Saturday, August 8, 2009

APA NASIB PAS & HASSAN ALI DI SELANGOR?

Saya dah katakan sebelum ini, Dr Hassan Ali sebenarnya besendirian.

Mana pembelaan untuk beliau? Apakah yang beliau lakukan tidak mendapat restu PAS Pusat?
Semalam lebih malang.

"Kita sebenarnya telah menjangkakan sesuatu yang positif (pengumuman oleh Menteri Besar)... tapi...," kata Roslan Shahir, Ketua Penerangan PAS Selangor.

Bukan sekadar itu sahaja, Kini bagaikan wujud perbalahan terbuka yang berlarutan antara parti dalam Pakatan Rakyat di Selangor

Apa tidaknya, keadaan bercelaru itu ditambah tegang apabila DAP semalam menuntut supaya diwujudkan jawatankuasa disiplin bagi membincangkan tindakan terhadap Pesuruhjaya PAS Selangor itu.

Ini berikutan Hassan Ali meminta agar Ronnie Liu dari DAP dilucutkan daripada jawatannya sebagai Exco Selangor, baru-baru ini.

Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua, berkata tindakan Hasan Ali dalam kes itu dilihat "tidak sesuai serta tidak adil".

Ini diburukkan lagi dengan tindakan Pemuda PAS mengadakan demonstrasi menentang Ronnie Liu, serta rancangan Pas mengadakan kempen besar-besaran di masjid-masjid berhubung isu itu sebagaimana yang dilaporkan media.

"Apa yang membuatkan tindakan (Hasan) itu tidak dapat diterima ialah kenyataan bahawa Ronnie Liu menjalankan tanggungjawabnya dengan tekun, apabila mengarahkan supaya dipulangkan barang yang diambil secara tidak sah kepada pemiliknya," kata Pua di pejabat DAP Selangor semalam.

DAP memiliki hubungan yang baik dengan Pas di peringkat persekutuan, namun menurutnya parti itu benar-benar bingung dengan apa yang berlaku di Selangor yang dilihat berbeza sama sekali dengan hubungan yang wujud di peringkat nasional.

Pua berkata DAP akan menghantar surat kepada kepimpinan Pakatan Rakyat hari ini bagi menggesa supaya ditubuhkan satu jawatankuasa disiplin.

Minggu lalu, Ronnie Liu selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memulangkan minuman keras yang dirampas dari sebuah kedai serbaneka di Jalan Liku, Seksyen 8, Shah Alam.

Ekoran tindakan itu, Hasan Mohamed mendesak kerajaan negeri menarik balik portfolio kerajaan tempatan yang dipegang Liu.

Roslan berkata pihaknya sebenarnya telah mengharapkan penyelesaian positif daripada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim yang membuat pengumuman tengah hari tadi.

Roslan Shahir menambah, PAS Selangor akan mengkaji kenyataan Menteri Besar sebelum mengeluarkan pendiriannya.

2 comments:

  1. Tiada apa yang mengherankan dengan suasana politik di Selangor hari ini. Hasan Ali sebenarnya telah menggunakan sentimen peribadi yang berkepentigan diri sendiri apabila bertindak mendesak MB menukar portfolio Ronnie. Hassan lupa bahawa dia cuma seorang exco yg dilantik MB mewakili Parti Pas . Dia juga lupa yang Pas hanya ada 8 kerusi saja di Selangor . Hasan sebenarnya hendak menunjukkan dia ada kekuatan sokongan akar umbi untuk mencabar MB selepas mengambil alih semua masjid dan surau di Selangor. Tapi ilmu politiknya terlalu cetek berbanding mentornya DSAI.
    Nampak gayanya ada kemungkinan Hassan akan terjun dengan labunya bersendirian. Pengajaran yang sangat baik bagi Hassan yang kuat mencemuh Mohd Khir Toyo dahulu. Mungkin juga Hasan perlu berbincang dengan Mohd Khir sekiranya kepimpinan Pas pusat menolak ideanya.

    ReplyDelete
  2. Jadilah Dr. Hassan Ali sebagai Hero Yang Tidak Didendang di negeri Selangor. Kuasa dah ada ditangan, apa yang perlu dilakukan dan apa tindakan yang patut diambil ialah melaksanakan tindakan yang dilaung-laungkan selama ini. Kalau dulu didalam ceramahnya disana-sini menjaja kononnya kerajaan Selangor taghut, menggalakkan maksiat, kilang arak dan berbagai-bagai lagi tohmahan terhadap Mohd. Khir. Nah! Sekarang laksanakanlah segera tindakan, jangan jadi pemimpin Islam yang DAYUS dan membiarkan Islam itu dinoda oleh DAP dan MB yang bertindak ikut skrip.

    ReplyDelete