Thursday, January 29, 2009

UMNO PERLU DIJENAMAKAN SEMULA

Bukan nak mengajar tetapi bertindak cepatlah jika mahu selamatkan UMNO.
Jangan biarkan rakyat, termasuk penyokong UMNO sendiri meluat dengan sesetengah pemimpin UMNO.

Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno malam ini dikatakan akan membincangkan mengenai beberapa perkara termasuk perkembangan terkini apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim keluar daripada Barisan Nasional (BN) menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).



Perkara penting sewajarnya diperkatakan ialah mencari jalan supaya UMNO menjadi produk yang boleh ‘dijual semula’ khususnya kepada orang Melayu.

Kedudukan hari ini ternyata UMNO mengalami krisis identiti dan UMNO tidak lagi menjadi produk utama tetapi sampingan.

Jangan biarkan PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadi produk utama pilihan orang Melayu.

Datuk Seri Mohd Najib Razak wajar mengemukakan pelan bertindak menyelamatkan UMNO.
Najib kena mengubah cara bertindak dan pelan tindakan perlulah yang sesuai dengan kehendak orang ramai, bukan segelintir pemimpin UMNO yang mahu menyelamatkan kedudukan dan kuasa mereka.

Yang sudah melepasi tempoh guna, buang saja. Tanpa melakukan ini, UMNO akan terus parah. Kekalahan UMNO banyak risikonya. Orang Melayu akan turut tenggelam kerana PAS dan Keadilan bukan memperjuangkan kepentingan Melayu.

Biarkan orang PAS bercakap Islam tidak mengiktiraf Melayu walaupun hakikatnya ketika ini majoriti orang Melayu beragama Islam. Biarlah pemimpin PAS mahu berfalsafah sebanyak mana kerana akhirnya Islam dapat ditegakkan di bumi Malaysia bukan jasa PAS tetapi UMNO.

Hanya melalui UMNO, sebuah kerajaan yang stabil dapat diwujudkan bersama-sama dengan komponen utamanya, MCA, Gerakan, MIC serta parti-parti di Sarawak dan Sabah.
Tanyalah calon Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bagaimana mahu merawat UMNO.

Beliau begitu banyak memberikan idea untuk menggembalikan maruah UMNO. Muhyiddin pula jangan hanya membuat cadangan kononnya UMNO kena itu dan ini hanya kerana bertanding Timbalan Presiden UMNO.

Apa perubahan yang beliau mahukan sebagai calon Timbalan Presiden? Muhyiddin tidak sepatutnya sekadar mengkritik dan mahu menunjukkan beliau pemimpin yang wajar disegani.
UMNO sekarang bukan lagi ‘zaman khayalan’. Calon UMNO perlu diterima rakyat bukan memaksa rakyat menerima mereka.

MT hari ini juga perlu melihat dan mencari ubat mengatasi masalah politik wang. Bukan sekadar merawat tetapi mencegah.

MT wajar bicang isu politik wang yang melibatkan beberapa pemimpin Umno yang kini sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Saya berulang kali menegaskan maslah politik wang perlu diatasi melalui pencegahan bukan secara hukuman.

Malu melihat guru, pegawai kerajaan dan individu tertentu digari hanya kerana rasuah RM200 hingga RM500. Kalau kena gari rasuah RM5 juta atau RM50 juta berpadanan.

Apa pandangan rakyat jika rasuah berleluasa dengan jumlah kecil seperti yang disiasat SPRM sekarang?

UMNO politik murahan. Boleh beli pemimpin dengan hanya RM100 atau RM200 sahaja?
Apa maruah UMNO?

Sebab itu perlu ada cara pencegahan mengatasi masalah ini supaya Jawatankuasa Disiplin hanya membicarakan kes-kes yang terpilih sahaja bukan kes yang bertimbun-timbun.

Kerana banyak sangat kes, maka aka nada cadangan ‘nakal’ umpamanya membubarkan sayap seperti Puteri dan Putera.

Masalah di depan bukan kerana ahli kedua-dua sayap ini budak-budak tetapi kerana UMNO tidak mencegah rasuah, budak-budak ini mahu melonjak menggunakan wang. Masuk UMNO mesti jadi kaya kalau mahu kuasa.

Apakah ini matlamat menubuhkan kedua sayap berkenaan? Bukan dan tidak sama sekali.
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata semalam, mesyuarat bulanan MT Umno itu akan membincangkan mengenai pelbagai isu mengenai keadaan politik semasa.

Bagaimanapun beliau menafikan mesyuarat tersebut khusus bagi membincangkan mengenai tindakan Nasaruddin menyertai parti pembangkang pada Ahad lalu.

"MT adakan mesyuarat bulanan seperti biasa, bukan ada sebab-sebab tertentu atau kerana perkara-perkara tertentu.

"Tak ada apa yang boleh dibuat dengan ADUN Bota itu, mesyuarat ini bukan khusus bincangkan mengenai beliau," katanya.

Tidak apalah, kes Nasarudin akan menjadi rujukan dan begitu juga kes rasuah dan sebagainya.
Ini mendewasakan UMNO. Namun jika kita berbangga dengan dewasanya UMNO, jangan jadikan UMNO sebagai ‘kelas dewasa’. UMNO bukan lagi tempat mengajak A, B, C dalam politik.
Tanggungjawab UMNO kini besar dan bermaruah.

UMNO – berkuasa dan memerintah dengan cemerlang, bukan parti yang terus menerus menghadapi masalah ahli yang korup, pentingkan diri dan menjadi kaya melalui parti.
Jadikan UMNO yang berjasa kepada semua rakyat Malaysia – dulu, kini dan selamanya!

2 comments:

  1. hari UMNO ke PKR seorang..kita lihat lepas Najib jadi PM, 10 orang PKR ke UMNO..baru dia kata tindakan bijak...

    ReplyDelete
  2. Najib kena bagitahu pada Pak Lah mereka-mereka ni kena jd adun dan ap sahaja,tak usah lah pegang jawatan besar-besar dan tinggi di peringkat negeri atau pusat, najib bagi la pada depa -depa yang nak expired ni jawatan pengerusi itu dan ini agar tidak jadi katak bawaan nasarudin.calon-calon yang memporak perandakan umno ialah ;;;jeng-jeng-jeng'
    KJ,mat taib,ali melaka,khir tempe,aziz putera,shahril uban,samy tol,t murugiah tak sedor diri,semua puteri yang tak pakai tudung,semua menteri dan timbalan menteri yang bininya tak pakai tudung, so najib kena la suruh "big mama" pakai tudung dulu sebelum keluarkan statemenet ni,, malula sikit pada permaisuri agung kita tu, muda-muda lagi dah tutup aurat, sekarang ni orang muda dan masyarakat menilai benda-benda macam ni, konsert rihanah yang diluluskan oleh krajaan pun membawa buah mulut kepada pas, semua peminat rihanah ni yang pergi tengok dok melalak ni orang bn semuanya, dan ada juga muda0mudi pas dan pkr,tapi bila ngundi tetap ngundi pr,
    kerajaaan sepatutnya sedar kepada membangun negara secara islam, kenapa ? kerana kita tak perlu takut pada cina,dan india, kerana dap dah setuju nak laksanakan hudud,india tak jadi masalah katanya, pas apa lagi, kita bn buat je hukum hudud , kalau cina bergabung sesama mereka pun, kita boleh bergabung sesama islam,,, walaupun pas susah ikit sebab sikap bongkak bodoh sombong mereka, apa salahnya offer pada haji hadi timbalam menteri agama bergandingan degan zahid hamidi, lantik ibrahim ali jadi menteri dijpm untuk sepadukan kaum di negara kita,
    gubal semula akta kumpulan a boleh aktif berpolitik, jangan dok bagi muka pada kontraktor shaja jadi ketua, tu yang dok banyak sangat politik wang, kalau cikgu jadi pemimpin, mereka ni ada wawasan dan wacana untuk memartabatkan kaum, bukan reti naik kereta pacuan 5 roda(termasuk tyre spare),
    cikgu boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan ahli umno, zaman dulu berapa ramai pemimnpin negara dan negeri dari kalangan guru, itu sebab kurng poitik wang, tetapi sekarang,semua ketua adlah dikalangan kontraktor, tengok apa jadi sekarang,,
    dan kepada najib jangan jadi lalang dan pak sanggup, sahaja

    dan yang terpenting, panggilah TDM menyertai umno dan menyertai kabinet najib serta penasihat pm, jadikanlah sebagaimana negara jiran selatan kita, kerana ide mahathir ni tiada yang boleh baca dari segi strategi beliau,, dan dengan itu maka kepanasanlah DSAI dan hj hadi...

    Perlu diingat satu lagi ialah, menjelang februari bila sidang parlimen bersidang, hj hadi akan usulkan supaya Pak lah meneruskan sebagai PM , so kepada AP BN jangan lah dok sokong Pak lah lagi, kerana J
    Hj hadi nak kan Pak Lah jadi PMsebab Pak Lah boleh dimakan oleh puak pakatan rakyat ni,,, itu je,,, sebenarnya, jangan dok percaya sangat pada peminpin yang kawin ramai ni auta mesti ada punya...
    kepada tuan speaker, jangan ok terima la usul suruh PM kekal sehingga pru13, kerana negara dah melaksanakan plan peralihan kuasa...

    ReplyDelete