Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md.
Yunos ditahan oleh polis awal pagi ini menjadikan sejauh ini seramai 14 orang ditahan.
Utusan Malaysia melaporkan Jamal ditahan di rumahnya di
Ampang sementara Berita Harian melaporkan dia ditahan di sebuah
hotel, di Jalan Tun Razak.
Jamal, ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)
Kontinjen Selangor, sekitar jam 1.30 pagi, ketika berada dalam bilik hotel berkenaan.
Sumber - Malaysiakini |
Jamal yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar dibawa
ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam bagi membantu siasatan.
Penahanan tersebut sekaligus menjadikan 13 individu
ditahan berhubung penganjuran himpunan haram di sekitar Dataran Merdeka hari
ini.
Sebelum ditahan, malam tadi Jmal menyifatkan penangkapan
Pengerusi BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah dan pegawai sekretariat gabungan itu yang
juga Ahli Sekretariat Bersih, Mandeep
Singh adalah perkara yang sepatutnya dilakukan polis dalam memelihara keamanan.
Pemimpin Baju Merah itu berkata sememangnya BERSIH
mempunyai “agenda jahat” menghasut rakyat turun ke jalan raya untuk menjatuhkan
kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang dipilih secara demokrasi menerusi
sistem pilihan raya.
Dalam kenyataan malam semalam, Jamal juga berkata
kumpulannya akan memastikan BERSIH gagal meneruskan demonstrasi hari ini.
Dengan penangkapan Jamal, kini seramai 14 individu yang
dipercayai bakal terbabit dengan perhimpunan di sekitar ibu negara, sudah
ditahan sejak jam 5 petang semalam.
Tangkapan membabitkan pemimpin kumpulan Bersih 5 dan
Gerakan Merah.
Sementara itu, Maria Chin Abdullah dan, Mandeep Singh direman di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur esok.
Sementara itu, Maria Chin Abdullah dan, Mandeep Singh direman di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur esok.
Peguam yang mewakili mereka, Eric Paulsen dan
Melissa Sasidaran berkata, Maria ditahan di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan
kerana cuba untuk melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi
berparlimen.
"Mandeep ditahan di bawah Seksyen 147 Kanun
Keseksaan kerana merusuh.
"Kedua-dua mereka dipindahkan ke Kuala Lumpur dan
akan direman pada Sabtu," kata Eric pada Sabtu.
Sejauh ini, selain Jamal, Maria Chin dan Mandeep Singh, pemimpin lain
yang juga ditahan adalah Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke; bekas Exco
Selangor, Ronnie Liu dan pemimpin parti PSM, S Arutchelvan.
Turut ditahan adalah dua aktivis, Luqman Nul Hakim Zul
Razali dan Jurucakap Gabungan Tangkap MO1, Anis Syafiqah Md YusofAnis
Syafiqah serta dua ahli DAP, Jimmy Wong dan Lee Khai Ming.
Beberapa yang lain termasuk dari Baju Merah, Baju Hitam
dan aktivis masyarakat turut ditahan.
Sementara itu, kira-kira 7,000 anggota polis akan
bertugas pada perhimpunan Bersih 5 dan Gerakan Merah di ibu negara hari ini.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid
Ibrahim berkata, polis juga bersedia untuk bertindak jika ada peserta
perhimpunan yang melanggar undang-undang dan ingkar arahan polis.
"Tujuh ribu anggota polis akan turun ke padang bagi
memastikan tiada sebarang ancaman atau perkara tidak diingini berlaku
esok (hari in) ," katanya kepada pemberita pada majlis prebiu dan pelancaran buku
'Coffee Table' PDRM semalam.
Beliau berkata, tanggungjawab polis adalah untuk
memastikan keselamatan, ketenteraman awam dan menegakkan undang-undang yang ada
di negara ini.
"Kami akan jalankan tanggungjawab sebagai anggota
polis dan saya seru agar sebaiknya orang ramai tidak terlibat dengan mana-mana
pihak pada perhimpunan esok," katanya.
Dalam pada itu, polis trafik dalam satu kenyataan menyebut 58 jalan utama di beberapa lokasi sekitar Dataran Merdeka akan
dilencongkan manakala 12 laluan ditutup bermula pukul 7 pagi hingga perhimpunan
selesai hari ini.
No comments:
Post a Comment