Thursday, September 1, 2016

NAJIB RAZAK DIKENAL PASTI SEBAGAI MO1 - APA SELEPAS INI?


"Saya telah kata secara terbuka. Jelas sekali jika kamu membaca dokumen berkenaan, ia adalah Perdana Menteri...Tidak ada misteri tentang Malaysian Official 1, hanya orang bodoh tidak tahu siapa orang itu. Datuk Abdul Rahman Dahlan

Sehari selepas sambutan Hari Kemerdekaan ke 59, rakyat kini tidak payah lagi tertantya-tanya mengenai siapa “Malaysian Official 1” (MO1).

Juga tidak payah lagi bersusah-susah mengadakan perhimpunan untuk mengenal pasti siapa individu yang disebut sebagai MO1

Tidak lagi perlu mempersenda bahawa Yang Di-Pertuan Agong adalah individu yang dinamakan sebagai ‘MO1’.”

Malah,  yang selama ini mengkritik pembangkang atau sesiapa sahaja yang menjuruskan 'nama itu' sebagai ‘MO1', anggaplah anda sudah kalah.

Malah anda semua adalah orang BODOH yang buta dan pekak mempertahankan orang itu BUKAN sebagai MO1.

Dengan sendirinya mereka yang mempertahankan UMNO atau kerajaan atau juga Perdana Menteri perlulah bertanggungjawab untuk terima hakikat bahawa anda semua menjalankan kerja sia-sia kerana sudah jelas siapa ‘MO1’.

Jelas dan nyata sudah Mohd Najib Razak adalah ‘MO1’.

Dokumen Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat memang  tidak menamakan Najib, tetapi menyebut MO1 sebanyak 36 kali, yang sering dikaitkan dengan Najib, walaupun disangkal beberapa pemimpin Umno.


Najib ialah Perdana Menteri Malaysia, Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Penasihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menjadi isu utama di Malaysia dan seantero dunia sejak 36 bulan lalu.

Media Britain, BBC dalam laporannya ‘Who is 'Malaysian Official 1'? Case closed’ yang dibuat oleh , iaitu koresponden menyebut: “(But) in an interview with me, Abdul Rahman Dahlan, a senior government minister in Mr Najib's cabinet, has confirmed that "MO1" is none other than Mr Razak.”

"I've said it openly. Obviously if you read the documents, it is the prime minister," he (Abdul Rahman) said.

Dengan kata lain, hari ini kerajaan juga secara rasmi mengesahkan bahawa “Malaysian Official 1 (MO1) yang dirujuk sebanyak 36 kali dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan penyelewengan dana 1MDB adalah Najib.

"Saya telah kata secara terbuka. Jelas sekali jika kamu membaca dokumen berkenaan, ia adalah perdana menteri," kata menteri UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang dipetik BBC itu.

Ini bermakna Abdul Rahman hari ini sekali lagi menamakan Najib sebagai orang yang dimaksudkan sebagai” (MO1), dan ini kali kedua Abdul Rahman menamakan Najib.

Awal Ogos, beliau berkata identiti di sebalik MO1 bukan sesuatu yang rahsia.

“Tidak ada misteri tentang Malaysian Official 1, hanya orang bodoh tidak tahu siapa orang itu,” katanya kepada seorang wartawan Malaysiakini.

Bermakna ramai yang bodoh di Malaysia, termasuk pemimpin UMNO dan kerajaan yang cuba menafi dan mengatakan Najib bukan MO1.

Badan penyiaran Britain BBC memetik menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sebagai berkata perkara itu tidak perlu diragukan lagi.


“Saya sudah nyatakan secara terbuka. Kalau dokumen (DOJ) itu dibaca, ia merujuk kepada perdana menteri,” katanya.

Setiap orang yang membaca dokumen-dokumen mahkamah atau mengetahui isu berkenaan akan tahu siapa orang yang sedang dirujuk, katanya.

"Tidak ada misteri tentang Malaysian Official 1, hanya orang bodoh tidak tahu siapa orang itu," katanya.

Amat nyata seperti dikatakan oleh Abdul Rahman, sebelum ini, ramai pemimpin UMNO yang BODOH enggan menafikan atau menyetujui sama ada MO1 merujuk kepada Najib.

Bulan lalu, Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad mencetuskan kemarahan selepas mendakwa MO1 atau “pegawai Malaysia pertama” yang disebut pihak berkuasa AS itu merujuk kepada Yang Di-Pertuan Agong. Beliau kemudian membuat permohonan maaf atas kenyataannya.

Pada 27 Ogos, lebih 2,000 orang yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar berkumpul di Kuala Lumpur menuntut kerajaan menamakan identiti MO1 dan mengambil tindakan.

Pada 20 Julai lalu, DOJ memfailkan saman sivil untuk merampas aset di Amerika Syarikat yang didakwa dibeli menerusi dana yang diselewengkan daripada 1MDB. Ia merancang untuk mengembalikan hasil penjualan aset berkenaan kepada Malaysia.

DOJ tidak menamakan "MO1" tetapi menyifatkannya sebagai pegawai kanan kerajaan yang sebelum ini disiasat oleh pihak berkuasa Malaysia kerana mempunyai AS$ 681 juta di akaun bank peribadinya.
Riza Aziz, anak tiri Najib dan Jho Low, seorang ahli perniagaan yang dilaporkan rapat dengan keluarga perdana menteri, juga dinamakan dalam saman DOJ itu.
Dokumen 130 muka surat membutirkan hasil siasatannya turut menamakan beberapa individu, termasuk anak tiri Najib, Riza Aziz, yang didakwa menggunakan berjuta dolar daripada 1MDB bagi pengeluaran filem Hollywood “The Wolf of Wall Street”.

Turut dinamakan adalah pegawai kerajaan Abu Dhabi, Khadem Abdulla Al-Qubaisi dan Mohammed Ahmed Badawy Al-Husseiny.

Peguam Negara Malaysia Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah membersihkan daripada sebarang salah laku berhubung wang AS$ 681 juta itu atas alasan ia adalah "derma" dari keluarga diraja Arab Saudi. Namun bagi DOJ, wang itu berasal daripada 1MDB.

DOJ berkata sekurang-kurangnya AS$ 3.5 bilion telah diseleweng daripada 1MDB dan sedang berusaha menyita AS$ 1 bilion aset yang didakwa dibeli menerusi wang yang dicuri itu.

Najib menafikan salah laku dan berkata beliau tidak pernah mengambil wang rakyat untuk kepentingan peribadi.

Walaupun mengakui Najib adalah MO1, Abdul Rahman yang merupakan pengarah strategik Barisan Nasional, mengatakan nama Najib tidak disebut dokumen tersebut.

Jelas menurutnya, Najib bukan sebahagian daripada siasatan.

“Terdapat orang lain yang dinamakan… dan Jabatan Kehakiman akan membawanya ke mahkamah untuk membuat keputusan.” tegasnya.

Beliau juga hairan dan mempersoalkan DOJ kenapa ia tidak menamakannya dengan nama yang betul.

"Ada orang lain yang dinamakan .... dan Jabatan Keadilan akan membawanya ke mahkamah dan mahkamah akan membuat keputusan," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, bagaimanapun berpendapat bahawa Najib tidak perlu bertanggungjawab ke atas kegagalan dana pelaburan negara itu.

"Beliau telah bertanggungjawab, dengan melantik pasukan baru di 1MDB,” kata Abdul Rahman.

Berikutan itu adalah tindakan melampau oleh  sebilangan kecil NGO dan pembangkang yang mendesak supaya Najib  mengosongkan kerusinya.

Najib tidak seharusnya berbuat demikian, tegas Abdul Rahman.

Persoalannya ialah apakah kenyataan Abdul Rahman ini akan menghentikan perbahasan mengenai MO1?


Dengan orangnya sudah dikenal pasti, apakah isu 1MDB turut terhenti?

No comments:

Post a Comment