Wednesday, December 29, 2010

'BIG BROTHER' TIDAK LAGI BOLEH BULI MALAYSIA SESUKA HATI!

Pada ketika pemain Malaysia berlatih, ada sebilangan rakyat Indonesia bawa banner tunjuk lagak. Tiada semangat kesukanan langsung. Beginilah apabila rakyat sesebuah negara sudah tidak rasional dengan meluahkan rasa tidak puas hati di tempat yang salah.

Macam-macam dengan Indonesia ni. Daripada cerita masalah pembantu rumah, isu sempadan, perairan, nelayan, bantuan tsunami dan gempa bumi, hinggalah kepada perlawanan bolasepak.

Ada sahaja yang rakyatnya tidak puas hati mengenai Malaysia. Yang hairannya kebanyakan berlaku sekitar Pulau Jawa.

Ternyata sejak sebelum perlawanan di Bukit Jalil, Ahad lalu pun, sebilangan rakyat Indonesia dan medianya sudah berusaha ‘memperkecilkan’ Malaysia dengan pelbagai cara.

Persoalannya apakah ia takut, pengecut atau terlalu yakin boleh menang selepas membelasah Malaysia 5-1 pada perlawanan pusingan awal di Jakarta sebelum ini?

Yang nyata, pasukan Indonesia adalah jaguh kampung kerana kemenangan dan kelayakannya memasuki final, semuanya ditempah di gelanggang sendiri. Lawan Filipina sebanyak dua kali pada separuh akhir pun bermain di gelanggang sendiri.

Sedangkan Malaysia bermain di Indonesia dan Vietnam untuk mara ke akhir. Siapa lebih gah sebenarnya?

Kerana itu saya memuji Irfan Bachdim (gambar kanan), penyerang pasukan bola sepak nasional Indonesia, apabila meminta rakan-rakan pasukannya agar tidak memberi alasan-alasan remeh setelah tewas kepada Malaysia.

Bagi Irfan, 22, apa yang penting pada saat ini ialah pasukan Garuda itu harus bangkit serta menyelesaikan misi mereka untuk menebus kekalahan pada perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF 2010 di Kuala Lumpur minggu lalu.

"Tidak boleh lagi tidur selepas kekalahan ini. Kami pasti melakukannya di Jakarta. Kami harus mampu melakukannya lebih baik lagi berbanding perlawanan yang lalu," kata Irfan dalam akaun Twitter rasminya, kelmarin.

Pasukan bola sepak Indonesia harus menang dengan jaringan empat gol jika ingin mengembalikan kegemilangan pasukan itu dan sekali gus menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 musim ini.

Begitu juga dengan Bambang Pamungkas yang mahukan semangat team pasukan Garuda dikembalikan untuk meraih kemenangan. Biarpun tewas kepada Malaysia pada final pertama, Bambang yakin dapat menebus kekecewaan itu malam ini jam 7.30 waktu Malaysia di Stadium Utama Bung Karno di Jakarta.


Melihat kepada gelagat penyokong dan sebilangan rakyat Indonesia, ternyata mereka tidak dapat menerima kenyataan bahawa pasukan yang datangnya dari negara jiran yang ‘tenggelam’ beberapa ketika sebelum ini bias bangkit mendadak.

Perangai ‘big brother’ yang mahu membuli adiknya tetap membara dan ini sesuatu yang tidak perlu diambil pusing oleh pasukan Malaysia.

Bukan rakyatnya sahaja bersikap begitu. Sejarah membuktikan Presiden Sukarno memandang rendah kepada kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957 yang dianggapnya ‘pemberian Britidh’ bukan melalui tumpah darah.

Tetapi Sukarno mengamuk dan melancarkan konfrontasi pada 1963 apabila Malaysia dibentuk oleh Tunku Abdul Rahman Al-Haj dan ternyata ‘adiknya’ lebih licit kerana berjaya mempengaruhi antarabangsa untuk mengiktiraf gabungan Northern Borneo, Sarawak dan Tanah Melayu menjadi Malaysia.

Beberapa ketika kemudian ketika Presiden Suharto menjadi Presiden sekali lagi Malaysia dilihat negara yang tidak sehebat mana.

Namun apabila Malaysia diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad dan menjadi salah satu kuasa ekonomi rantau ini sebagai Asian Tigers kerana pencapaian pertumbuhan ekonomi kita melebihi 10 peratus selama lebih sedekad, Indonesia mula gentar dan sesetengah pihak mula melancarkan ‘perang ekonomi’ terhadap Malaysia.

Kegawatan ekonomi 1998 dan kejatuhan Suharto tidak menghentikan ‘dengki’ Indonesia kerana Malaysia mampu menangani isu kegawatan ekonomi dengan dasar kita yang melakukan tambatan ringgit dan pengurusan ekonomi berhemah. Kita tidak meminjam daripada Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) sedangkan Indonesia terperangkap dengan hutang dan permainan George Soros di Indonesia.

Kegagalan Presiden Habibe, Abdul Rahman Wahid (Gus Dur) dan Megawati menangani isu ekonomi menyebabkan Indonesia porak peranda dan satu petanda buruk dalam politik Indonesia ialah kehilangan wilayah Timur Timur.

Lebih malang, dengan kuasa Allah, Indonesia terus ditimpa mala petaka semula jadi seperti banjir besar, tsunami dan letupan gunung berapi yang menyebabkan rakyatnya semakin tertekan.

Rasa tidak puas hati terhadap pemerintah tidak dapat dilepaskan dengan cara yang bebas dan mulalah sesetengah rakyat melihat faktor luaran sebagai escapism.

Beikutan adanya kes terpencil mengenai pembantu rumah dan kes-kes lain, Malaysia dijadikan sasaran sedangkan ada lebih dua juta rakyat Indonesia sedang berjuang untuk ‘sesuap nasi’ di bumi Malaysia sambil sebahagianya menghantar pulang beratus juta ringgit ke Indonesia.

Pada ketika yang sama Malaysia tetap membantu rakyat Indonesia yang ditimpa mala petaka tetapi ada pula sebahagiannya bagaikan ‘memberi bunga kepada beruk’ dan ‘melepaskan anjing tersepit’.

Dan rentetan peristiwa ini hinggalah kepada perlawanan bolasepak apabila ‘abang’ tidak dapat menerima ‘kemenangan adik’.

Ternyata kekalahan pasukan Indonesia kepada skuad negara memberi kesan mendalam kepada peminat sukan republik itu yang seperti sukar menerima kekalahan tersebut lantas meletakkan pelbagai alasan bagi menutup kekecewaan. Menurut laporan Utusan Malaysia, laman sosial Twitter dan YouTube menjadi sasaran penyokong fanatik Indonesia untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka apabila menyalahkan pancaran laser sebagai punca kekalahan pasukan ‘Merah Putih’ itu.

Selain isu laser, terdapat juga di kalangan media negara itu yang begitu sensitif apabila media Malaysia menggunakan tajuk Garuda Patah Sayap sebagai gambaran kepada kekalahan skuad Indonesia. Bagi rakyat negara tetangga itu, Garuda merupakan simbol negara yang harus dihormati dan tidak boleh diguna pakai secara sewenang-wenangnya. Namun, di sebalik laporan media dan reaksi penyokong yang penuh emosional itu, terdapat juga siaran berita yang bernada positif buat pasukan bimbingan K. Rajagobal itu.

Kompas.com umpamanya menyiarkan berita bertajuk Indonesia Perlu Belajar yang isi kandungannya tidak menyalahkan faktor-faktor lain atas kekalahan itu.

Komen-komen yang diberikan juga meminta penyokong fanatik Indonesia berhenti menjadikan pancaran laser sebagai ‘kambing hitam’ sebaliknya mengakui barisan pertahanan Indonesia kucar-kacir setiap kali diasak seawal minit pertama permainan. Malah, melalui media sama, jurulatih Indonesia, Alfred Riedl mengakui bahawa kekalahan pasukannya bukan disebabkan pancaran laser.

Amat jelas, isu pancaran laser yang digembar-gemburkan oleh pemain, media dan penyokong Indonesia sebenarnya dimulakan oleh mereka sendiri pada pertemuan sulung antara kedua-dua pasukan di Stadium Gelora Bung Karno, 1 Disember lalu.

Insiden itu disahkan sendiri oleh penjaga gol negara, Sharbinee Allawee yang turun dalam perlawanan tersebut. Sharbinee berkata, terdapat pancaran laser dihalakan ke arahnya ketika gol kelima Indonesia yang dijaringkan pada minit terakhir perlawanan.

''Bagaimanapun, pancaran laser itu sebenarnya tidak menjadi masalah besar kerana ia sama sekali tidak mengganggu permainan selagi mata saya tidak memandang tepat ke arah pancaran laser berkenaan.

“Saya sendiri tidak ambil kisah dengan penggunaan laser itu kerana ia bukan punca utama kepada kekalahan kami. "Selepas tewas 1-5 kepada Indonesia pada aksi peringkat kumpulan, kami menerima kekalahan itu dengan hati terbuka dan tidak pula mencari sebarang alasan lain sebagai punca kami tewas," kata Sharbinee.

Sebaliknya menurut media Indonesia, gangguan laser yang dihalakan ke arah penjaga gol Garuda, Markus Harison sebagai punca kepada kegagalannya menyelamatkan tiga gol yang bolos pada perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad lalu.

Lebih memalukan Presiden Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Nurdin Halid, seolah-olah tidak boleh menerima kenyataan kekalahannya apabila mengecam insiden itu dan berjanji untuk mengemukakan laporan kepada AFF berhubung isu tersebut.

Inilah yang saya maksudkan dengan sikap dan perangai orang Indonesia yang tidak boleh menerima kenyataan bahawa adik tidak akan selama-lamanya ‘kecil dan muda’. Hinggakan ada yang mengatakan pasukan Malaysia gunakan bomoh Thailandlah, Chinalah dan India pun ada jugak!

Sedarlah apabila 'si adik kecil' sudah meningkat dewasa, ia mempunyai arah dan ketentuannya sendiri dan tidak akan lagi tunduk kepada perbuatan buli dan kongkongan abangnya.

Pemimpin dan sebilangan rakyat Indonesia perlu sedar bahawa dalam apa juga bidang – politik antarabangsa, ekonomi atau juga sukan – persaingan adalah untuk ke arah pencapaian yang lebih sihat dan jika kedua-duanya bekerjasama, kejayaan akan lebih mudah dicapai.

Yang penting bukan melayani atau memenuhi tuntutan sebahagian kecil rakyat yang memang suka mencari pasal tetapi demi kebahagian dan kemakmuran ramai dan kestabilan rantau Asia Tenggara yang berkekalan.

2 comments:

  1. Nurdin Halid-Presiden PSSI byk skandal rasuah di Indon cuba elak kemarahan rakyat dengan memprovokasi sentimen anti Malaysia untuk political mileage.
    Abu Rizal Bakri - financier PSSI terlibat dlm pelbagai kes penyelewengan dan rasuah semasa jadi menteri kabinet Indonesia. Dari Parti Golkar, pemilik media TV One, pesaing kepada Surya Paloh pemilik Media Indonesia dan Metro TV yg terkenal menghasut sentimen anti Malaysia selama ini. Dua-dua jenglot nih kawan baik Anwarberahi.
    Irfan Bachdim - si murtad keturunan Arab-Belanda ni penuh tatoo di lengan dan ada skandal seks dengan model Jeniffer Kurniawan.
    Anwarberahi ada formula Indonesia akan baik dengan Malaysia jika;
    Malaysia jadi negara republik, kesultanan dihapuskan, pluralisme ditegakkan. Kebudayaan, kesenian dan kesusasteraan Indon dikembangkan meluas di Msia dan produk-produk Indon dijual secara bebas di Msia. Kemasukan buruh Indonesia dipermudahkan dan diberi layanan kelas pertama. Duta Msia ditukar dgn pemimpin pro PKR...sebabnya Anwarberahi tahu kelazatan lubang kunyit Indon!

    ReplyDelete
  2. Indon ramai yang tak berpendidikan dan miskin. Tu pasal ramai jadi PATI di negara ni.

    Tangkap semua PATI tu hantar balik INDONESIAL. Dok sini pun menyemak je.

    ReplyDelete