Thursday, March 19, 2009

PUAKA JADIAN DALAM UMNO?

Apa makna kata-kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim “bagaimana objek tersebut berada di bawah meja presiden Umno dan tidak diletakkan di bawah meja timbalannya Datuk Seri Najib Razak”.

Beliau merujuk kepada penemuan dua kertas putih dan sepotong kayu kecil, dipercayai dijampi oleh polis, yang diselitkan secara misteri di bawah meja Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di bangunan Umno.

Satu sms daripada WIP menyebut: “Dengan kehendak Allah s.w.t. hari ini, telah terkeluar berita tentang sepasukan anggota polis yang sedang melakukan pemeriksaan dalam bilik Mesyuarat MT UMNO di tingkat 38 (39?) menemui TANGKAL yang diletakkan di bawah meja dalam bilik berkenaan.

“TANGKAL kayu yang dibalut kertas putih bertulisan jawi di temui dua minggu lepas. Mungkinkah TANGKAL PUAKA ini diletak di bawah meja berkenaan untuk melemahkan Pak Lah?”

Ketua polis daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman hari ini dilaporkan mengesahkan penemuan objek tersebut, tetapi beliau enggan memperincikannya.

Apakah dalam soal tahyul mayul ini pun Anwar mahu mempersalahkan Najib?

Ini berikutan Ketua Pembangkang itu dalam mengulas penemuan objek berkenaan mempersoalkan bagaimana objek tersebut berada di bawah meja presiden Umno dan tidak diletakkan di bawah meja timbalannya Datuk Seri Najib Razak.Kertas jampi di bawah meja Pak Lah?

Jelas kebencian Anwar begitu teruk sehinggakan dalam penemuan objek seperti ini pun beliau mahu mengambil milage.

Memang cara murahan dilakukan Anwar. Low class kata P. Ramlee.

Menurut laporan Sin Chew Daily, skuad pemusnah bom polis Kuala Lumpur menemui objek misteri itu dalam pemeriksaan rutin mereka beberapa hari lalu di bilik mesyuarat Umno di tingkat 39 bangunan ibu pejabat parti.

Pemeriksaan itu dijalankan sebagai persiapan mesyuarat terakhir Majlis Tertinggi (MT) sebelum bermula perhimpunan agung Umno, awal minggu depan.

Dua kertas putih, bersaiz kecil sehingga boleh dimuatkan di dalam mulut, mengandungi tulisan jawi dan kayu kecil yang dibalut kertas putih, lapor harian itu lagi.

Polis dilaporkan telah mengambil keterangan daripada tiga orang yang mempunyai kad akses ke bilik tersebut, termasuk dua anggota polis dan seorang pembantu politik yang bergelar Datuk.

Menurut laporan itu lagi, bilik itu tiada CCTV dan selain pemimpin politik, hanya pekerja pembersihan bangunan yang boleh masuk ke bilik tersebut.

Untuk kepastian lanjut, pasukan polis menghantar objek-objek kepada Jabatan Kimia. Hasil siasatan dilaporkan belum diketuai.
Kita sama-sama tunggu apa bendanya yang ditemui dan siapa bertanggungjawab!

3 comments:

  1. GEMPAR BERITA TERKINI MENGENAI PIMPINAN PKR!

    BACA DI SINI!

    http://parpukari.blogspot.com/2009/03/yb-fairus-tkm-1-pp-akan-meninggalakan.html

    ReplyDelete
  2. Saya ada teori tersendiri tentang kejadian ini. Sebelum itu perlu ingat teori ini tidak semestinya benar sebab teori ialah satu andaian tentang sesuatu kejadian yang boleh menjuruskan kepada satu kajian atau siasatan sebelum ia dibuktikan benar.Saya ada asas yang baik.
    'Ini adalah perbuatan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia'
    Sebab:
    1.Dia yang mentadbir urus kakitangan pejabat.
    2.Pastinya dia yang mengatur jadual tugas.
    3.Mempunyai ekses ketempat kejadian pada bila-bila masa.
    4.Disaat-saat peralihan kuasa dia juga perlu pastikan nasib dan masa depan beliau diPWTC.
    5.Logiknya beliau terdedah kepada sebarang konspirasi untuk menyelamatkan beliau dan orang-orang yang akan menyelamatkan beliau.
    ~Sekiranya beliau jawab tidak tahu bermakna UMNO berbelanja ribuan ringgit membayar seorang eksekutif yang bebal.Patutlah UMNO bercelaru dan tidak tentu hala sebab diurustadbir oleh Si-Bebal.
    ~Siasat Setiausaha Kerja UMNO.Pasti ada jawapannya.Misteri-misteri lain pun ikut terlerai.
    ~Tidak perlu cari 'interpol,FBI,CIA atau Scotlandyard untuk meleraikan misteri ini.
    ~Kalau susah sangat hantar kat Guantanamo..

    ReplyDelete
  3. Tuan perlu berlaku adil kepada semua watak politik yang mana memang sukar dilakukan dan tak pernahpun berlaku sebab orang seperti tuan sudah ada label diri-penyokong siapa.Inilah kehidupan.Anwar Ibrahim bukan buat komen murahan seperti dakwaan tuan.Kalau kita membenci seseorang.Jangan terlalu membenci,mungkin suatu masa kau menyukainya.Ini antara pesan nabi Muhammad SAW kepada seluruh umatnya.
    Tuan kena lihat juga kebencian Najib kepada Anwar.Tuan sebagai seorang yang terpelajar dan yang cukup matang dalam menerokai dan menerkai hakikat ini.Logik akal yang waras, ketakutan Najib akan kehilangan kedudukan.Tentu reason yang simple ini saja dapat membongkar keburukan dan kebusukan serta kebencian siapa sebenarnya.

    ReplyDelete