Wednesday, December 17, 2008

PENYAMUN PAS, PKR BERMAHARAJALELA DI SELANGOR

Penarik beca memaparkan satu posting menarik bertajuk “Penyamun Umno digantikan penyamun PAS” semalam dan kebetulan apa yang diperkatakan oleh beliau juga diperkatakan oleh seorang rakan lama yang dulunya bergiat dalam Reformasi tetapi menyeberang ke UMNO pada awal dekad ini.

Dalam postingnya, Penarik Beca mengatakan Qarun ialah kroni Firaun yang kerjanya melahap sebanyak-banyak harta kekayaan. Begitu banyaknya harta Qarun sehingga beliau terpaksa menyuruh hamba-hambanya memikul longgokan kunci gudang-gudangnya.

Penarik Beca tidak terhenti setakat itu sahaja. Sebaliknya berkata : “Terkejut beruk saya apabila mendapat tahu tentang kelahiran Qarun-Qarun baru di dalam PAS. Mereka juga hakikatnya adalah kroni Firaun kerana mereka adalah salinan dari pemimpin utama mereka, Qarun di zaman Firaun.

Saya panggil Qarun kerana Imam 'Ali 'a.s. pernah menyatakan, nak kenal peribadi seseorang itu bukan dengan melihat sembahyang puasanya, tetapi lihat kepada mu'amalatnya. Kalau mu'amalat macam mu'amalat Qarun, mereka sebenarnya adalah Qarun-Qarun baru”

Hmm menarik sekali. Apakah Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim sengaja mewujudkan kroni Firaun ini?

Malaysia Today turut melaporkan, kroni-kroni Firaun yang terdiri dari "pimpinan Pas Selangor" itu sibuk melobi untuk mendapatkan projek perniagaan.

Menurut Malaysia Today: “Ketika majlis-majlis perbandaran di Selangor menghadapi pelbagai masalah dan kekurangan, terutama Majlis Perbandaran Ampang Jaya yang dilihat sebagai pihak yang tidak bersih berikutan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, orang yang dipertanggungjawabkan sebagai Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) itu sepatutnya mencari jalan mempertingkat PBT di Selangor, kalau nak Pakatan Rakyat (PR) menang lagi dalam pilihan raya akan datang.

Sayangnya mereka lebih senang menjadi jelmaan Qarun yang bulur kekayaan.”

Itu satu perkara kata Penarik Beca.

Kedua, adakah mereka terlibat dalam transaksi yang tidak diperbolehkan oleh undang-undang. Bagaimana dengan percanggahan kepentingan atau conflict of interest? Kalau mereka terlibat dalam transaksi yang tidak diperbolehkan oleh undang-undang, mereka tak ubah seperti penyamun.

Dahulu, saya selalu mendengar cerita sekumpulan orang yang digelar penyamun Umno bermaharajalela di Selangor, malah di negeri-negeri lain.

Adakah penyamun Umno digantikan dengan penyamun PAS?, tanya Penarik Beca.

Keadaannya bukan sekadar yang diperkatakan oleh Penarik Beca dan Malaysia Today sahaja.

Juga penyamun ialah pemimpin PKR yang rapat dengan kerajaan Negeri dan mereka ini mungkin dipasang untuk strategi menarik kontraktor UMNO supaya bersimpati dengan mereka.

Saya ingin berkongsi maklumat dan diperturunkan sms rakan saya yang mahu dikenali dengan WIP apabila beliau bertanya:

“BENARKAH?: Pihak Pakatan Rakyat di Selangor telah menganjurkan atau melaksanakan sistem ‘rezoning”kepada setiap projek-projek penyelenggaraan, potong rumput,angkut sampah, pembersihan kawasan, atau yang setaraf dengannya.

Maka dengan itu mana pemilik-pemilik projek yang selama ini dikuasai oleh kepimpinan UMNO peringkat bahagian-bahagian akan bertambah kecil, atau dikecilkan dengan tujuan supaya ramai pihak termasuklah PR sendiri mendapat nikmatnya.

PERSOALANNYA:

1. Apakah benar ramai kontraktor dari UMNO yang projek mereka dikecilkan telah mengambil kerja-kerja Sub atau menjadi subkontraktor kepada kerja-kerja yang diperolehi oleh pemimpin-pemimpin PR, khususnya PKR, mereka ini mengambil kerja-kerja sub atas faktor “survival’ kehidupan masing-masing.

2. Ini kerana mereka mempunyai tenaga kerja,msein-mesin atau lori-lori yang mereka miliki selama ini, Jika benar, perkara ini terjadi bagaimanakah KEMPIMPINAN UMNO DI PERINGKAT CAWANGAN ATAU BAHAGIAN DI SELANGOR INI AKan menghadapi PR dalam pilihan raya umum akan datang.

Semestinya mereka ini akan termakan budi, kepada PR (PKR) berkaitan kerja-kerja tadi.

Apakah ini mungkin strategi PKR di Selangor yang mahu melemahkan jentera UMNO dalam PRU nanti?

Renungkan. Ikhlas WIP.”

Amat jelas, dalam memberi dan mengagihkan kerja-kerja, PKR bijak untuk melembutkan penyokong kuat UMNO.

Sudah pasti orang biasa sukar dipujuk oleh PKR dengan masalah yang dihadapinya sekarang.

Tetapi yang paling mudah ialah kontraktor, mereka yang ada pekerja, mesin, lori dan sebagainya kini banyak yang banyak ‘melopong’ kerana kerja-kerja sudah tidak ada.

Apabila Datuk Seri Mohd Khir Toyo dan teamnya jatuh tergolek akibat kekalahan BN, mereka pun turut tergolek.

“Susah bang sekarang, kerja dah tak ada....Ketua Bahagian saya pun rasa peritnya...” luah seorang kuat di salah sebuah bahagian UMNO di Selangor. Dia bekas Ketua Pemuda Bahagian dan bekas anak buah saya di salah sebuah akhbar pada akhir 1990-an.

Inilah realitinya. Apakah mereka ini menjadi sasaran PKR untuk bersimpati dan menyokong mereka di Selangor?

2 comments:

  1. sdr hambali,

    tentulah mengecewakan kalau perjuangan hanyalah sekadar untuk mendapatkan projek. kenyataan ini saya tujukan kepada semua orang politik, sama ada dalam bn atau pakatan rakyat.

    salam.

    ReplyDelete
  2. Iltizam politik perlu ada dalam diri setiap pemimpin . Kalau sekadar nak penuhkan kantung dengan berpolitik,,,, tak kemana perjuangan...

    Sama je BN dan PR. Dulu PR tuduh BN salahguna kuasa, bagi projek pada kroni dan bla.bla.bla. Hah sekarang giliran PR la pulak agih projek pada kroni.... so kesimpulannya.... menang pilihanraya, projek masyukkkkkkkkkkkkkkk.
    dan menang pilihanraya ,melayu tergadai.

    ReplyDelete