Friday, January 6, 2012

PERHIMPUNAN 901 - BERANI BERI KEBENARAN, BERANI TANGGUNGLAH…

Polis benarkan perhimpunan ‘Bebaskan Anwar’.

Bermakna dengan kebenaran itu, Pakatan Permbangkang sudah ‘up satu tangga’ untuk menunjukkan solidariti bagi membebaskan Anwar daripada fitnah.

Diulangi, MEMBEBASKAN ANWAR DARIPADA FITNAH.Kepada blogger dan media proPakatan, sila hebohkan untuk turun beramai-ramai. Lebih daripada 100,000 orang lagi baik. Jom turun ke Kuala Lumpur Isnin ini!

Maknanya, kalau keputusan Mahkamah Tinggi Isnin ini tidak menyebelahi Datuk Seri Anwar Ibrahim, perhimpunan itu mengesahkan wujudnya FITNAH KEPADA ANWAR.
Jadi selepas ini tidak payah lagi ada laporan polis, kenyataan membidas atau menganggap perhimpunan itu sebagai akan mendatangkan bahaya kepada ketenteraman awam atau kepentingan peribadi.

Sedikit sebanyak Polis Kuala Lumpur ‘mengesahkan’ perhimpunan itu wajar diadakan walaupun apa pun matlamatnya.

Polis Kuala Lumpur sudah yakin dan berjanji tidak akan ada apa-apa kekecohan. Kalau ada nanti, yang buat hal tanggunglah sendiri.

Malah, jika ada kejadian tidak diingini atau tidak sengaja, Polis Kuala Lumpur akan berdepan dengan masalah itu, bukan lagi Pakatan Rakyat.

Azmin sudah menegaskan bahawa pihaknya menyerahkan kepada pihak polis untuk menjaga keamanan dan mampu mengatasi sebarang provokasi daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Siapa yang tidak bertanggungjawab? Penyokong kerajaan kah, Penyokong UMNO dan Barisan Nasional kah? Perkasa dan NGO lain kah?

Selepas bermesyuarat selama sejam dengan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, timbalan presiden PKR Azmin Ali dapat jaminan bahawa polis telah membenarkan Pakatan Rakyat meneruskan perhimpunan ‘Bebaskan Anwar'.

Ia dihadkan di tempat letak kereta perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, Isnin ini.

Azmin, walaupun mengetuai rombongan parti itu, beliau tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga sidang akhbar jam 3 petang ini (sepatutnya sekaranglah).

Yang jadi tukang hebat sebentar tadi ialah Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin dalam laman twitternya yang berbunyi:

"Persetujuan dicapai dgn @PDRMsia utk perhimpunan solidariti utk @anwaribrahim 901 di kawasn letak kereta Kompleks Mahkamah KL. Jom turun".

Azmin pada sidang akhbarnya sekadar berkata keputusan perbincangan dengan polis hari ini "positif".

"Keputusannya positif, saya gembira dengan (hasil) perbincangan pagi ini, kerana polis menunjukkan kesediaan untuk berbincang dengan parti-parti politik.

"Mereka mengambil sikap terbuka demi untuk menjamin keamanan rakyat," katanya sambil mengharapkan perhimpunan tersebut berjalan dengan aman dan teratur.

Jadi, untuk Polis Kuala Lumpur, BERANI BENAR, BERANI TANGGUNGLAH…

Kata Azmin: “Saya percaya polis mengambil langkah-langkah sewajarnya... Kita juga berbincang tentang program kita secara teliti dengan polis. Kita amat berpuas hati," katanya.

Datuk Mohmad Salleh yang ditemui wartawan selepas mengadakan pertemuan itu mengesahkan pihak polis Kuala Lumpur membenarkan perhimpunan itu dengan dengan syarat ia berlangsung dalam keadaan aman dan teratur.

"Penganjur mesti memastikan perhimpunan itu dijalankan secara aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam," katanya.

Semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberi kelonggaran kepada penyokong Anwar untuk mengadakan perhimpunan di lokasi lain tetapi bukan di kawasan Kompleks Mahkamah, Jalan Duta.

PERKASA pula dilapokan dibenarkan polis telah untuk berhimpun di perkarangan masjid Kuala Lumpur pada Isnin depan.

Menurut timbalan presiden PERKASA Datuk Abdul Rahman Bakar yang juga mengadakan pertemuan dengan pihak polis, tidak ada permit yang diperlukan bagi tujuan berkenaan.

1 comment:

  1. Semua yang datang tu nanti kan bertanda dahi mestilah semuanya terjamin ikut undang-undang, baik dan tak akan merusuh tu yang polis bagi tu.Polis pulak yakin boleh uruskan mereka mesti ok punya. Lantak kau lah yang susuah nanti orang yang duk KL. Aku duduk kampung tak sesakpun jalan raya aku, yang penting rezeki yang Allah beri akan aku gunakan dengan kesyukuran. Hasil kebun, hasil ternakan aku tetap terjual Alhamdulillah...

    ReplyDelete