyat Malaysia bagi mencapai Wawasan 2020. Ketokohannya jelas menonjol dan rakyat tentunya boleh mengharapkan era yang lebih gemilang di hadapan. Inilah sebenarnya yang menjadi kegusaran besar kepada parti pembangkang terutamanya Dato Seri Anwar Ibrahim. Oleh itu mereka sengaja membuat berbagai tipu daya politik sejak dari PRU 12 untuk menjadikan Dato Seri Najib tiada masa untuk mentadbir negara dengan baik. Parti Pembangkang sebenarnya lebih suka Pak Lah terus memerintah negara supaya mereka boleh mengekploitasi kelemahannya untuk menjahanamkan negara. Sebab itulah tiada langsung serangan politik oleh pembangkang terhadapnya.
ReplyDelete