Tuesday, July 7, 2009

NAK KOMISYEN RM12 JUTA? TOLONG JUAL RUMAH DR KHIR TOYO

Apa-apa sahaja. Beginilah bila sudah ‘di bawah’. Ada sahaja masalah. Kalau kita tidak buat, orang lain tolong buat.

Itulah yang terjadi kepada bekas Menteri Besar Selangor.

Malaysiakini melaporkan kediaman mewah milik Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo di Shah Alam mencetus kontroversi kerana kosnya dikatakan melebihi kemampuannya atau menteri besar yang berkhidmat selama lapan tahun.

ADUN Sekincan, Ng Suee Lim mendakwa anggaran kos pembinaan rumah di kawasan seluas 50,000 kaki persegi atau 0.5 hektar itu, ialah RM20 juta, manakala tanahnya dibeli dengan harga RM3.8 juta.

Apapun, Dr Khir berkata beliau mengemukakan tawaran terbuka kepada Ng untuk mencari pembeli dengan harga tersebut. Sekiranya ada, Dr Khir akan membayar komisyen sebanyak 50% atau RM 12 juta kepada beliau.

Kata wakil rakyat DAP itu, yang membawa sekumpulan wartawan untuk menyaksikan rumah Dr Mohd Khir pagi semalam, "Beliau berhak untuk membina sebuah rumah sebesar mana sekalipun. Tetapi sebagai bekas menteri besar, beliau mesti menjelaskan bagaimana beliau membiayai pembinaan rumah tersebut,"
Rumah tersebut terletak di Jalan 1/7L di Seksyen 7, Shah Alam.

Berbekalkan dokumen dari Pejabat Tanah dan Galian Selangor, Ng menunjukkan bukti bahawa Dr Mohd Khir, 44, dan isterinya Zahrah Kechik, 44, memberi secara bersama tanah tersebut dari Ditamas Sdn Bhd pada 2007.

Dokumen itu menunjukkan bahawa seorang pengarah Ditamas - yang dikenali sebagai Shamsuddin Hayroni - didakwa Ng sebagai kawan Dr Mohd Khir.

Sambil menggelarkan rumah tersebut sebagai "istana bergaya Bali", Ng berkata, pakar industri pembinaan menganggarkan kos pembinaan dan kelengkapan rumah tersebut ialah kira-kira RM20 juta.

"Pintu gerbang sahaja berharga kira-kira RM290,000. Jubin yang anda lihat adalah diimport," katanya.

Ng juga mendakwa, rumah Dr Mohd Khir itu jauh lebih besar daripada bunglo 17 bilik yang dibina oleh allahyarham Zakaria Mat Deros sehingga mencetuskan kontroversi pada 2006.

Merujuk pengisytiharan harta oleh Menteri Besar Selangor sekarang Tan Sri Khalid Ibrahim, Ng berkata pendapatan seorang menteri besar ialah RM576,000 setahun dan oleh itu, Dr Mohd Khir tidak mungkin dapat mengumpulkan wang yang cukup untuk membayar kosnya sebanyak RM24 juta.

Dr Mohd Khir seorang doktor gigi sebelum meningkat dalam hirarki UMNO dan menjadi menteri besar pada 2001 ketika berusia 33 tahun.

Apapun, Dr Khir melalui blognya menjawab tuduhan itu sebagai berikut:

1. Pagi tadi ADUN Sekinchan (kami berjiran dari segi geografi kedudukan DUN) membawa pemberita melawat rumah saya di Shah Alam dan kemudiannya membuat kenyataan akhbar yang membawa maksud seolah-olah saya memperolehi pendapatan dari sumber yang tidak sah. Ini merupakan tindakan desparado untuk mengalih tumpuan daripada isu-isu dalaman pakatan mereka dan juga kegagalan beliau melaksanakan tugas wakil rakyat beliau dengan baik di Sekinchan.

2. Sungguhpun isu rumah ini telah beberapa kali timbul, saya mengambil sikap tidak menjawab atau memberi respon kerana berpendapat bahawa rumah saya adalah isu kehidupan peribadi saya. Ini kerana saya yakin saya tidak melakukan sebarang kesalahan atau pun jenayah kerana semuanya ada rekod dan telah pun disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (sekarang ini dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).

3. Namun tindakan Ng Sue Lim menjadikan isu rumah saya sebagai bahan berita memerlukan saya memberi penjelasan sedikit sebanyak mengenai isu ini.

4. Saya membeli rumah tersebut beserta tanahnya melalui pinjaman bank HSBC sebanyak RM 3.5 juta.

5. Jika Ng Sue Lim membuat penyelidikan dahulu beliau akan mengetahui bahawa pembelian tersebut termasuk rumah dan kolam renang. Saya hanya melakukan sedikit pengubahsuaian terhadap bumbung yang ketika itu belum siap.

6. Untuk rekod juga pembelian tersebut telah pun disiasat oleh BPR ketika itu dan juga telah saya maklumkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri ketika itu. Jadi tidak timbul saya menyembunyikan pemilikan rumah tersebut.

7. Berhubung dengan dakwaan bahawa rumah saya bernilai RM 24 juta, saya dengan ini mengemukakan tawaran terbuka kepada beliau untuk mencari pembeli dengan harga tersebut. Sekiranya ada, saya akan membayar komisyen sebanyak 50% atau RM 12 juta kepada beliau.

8. Ini semua adalah taktik politik yang dirancang menjelang Dewan Undangan Negeri Selangor bagi menghalalkan usaha menggantung saya dan empat adun yang lain. Selain itu ia juga bertujuan untuk dijadikan modal dalam sidang DUN nanti sekaligus mengalih tumpuan daripada isu-isu pentadbiran dan pembangunan negeri sekarang ini.


9. Mereka mahu mengelirukan rakyat dan menarik simpati. Bagi mereka jika Khir Toyo yang ada rumah besar bernilai berjuta tidak didakwa, maka tidak sepatutnya Khalid Ibrahim terbabit dalam kes kecil seperti lembu korban, tinted kereta dan beberapa isu lain didakwa atau disiasat.

10. Dengan membuat dakwaan bombastik seperti ini, Pakatan DAP-PKR berharap ia memberi tekanan kepada SPRM agar tidak menyiasat dan mendakwa Tan Sri Khalid Ibrahim dalam beberapa isu salah laku pentadbiran.

11. Apakah mereka benar-benar memperjuangkan ketelusan dan anti korupsi atau sekadar menyanyikan untuk memburukkan pemimpin Barisan Nasional demi merebut kuasa?

12. Saya tahu bagi mereka yang telah tertutup mindanya tidak akan menerima apa-apa penjelasan pun. Saya hanya menjelaskan kepada mereka yang ingin mencari kebenaran.

2 comments:

  1. aduiii..macma mana la mereka2 ni boleh tertipu dengan begitu mudah sekali..

    nilai tanah memang sentiasa meningkat,sume orang pasti akan itu..lagi2 di kawasan yg mungkin di anggarkan maju di mase akan datang.

    contoh di kuala terengganu,rakan saya ade mmbeli tanah seluas 24ekar dengan harga 500k.memang murah.tetapi selepas setahun lebih nilai tanah itu menjadi 2juta selepas di nilai.itupun masih di anggap murah jika melihat kawasan persekitaran yg semakin pesat membangun..

    menarik isu lain untuk menutup isu dalaman adalah mainan politik semasa.jika rakyat pandai menilai semestinya dapat mengelak dari terpedaya.

    ReplyDelete
  2. update di www.jaranganakmelayu1.blogspot.com

    ReplyDelete