Wednesday, December 24, 2008

BAHAGIAN LARUT YANG MEMBIMBANGKAN

Dua laporan Berita Harian cukup menarik untuk direnungi.

Kedua-duanya membabitkan Ketua UMNO Bahagian. Seorang - Datuk Zahar Hashim - sudah meninggalkan UMNO dan seorang lagi itu Datuk Raja Ahmad Zainuddin juga mungkin meninggalkan UMNO.

Pertama, laporan berita harian online bertajuk “Saya bukan pengkhianat kepada Umno: Zahar Hashim”. Laporan memetik bekas Ketua Umno bahagian Petaling Jaya, Datuk Zahar Hashim berkata beliau bukan pengkhianat kepada Umno apabila bertindak menyertai Pas semalam.

Sebaliknya, beliau menuduh Umno yang mengkhianat beliau biarpun selepas 20 tahun bersama menyumbang kepada parti.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai keputusannya menyertai parti pembangkang itu hari ini.

Tiada isu lain berkait Abu Zahar iaitu isu kritikan beliau terhadap pemimpin tertinggi UMNO. Beliau turut menimbulkan kontroversi mengenai pembelian helikopter.
Laporan Harakahdaily menyebut, dalam masa yang sama Zahar turut 'mewakafkan' (infak) pejabat Bahagian Umno PJ Selatan kepada PAS kawasan sama. Difahamkan pejabat tersebut adalah milik beliau sendiri.

Abu Zahar digantung jawatan ketua Umno bahagian awal bulan ini kerana mengkritik pemimpin utama Umno, termasuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak menyalahgunakan kuasa dalam satu pertemuan dengan ketua-ketua bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Sementara itu, Ustaz Nasharuddin mengalu-alukan kesudian beliau menyertai PAS sekaligus menghargai Zahar untuk sama-sama membantu kempen pilihan raya kecil Kuala Terengganu bermula 5 sehingga 17 Januari depan.

Dalam ucapannya di majlis tersebut, Abu Zahar berkata, seramai 28 ketua cawangan, dan 13 ahli jawatankuasa bahagian berkenaan juga akan mengikut jejak langkahnya menyertai PAS.-azm

Tajuk kedua ialah “AJK Bahagian Larut letak jawatan jika Hamzah tanding”.
Laporan Berita Harian hari ini menyebut, UMNO Bahagian Larut yang sehingga ini belum menjalankan mesyuaratnya terus bergolak apabila sebahagian besar ahli jawatan kuasa (AJK) bahagian itu dikatakan akan meletak jawatan beramai-ramai selepas tidak berpuas hati Ahli Parlimen Larut, Datuk Hamzah Zainuddin dibenarkan bertanding bagi merebut jawatan ketua bahagian itu.

Mereka dikatakan akan berbuat demikian sebagai tanda bantahan selepas Hamzah yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dibenarkan bertanding merebut jawatan itu oleh Umno Pusat walaupun hanya menjadi ahli di bahagian itu pada April lalu.

Mengikut pekeliling yang dikeluarkan ibu pejabat parti bahawa seseorang itu tidak boleh bertanding jika menjadi ahli selepas 31 Disember 2007 di sesuatu cawangan, namun Hamzah hanya menjadi ahli di sebuah cawangan di Bahagian Larut pada April lalu.
Isu ini semakin rumit kerana selain rasa kecewa, tindakan sebahagian besar ahli jawatankuasa bahagian itu berbuat demikian diktakan kerana tidak mahu perkara itu menjadi kes contoh.

Ia akan menjadi precedent di masa hadapan yang akan membolehkan perkara yang sama dilakukan oleh pihak lain pada masa depan tanpa kesudahan.

Sumber terbabit melahirkan rasa bimbang pergolakan yang berlaku serta tindakan yang dibuat oleh ahli jawatan kuasa berkenaan akan menjadi lebih buruk termasuk keluar parti kerana tidak berpuas hati dengan keadaan yang berlaku.

"Jika kebenaran (bertanding) itu diberikan, sudah pasti ia menjadi amalan tidak sihat kepada parti kerana sesiapa saja dengan mudah akan menjadi ahli di sesuatu cawangan dan kemudian bertanding merebut apa juga jawatan yang mereka mahu," katanya sumber itu.

Posting saya sebelum ini banyak memperkatakan isu Bahagian Larut ini dan kini wujud pula cakap-cakap kononnya Hamzah mewakili ‘team Datuk Seri Abdullah Ahmad Badaw’i cuba menjatuhkan Ketua Bahagian UMNO, Datuk Seri Raja Ahmad Raja Omar.

Hamzah juga bertanding Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Puak-puak yang menyokong Hamzah dikatakan membawa berita bahawa Raja Ahmad bukan sahaja sudah ‘diterajang’ oleh Abdullah apabila tidak melantik beliau sebagai orang penting kerajaan walaupun menjadi Pemangku Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasionakl (BNBBC) sejak Datuk Shahril Samad melepaskannya.

Shahril yang kemudiannya mengatakan tidak berminat sebarang jawatan akhirnya dilantik menjadi Menteri dan kini Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Ketika BNBBC terumbang ambing, Perdana Menteri dikatakan bersetuju dengan pelantikan Raja Ahmad tetapi apabila pilihan raya umum lalu, Raja Ahmad dihantar bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah dan melepaskan Parlimen Larut kepada Hamzah.

Penyokong Hamzah mengatakan Raja Ahmad tidak mendapat sokongan Abdullah dengan tindakan menggugutkan beliau sebagai Ahli Parlimen, Raja Ahmad berada dalam kedudukan yang ‘payah’.

Pada ketika Raja Ahmad yang menjadi ahli parlimen sejak 1999 dan kemudian Pemangku Presiden BBC digugurkan bertanding Parlimen, mereka yang dikatakan masih baru menjadi Ahli Parlimen tiba-tiba menjadi Menteri dan Timbalan Menteri.

Lebih memburukkan keadaan, Raja Ahmad yang ‘membuka jalan’ untuk Hamzah tercampak dan kini Hamzah mahu mencabarnya pula.

Bagi Raja Ahmad, sudahlah ‘khidmatnya sebagai pemangku Presiden BBC tidak dihargai’ kini jawatan yang dipegangnya dicabar pula ‘orang Abdullah’.

Mainan politik apakah ini?

Persoalannya, benarkah Abdullah menyokong Hamzah untuk menjadi Ketua Bahagian atau ia kerana angkara pegawai di Ibu Pejabat UMNO yang dikatakan merancang untuk Hamzah?

Berita yang tidak sedap didengar dan contohnya seperti yang berlaku kepada Abu Zahar Hashim ialah jika Hamzah dibenarkan bertanding di Larut, mungkinkah Raja Ahmad juga akan keluar parti?

Pemimpin tertinggi UMNO nampak relaks dengan perkembangan ini. Apakah mereka gembira jika ada rakan-rakan yang dikenakan hukuman menyertai parti lain, khususnya PAS?
Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali pula dikatakan ‘lepas tangan’ dan tidak menyelesaikan masalah Larut yang kini berlarutan.

Jika Ketua UMNO bahagian Petaling Jaya Selatan menyertai PAS dengan membawa bersama 28 ketua cawangan UMNO dalam bahagian itu apakah Raja Ahmad tidak ada penyokong?
Apakah Ibu Pejabat UMNO boleh mengatakan ‘kalau nak pergi pergilah’ begitu sahaja?
Apa kata Abdullah dan Najib?

Tidakkah ada cara perundingan terbaik menyelesaikan kekusutan Abu Zahar sebelum ini dan kini Raja Ahmad?

Apakah kerana Hamzah, peranan Raja Ahmad dan jawatan kuasa bahagian meletak jawatan sebagai perkara kecil?

Tidakkah mereka ini turut memenangkan BN pada pilihan raya lalu – 1 Kerusi Parlimen dan 3 kerusi negeri untuk BN?

Sanggupkah UMNO kehilangan lagi pemimpin bahagian dan ADUNnya ketika UMNO sedang berdepan dengan krisis hidup atau mati?

3 comments:

  1. Kes Datuk Zahar :Bagus untuk UMNO agar sedar dalam membuat keputusan antara banyak baik atau sebaliknya kepada parti bukan kepada individu. Kepada pemimpin UMNO yang akan menerajui parti menjelang sinar 2009 pastikan setiap keputusan hendaklah dikaji sedalam-dalam dan semasak-masaknya serta dapatkan pandangan "orang yang jujur" bukan minta pandangan mekakui mesyuarat yang nyata semuanya adalah "yes man dan hipokrit pada diri sendiri dan pemimpin atasan"...

    Kalau setakat mengkritik PM dan TPM menganjurkan perhimpunan dan kes eurocopter... benda bukan depan mata berlaku dan bukan ada transaksi pun ... cuba beralah dan gunakan kaedah kompromi la sikit wahai pemimpin parti UMNO.... cuba gertak sikit si Zahar ni pasal projek yang beliau ada.... akan dibatalkan atau ditarik balik.... dan cuba cri kelemahan yang boleh beliau berfikir banyak kali untuk melakukan tindakan yang merugikan parti dan diri sendiri.

    Cuba cari gambar si Zahar ni masa dalam tentera masa berada di club house tentera tu macam mana lagaknya dan tayangkan masa kempen PRK trg nanti.... berapa lama Zahar ni nak duduk makang "kerpok gotang"...

    Kes Bahagian Larut yang dah semakin tepu.

    Apa susah, demi nak menyelamatkan parti, timbalan menteri perumahan ni janganlah bertanding di larut tu.. walau pun jadi ahli parlimen bukan tak boleh jalankan tugas pun. ketua bahagian is ketua bahagian dan ahli parlimen is ahli parlimen. Cuba jenguk balik dikelantan "sekor" pun tak jadi ahli parlimen dan ketua bahagian UMNO kecuali Tok Pa dan Ku Li sahaja yang mempunyai "imuniti" dari rakyat.

    elok je mentadbir UMNO. cuba pergi tanya sikit "nuar musang" kok lanas/ketereh/melor/ semua nuar musang yang sapu tapi semuanya berjangut tunggu masa nak menang kecuali alwi je.
    Dalam UMNO ni, kalau pasal bab berebut jawatan no satu, tapi kalau bab nak suruh rakyat pangkah dacing masa pilihanraya, semua nya buat muka sardin je... lantaklah kalah ke menang ke.. janji masyuk dah.... banyak ....dan syoru tak mis sudah....

    Kepada datuk Zahar, saya hormat pendirian anda tapi cuba renung...dan angkat tangan memohon kehadrat Illahi,,,, bermuhasabah lah diri serta merendahkan diri kepadaNa untuk seketika...dan bersolat lah supaya ditunjukkan hidayah semoga dikembalikan hidayah untuk keluar dari PAS dan bersaralah dari politik dan disamping itu,,,cuba renungkan balik selama ini "aku dapat nikmat dari Allah dan dari kerajaan mana? langit,bulan,mata lebam,keris,roket,dacing?,,, kalau aku masuk Pas dari dulu adakah aku boleh berada seperti sekarang....? Boleh kah aku beri bangunan yang aku bina ni kepada parti lain.... apakah aku ni zalim dengan kerajaan yang menolong aku dikala aku susah dahulu... adakah aku jahat kepada kerajaan yang memberi aku makan anak dan isteri aku selama ini dengan hasil kerajaan sekarang, dan adakah aku terlalu amat zalim bila aku digantung keahlian selama 2 tahun aku terus melatah, dan bila aku masuk kedalam PAS nanti bila PRU 13 nanti adakah aku dilantik menjadi timbalan menteri pertahanan kerana aku dah ada basic askar. dan ...oh mungkin aku terlupa bahawa ...aku sebenarnya terlupa bahawa aku didik dalam tentera dan aku berpangkat besar juga la kiranya jadi maka dengan itu lah aku ni jenis orang yang tidak boleh ditentang,ditegur,diajar kerana selama ini aku hanya boleh mencarut,memaki hamun kepada anggota bawahan aku ...tapi aku lupa juga bagaimana hina nya aku bila aku diludah dengan pegawai yang lebih tinggi dari aku dalam tentera dahulu.... kesimpulannya....

    mana-mana askar bersara yang ada pangkat besar tak lama dalam komuniti masyarat,kerana mereka-mereka ini terikut-ikut rentak kepimpinan ala tentera dan merasakan semua idea nya tidak boleh disanggah dandi tentang...selamat maju jaya kepada datuk Zahar.....

    ReplyDelete
  2. nak tahu siapa sebenar kapten azhar..sila ke website saya...

    http://pkrpasdap.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Please see this YIP KUM FOOK cheated amounting to RM20,000.00, it belongs to VEN. U NANDIYA. Fundraising donation by Myanmar Devotees to buy large Buddhist marble for SAMNAK SAMBODHI in 2000 that Buddha Marble from Myanmar

    Information and signature in blogspot.com by YIP KUM FOOK and please be aware of the issue as all contributions to Buddhist teachings:

    https://committeesamnaksambodhi1.blogspot.com/2019/01/

    SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE at Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur. YIP KUM FOOK (MCA GOMBAK) is president, Secretary (YAP LEONG LAN) and Treasurer (NG GOOT MEE)

    ReplyDelete