Baca betul-betul kenyataan oleh Presiden MIC yang juga timbalan menteri industri perladangan dan komoditi ini:
"Kami (masyarakat India di Malaysia) hanya dibantu semasa pilihan raya kecil dengan pemberian kecil, peruntukan kerdil untuk sekolah, kuil, pinjaman mudah - (tetapi) kami perlukan bantuan berkenaan dalam skala besar. Hanya dengan itu, masyarakat India akan kembali menyokong kerana tidak ada sesiapa yang boleh kami harapkan kecuali kerajaan BN.”
Bercakap pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam beliau menegaskan, sokongan masyarakat India kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) masih menjadi persoalan.
Sebelum itu kita lihat dulu prestasi MIC itu sendiri. Dalam pilihan raya umum (PRU) yang lepas, MIC tewas 6 kerusi Parlimen (kini memiliki 4 kerusi selepas menang di PRK Hulu Selangor); manakala di DUN, hanya menang 7 kerusi.
Sedangkan sebelum 2008, MIC mempunyai 9 kerusi Parlimen dan 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum 2008.
Sedangkan jika digabungkan ahli Parlimen kaum India dari pembangkang ialah 11 kesemuanya – 7 daripada DAP; 3 daripada PKR dan seorang PSM. Dengan bilangan lebih besar daripada MIC mereka dilihat mampu membawa agenda India lebih besar.
Pembangkang membawa isu biasiswa untuk pelajar India, meningkatkan penjawat awam India di sektor awam; isu Interlok, isu kegagalan mendapat sijil beranak dan hak kewarganegaraan, gaji minimum sektor perladangan, membaiki ekuiti yang masih 1.5 peratus (%), dan menukar status sekolah separa bantuan kepada bantuan penuh untuk sekolah Tamil.
Salah siapa dalam soal ini? Apakah kerajaan BN tidak bantu masyarakat India? Baca tulisan berikut untuk mengetahui dengan jelas!
Selain itu, orang Melayu sudah memberikan kerjasama dan sokongan baik untuk memenangkan MIC.
Amat jelas Palanivel dan MIC terus bermain politik dan tidak pernah cukup dengan apa yang sudah diberikan kepada masyarakat India.
Palanivel juga bercakap dengan nada mendesak ketika pilihan raya semakin dekat apabila mengatakan ‘...pemberian kecil, peruntukan kerdil untuk sekolah, kuil, pinjaman mudah - (tetapi) kami perlukan bantuan berkenaan dalam skala besar’.
Kita semakin tidak faham dengan Presiden MIC itu kerana beliau berada dalam kerajaan tetapi menyatakan perkara bukan-bukan.
Dengan spekulasi bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membubarkan Dewan Rakyat pada akhir tahun ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan, Palanivel berkata penyelesaian segera diperlukan bagi manangani masalah masyarakat India itu.
Parti MIC akan mengadakan Perhimpunan Agung yang ke-65 pada Sabtu ini.
Dan untuk kali pertamanya, sebagai Presiden parti yang baru,.Palanivel perlu menggunakan pentas utama untuk menyampaikan amanat Presiden kepada pada delegasinya selepas Datuk Seri S.Samy Vellu melepaskan jawatan tersebut Disember tahun lalu.
Palanivel jangan asyik tuding jari kepada orang lain. Jadikan perhimpunan dengan kehadiran lebih 3,500 delegasi sebagai landasan memperbaiki prestasi dan memberikan jaminan kepada BN untuk menang besar, bukan klu-klek membuat andaian sokongan masyarakat India kepada kerajaan BN masih menjadi persoalan.
Jika MIC terus bermain api dengan BN, elok kalau dicari jalan lain dengan mendekati beberapa parti kecil India sebagai komponen setia BN yang baru!
No comments:
Post a Comment