Saturday, August 8, 2009

DOKUMEN DUN SEMENTA DI 2 LOKASI

Rodziah tidak perlu gentar atau bimbang.

Dia sudah menyatakan tidak bersalah apa-apa dan biarlah penyiasat membuat kerja mereka.

Sepasukan lima pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya hari ini mengambil (bukan merampas seperti dilaporkan Malaysiakini) beberapa dokumen dipercayai membabitkan peruntukan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa.

DUN itu di bawah seliaan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi Rodziah Ismail.

Dokumen peruntukan DUN Sementa yang menjadi DUN angkat Rodziah itu diambil di dua lokasi iaitu di pejabat Exco berkenaan yang terletak di tingkat 2, Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah dan di Pejabat Tanah Daerah Klang dekat sini.

Pegawai Khas kepada Rodziah, Mohd Saadon Mohar berkata SPRM sudah memberi notis mengenai kedatangan mereka dan beliau turut mengiringi pegawai SPRM berkenaan untuk ke dua lokasi berkenaan.

“Pegawai SPRM ada menghubungi saya Rabu lepas untuk mendapatkan dokumen membabitkan peruntukan bagi DUN Sementa bagi tahun 2008 dan 2009.

“Mereka melayan saya seperti biasa dan saya juga ditemani seorang peguam yang yang dilantik kerajaan negeri Selangor untuk membantu pembantu khas Exco,” katanya kepada pemberita semalam.

Sepasukan lima pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat Exco Kerajaan Selangor, Rodziah Islam di bangunan SUK di Shah Alam hari ini.

Ketika dihubungi, seorang pegawai Rodziah memberitahu Malaysiakini bahawa pegawai SPRM itu menyerbu pejabat tersebut pada kira-kira jam 3 petang.

"Mereka adalah pegawai SPRM sama yang datang dua hari lalu," katanya.

Rabu lalu, SPRM membatalkan pada saat-saat akhir serbuan ke pejabat Rodziah selepas berbincang dengan peguamnya.

Pembantu Rodziah juga tidak membenarkan mereka masuk ke pejabat exco tersebut.

Rodziah sedang menghadiri mesyuarat exco pada hari berkenaan tetapi peguamnya datang ke pejabatnya untuk berbincang dengan pegawai SPRM berkenaan. Berikutan itu, serbuan tersebut dibatalkan.

Rodziah merupakan pengerusi kebajikan, wanita, sains, teknologi dan inovasi.

Kehadiran pegawai SPRM itu adalah sebahagian daripada siasatan terhadap dakwaan salahguna peruntukan negeri, dipercayai ekoran laporan yang dibuat oleh NGO anti-rasuah, GERAK.

1 comment:

  1. Berani kerana benar, takut kerana salah. Kalau betul tak salah janganlah melompat macam 'kera panas punggung', 'cacing kepanasan'. Saya setuju dengan kenyataan SPRM mengambil beberapa dokumen bukan "MERAMPAS" seperti didakwa malaysiakini. Malaysiakini tak jujur dalam memperkatakan sesuatu sampai kadang-kala nampak berbohong dengan maklumatnya. Kita serang malaysiakini.

    ReplyDelete