Khairy Jamaluddin kata kekalahan BN bukan faktor calon semata-mata. PAS kata faktor calon kelebihan PAS.
PAS percaya kejayaannya memenangi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu kelamrin banyak dibantu faktor kelebihan calonnya Mohd Abdul Wahid Endut yang lebih berpengalaman memenangi hati rakyat.
Ketua Dewan Pemuda PAS Salahuddin Ayub berkata PAS belajar daripada kesilapan lepas, lantas memilih Mohd Abdul Wahid, yang juga anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Wakaf Mempelam, yang dianggap bebas daripada segala isu.
"Ini merupakan mesej yang jelas daripada rakyat yang mahukan perubahan dan PAS telah mempelajari daripada kesilapan lampau," katanya.
Khairy pula berpandangan berikut: “Kita kena muhasabah diri, kaji semula kempen, pendekatan kita daripada iklim politik tanah air sendiri sampailah kepada isu-isu tempatan, kita boleh gunakan pengalaman ini untuk kebaikan parti.
"Kita kena terima semua pandangan dan selepas ini kita kena baiki diri untuk hadapi pilihan raya akan datang," kata Khairy.
Beliau berkata semua pihak dalam Umno dan BN perlu berhenti menuding jari mencari kesalahan pihak lain dan sebaliknya perlu sama-sama memikul tanggungjawab itu seperti perumpamaan "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing".
"Dalam Umno dan Barisan Nasional, berat mesti dipikul bersama dan ringan mesti dijinjing bersama juga, dalam hal ini banyak faktor menyumbang kepada keputusan pilihan raya kecil Kuala Terengganu.
"Kalau dikatakan ini (faktor calon) adalah faktor yang sebabkan kekalahan BN, saya rasa itu (rumusan) terlalu mudah...kalau memang itulah faktornya, senanglah kerja kita," katanya di Kuantan.
Baguslah kalau begitu kerana dalam konteks Pemuda UMNO sendiri, mereka perlu menjawab dua soalan berikut.
Pertama, ketika pemimpin Pemuda UMNO dari luar Terengganu dalam perjalanan pulang, golongan muda yang menyokong PAS berarak mengelilingi bandar Kuala Terengganu.
Saya anggarkan ada lebih 4,000 motosikal. Kalau didarab dengan dua bermakna 8, 000 orang – benar pendapat mengatakan tidak semestinya pengundi – sementara kereta dan lori lebih 500 buah. Didarab dengan empat bermakna 2,000 pemuda.
Saya akui bukan semua daripada mereka pengundi pada pilihan raya kecil Sabtu lalu. Tetapi saya yakin mereka akan menjadi pengundi pada pilihan raya umum akan datang.
Apakah rancangan untuk menarik pemuda dekat dengan UMNO? Apa pula pengumuman Putera UMNO untuk menarik golongan muda selepas ini!
Kedua, pada malam terakhir, iaitu malam Jumaat, satu pentarama diadakan di Stadium Sultan Nasiruddin Shah.
Tidak diketahui anjuran siapa tetapi kononnya ia untuk mengumpulkan pengundi muda di Kuala Terengganu.
Yang pasti ia dikhususnya untuk ‘orang muda’. Yang tua datang ialah beberapa pemimpin UMNO Terengganu dan tetamu terhormat ialah Timbalan Presiden UMNO.
Pada ketika pemuda dan muslimat PAS sedang memperkukuhkan ‘pondok panas’ dan sesetengahnya sembahyang hajat, pemuda dan pemudi (Puteri UMNO) kita sedang ‘berpesta’ dalam stadium mendengar lagu merdu daripada penyanyi popular yang sesetengahnya dari Terengganu sendiri.
Untuk makluman pelayar dan pembaca, ia acara tertutup. Tidak dibenarkan press masuk. Ekslusif katanya. Untuk apa?
Ada khabar mengatakan Najib diberi jaminan akan ada 10,000 pemuda di stadium berkenaan tetapi yang hadir hanya kira-kira 3,500 orang.
Malah ada kalangan pemuda yang datang pun ramai yang jadi ‘bingung’ sambil tertanya-tanya untuk apa pesta itu pada ketika saat begitu kritikal. Tetapi kerana mereka dikurung, tiada apa boleh dilakukan, lagipun ia program parti!
Pada ketika pesta berlangsung, klik jam semakin menghampiri 12 tengah malam dan kempen tidak dibenarkan lagi selepas detik itu.
Pada ketika pesta tamat kira-kira 10.45 malam, pemuda dan puteri terpaksa menempuh jalan yang sesak dan sesampai ke ‘kawasan masing-masing’ pada detik 12 malam semakin hampir.
Tiada apa boleh dilakukan ketika itu. Sedangkan orang muda PAS melakukan ‘pusingan akhir kempen’ ketika Pemuda dan Puteri UMNO berpesta.
Pernahkah kita belajar daripada Perang Uhud? Tentera Islam ramai yang terbunuh akibat terlena kerana harta dan mereka mula mengejar ‘kekayaan’ dan tidak sedar musuh datang mengepung kerana asyik mengambil harta rampasan.
Di Bukit Uhud, 50 tentera Islam yang terdiri daripada pasukan memanah telah diperintahkan untuk mengadakan kubu pertahanan di atas bukit. Mereka diperintahkan agar tidak meninggalkan bukit itu sama ada kalah atau menang sehingga diberitahu kelak.
Pertempuran awal mmenyaksikan kegoyahan tentera Quraisy. Tentera musyrik mula berundur dan tentera Muslim mula nampak kejayaan mereka dan ketika itu, tentera yang bertahan di atas bukit mula meninggalkan tempat itu untuk memungut harta yang tertinggal dan menguasai medan kemenangan.
Sebaik mereka meninggalkan bukit tersebut, Khalid al-Walid bersama tentera berkudanya serta beberapa pimpinan perang untuk mula menyerang dari belakang iaitu menerusi bukit tersebut.
Serangan tersebut memecah-belahkan tentera Muslim dan melemahkan pertahanan mereka.
Ketika itulah muncul pelbagai dakwaan dan propaganda yang turut mengatakan bahawa Nabi Muhammad (s.a.w) telah terkorban. Nabi bersama-sama Abu Bakr as-Siddiq, Umar ibni al-Khattab dan Ali bin Abi Thalib sebenarnya selamat.
Di Stadium Sultan Nasiruddin Shah malam itu, kejadian hampir sama berlaku. Mungkin kerana yakin akan menang dan mahu menang selesa, pemuda dan pemudi UMNO ‘dipaksa’ datang berpesta.
Apakah pengundi muda tidak boleh dipujuk kalau tidak ada pesta? Apakah pengundi muda mengharapkan konsert baru mereka datang ke majlis UMNO dan BN?
Apakah pemuda mesti diumpan dengan konsert serta habuan baru mereka mengundi BN?
Sampai bila pemimpin muda UMNO mesti berfikiran begini. Siapakah yang masih ada dalam UMNO berfikiran sebegini? Betulkah strategi sebegini?
Bagi saya, pada saat genting seperti ini, ada juga bentuk pesta tidak sesuai.
Pesta dan nyanyi-nyanyian boleh dibuat sepuas-puasnya selepas hari membuang undi.
Jikapun kalah, sekurang-kurangnya pesta itu boleh menghilangkan kedukaan!
Rosak UMNO bukan disebabkan oleh Pak Lah, tetapi di sebabkan oleh ahli UMNO sendiri. Pemimpin boleh bertukar ganti, sekiranya tiada kesedaran pada ahli UMNO, Umno tak akan kemana. Ahli UMNO hanya pandai menjatuhkan ahli mereka yang lain.
ReplyDeleteSalam tuan,
ReplyDeleteSesuatu yang menghairankan apabila segala pesta dan kemeriahan disogokkan kepadfa golongan muda. Mungkin ada yang suka tetapi kita perl memikirkan mereka yang tak suka. Laksana anak hendak mengambil peperiksaan penting, berilah mereka mengulangaji pelajaran dan bukan mengajak mereka menonton wayang..
Sepatutnya UMNO kena muhasabah diri:
ReplyDelete1. KJ bersara dalam kerjaya politik bersama "abah" mertua.
2.Puteri UMNO pls dan tolong pakai tudung kerana tudung sekarang dah jadi budaya walaupun mentup aurat adalah wajib, demi budaya paling tidak ia mencerminkan "keislman" puteri dan umno itu sendiri.
3.Semua bini pemimpin umno baik dari bawah sampaila ke PM .kerana tak malu kah kita pada Permaisuri Agung?? Depa ni muda tapi reti menutup aurat.
4.pesan pada MCA dam MIC,serta komponen bukan melayu... jangan dok melatah jika UMNO akan kuatkuasakan hukum hudud.. kerana orang tak sunat tak de kena mengena langsung. kalau takut kena "poong" jangan lakukan kesalahan.
5.Kena pujuk TDM menyertai pentadbiran kerajaan yang telah dibom dengan "fosforus" oleh Pak lah.
6.Kepada pemimpinan akan datang, sekiranya memerlukan sokongan, dengarlah penyokong yang paling ramai pendapat, bukan paling banyak "masyuk".
7.Serapkan imej Islam kedalam UMNO.
8.JANGAN MENGUTUK PEMIMPIN PAS BERKAITAN HUKUM AGAMA.
9.Jangan lagi memberi projek kerajaan kepada pemimpin PAS (kerana Pas tidak pernah memberi projek kepada UMNO)-bukan balas dendam, tetapi hakikat.
10.Kempen pilihanraya: pengundi sudah muak dengan isu pembangunan dan projek "segera"..
dan bla,bla lagi..
Ingatan kepada Datuk Wan Farid...
1.Pergi semula dengar khabar ,apa cerita warga emas yang dibawa ke hos[ital tempoh hari.
2.Teruskan "senduk nasi" kepada pengundi, kerana anda adalah ketua bahagian umno (pemimpin)
3.Jangan sombong kalau nak terpilih lagi jadi ketua bahagian lama.
4.Gantilah tempat Zaid & Co. sebagai Wan Farid & Co dalam urusan guaman kerajaan,kerana anda bukan lagi menteri kabinet dan bukan lagi dicalon untuk masa depan.
Wasallam.
bro..
ReplyDeletesaya dapat tahu itu starategi yang terdesak. semua pengundi muda dikumpul sebab tak mau bagi dipujuk oleh pas.
orang tua di markas buat apa? patut kawal dengan bakar ayam sampai pagi bebudak tuuuu
pujukkan terakhir sukarlah sebab awal2 banyak buang masa. tak fokas.
macam main bola lah bro...kena tumpu dan fokas kpd permainan. kalau kita orang politik maka fokas kita politiklah...jangan yang lain... ada saya dengar nak rebut buka farmasi pun ada!!!!!!!!!!
pentarama tu ok kalau bebudak tu betul2 dianukan dan dikawal bila balik rumah..kawal betul2
tapi saya....takut mereka nak rempit tapi diberi saleem dan ameng.... mereka nak macam irwansyah, alif singapura, mawi dan artis akademi fantasia kot.
yang cenderung nashid...maka kumpulan nasyid lah patutnnya macam rabani dll.betul undi mereka akan dominan 2012 nanti...maka mari kita bincang....u, i dan kahar kot.