Thursday, July 2, 2009

DAP KELUAR PAKATAN RAKYAT KEDAH

Sebabnya?

Isu berkaitan rumah sembelihan babi. Itu saja?

Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) merobohkan rumah sembelihan babi di Kampung Berjaya, Alor Setar petang semalam.

Sepasukan anggota penguat kuasa MBAS dikatakan merobohkan rumah sembelihan babi itu pada pukul 3.30 petang.

Premis itu dikatakan sepatutnya dirobohkan penghujung Mei lalu, tetapi ditangguhkan selama sebulan sehingga semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak jelas tegas dalam isu ini. Keputusan ini seharusnya disokong oleh semua pihak.

PAS mempunyai 16 daripada 36 kerusi DUN Kedah. DAP mempunyai hanya seorang wakil rakyat di Kedah iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Darulaman, Lee Guan Aik.

Kita mahu lihat apa kata ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengenai isu ini. Apakah mereka akan menyokong DAP?

PKR mempunyai lima ADUN iaitu Lunas (Mohd Razhi Salleh), Kulim (Lim Soo Nee) Bakar Arang (Tan Wei Shu) , Sidam (Tan Joon Long @ Tan Chow Kang) serta Bukit Selambau (Manikumar Subramaniam)

Pengerusi DAP Kedah dan Perlis, Thomas Su memberitahu mStar Online, DAP Kedah memutuskan untuk keluar daripada Pakatan Rakyat semalam ekoran tindakan kerajaan negeri itu yang didakwa tidak menyelesaikan siri isu yang wujud sejak selepas pilihan raya umum 2008.

Keputusan untuk keluar Pakatan Rakyat Kedah diputuskan oleh DAP selepas kejadian itu.
Thomas Su menjelaskan DAP Kedah keluar daripada Pakatan Rakyat di negeri ini berikutan rasa tidak puas hati terhadap cara kerajaan Pas menangani isu rakyat, khususnya bukan Melayu.

Su berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat tergempar yang dianggotai pemimpin DAP negeri ini di pejabat parti itu di Alor Setar.

Katanya, tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa tempatan itu tidak melambangkan dasar kerajaan Pakatan Rakyat yang memperjuangkan hak semua kaum di negeri Kedah.

"Keluar, kami sudah buat keputusan... ini keputusan mutkamad kami (DAP Kedah)," kata beliau sambil menambah, atas prinsip dan pendirian parti, pihaknya memutuskan tindakan sedemikian.

Su berkata, ia merupakan antara beberapa isu yang tidak menemui penyelesaian walaupun dibangkitkan dan dibawa kepada perhatian kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Rakyat.

Kata beliau, pihaknya akan memanjangkan keputusan itu kepada Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP dalam waktu terdekat untuk pengesahan.

"Keputusan ini perlu mendapat pengesahan CEC," katanya.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata DAP memutarbelitkan isu berkenaan. Bagaimanapun, beliau menyerahkan kepada DAP Pusat untuk menentukan tindakan DAP negeri ini keluar daripada Pakatan Rakyat.

Katanya, beliau bersedia menerima keputusan itu jika DAP negeri ini mengatasi keputusan DAP Pusat.

Beliau berkata, DAP Kedah tidak sepatutnya memutar belitkan isu perobohan pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya, di sini dan mengaburi mata rakyat hanya untuk menutup kelemahan mereka sendiri.

"Saya tidak pernah mengarahkan premis itu dirobohkan, tetapi mereka yang minta tangguh selama sebulan. Saya layan dan bagi kerjasama. Saya minta mereka cari tempat baru dulu tapi mereka bohong selepas sebulan tidak ada apa-apa sekarang mereka kata hendak keluar...keluarlah kalau DAP Kedah mengatasi DAP Pusat.

"Saya serahkan Pas Pusat dan pimpinan Pakatan Rakyat Pusat untuk menentukan isu ini. Apa yang saya kesal mereka ini main politik apa...perbuatan ini seolah-olah mahu mengembalikan kerajaan Kedah kepada Barisan Nasional (BN).

"Dulu masa kita bincang mengenai kerajaan perpaduan dengan Umno mereka kacau sekarang kita sepakat dalam Pakatan Rakyat pun mereka kacau," katanya.

Isu rumah penyembelihan babi ini merupakan antara beberapa isu yang menjadi punca retaknya kerjasama DAP dalam Pakatan Rakyat Kedah.

Satu lagi isu ialah kontroversi mengenai kuota perumahan 50 peratus bagi bumiputera.
Oktober lalu, kerajaan Pakatan Rakyat Kedah meningkatkan kuota tersebut daripada 30 peratus kepada 50 peratus bagi projek perumahan baru di negeri itu.

2 comments:

  1. salamz bro..

    hahahhaha..tengoklah permainan PR!!permainan bangsat.
    ade sorang tu ugut nak bersatu dengan UMNO sebab selalu di pinggirkan,ade pulak balas dendam sebab salah satu parti komponen giler kuasa suke suki meletak org dalam organisasi kerajaan PENANG,
    yg ni pulak mengugut sebab kerajaan org islam merobohkan gerai sembelihan BABI HARAM..
    yg HARAM tu bagi mereka HALAL bila berkuasa kot..
    bangangggg!!!

    ReplyDelete
  2. Semua ni sandiwara aja ni ... telenovela bertajuk "BABI berkecil hati dengan ANJING, akhirnya bersatu kembali" ....

    Hidup Isle dengan DAP!
    Nak ANUwar jadi PM? DAP+PAS mesti bersatu! ...

    AloQStaQ

    ReplyDelete