Monday, July 19, 2010

ISU UMNO SETIU - JANGAN DIBIARKAN BERTERUSAN

Muhyiddin bagaikan beri isyarat..."Hentikanlah pertelingkahan...UMNO yang rugi!"

Sudah-sudahlah dengan ‘Politik Jaga Hati’…

Itulah mungkin yang cuba dibuktikan oleh empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Setiu yang tidak menghadirkan diri pada mesyuarat UMNO Bahagian Setiu kelmarin.

Mendekati perasaan keempat-empat ADUN yang ‘menghilangkan diri’ pada hari mesyuarat perwaklian Bahagian Setiu, mereka sebenarnya tetap menyanjungi Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri.

Namun, bagi mereka jika sayangkan UMNO, segeralah ubati penyakit yang sedang melanda UMNO Bahagian Setiu ketika ini.

“Carilah jalan segera…ubatlah segera penyakit yang diketahui jelas puncanya,” kata salah seorang daripada ADUN yang sengaja tidak menghadirkan diri pada mesyuarat berkenaan.
“Selama mana kami mahu main politik jaga hati? Bukan kami tidak menyatakan masalah kepada pucuk pimpinan tetapi nampaknya ia tidak berkesudahan.”

Menurutnya, beliau ada menerima perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) daripada pihak-pihak tertentu yang mahukan beliau hadir pada mesyuarat itu kerana ia dirasmikan oleh Timbalan Presiden UMNO tetapi menurutnya, mereka tidak mahu isu ini diperap atau dipendamkan begitu sahaja.

“Seharusnya ia diselesaikan segera supaya tidak berlanjutan hingga ke pilihan raya umum ke 13. Kami mahu memperkukuhkan UMNO, bukan memecahbelahkan UMNO,” demikian tegas ADUN berkenaan.

Ditanya apakah ini bermakna Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Hishamuddin Hussein gagal mengatasi masalah yang berlanjutan, beliau menjawab: “Terpulanglah…”

Kemelut UMNO Setiu ini sebenarnya bermula sebelum Hishamuddin mengambil alih daripada Datuk Ahmad Said sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu lagi.

Menurut laporan teganuku. blogspot.com semalam yang memetik Berita Harian Online, empat wakil rakyat yang menzahirkan protes itu sedia bertemu pimpinan tertinggi parti bagi mendedahkan permasalahan pengurusan yang didakwa hingga menyebabkan bahagian itu berada dalam keadaan tidak sedia menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Empat ADUN termasuk dua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) itu ialah ADUN Batu Rakit, Khazan Che
Mat yang juga Ketua Pemuda; ADUN Langkap, Asha'ari Idris (Timbalan Ketua Bahagian), ADUN Permaisuri, Abd Halim Jusoh (Naib Ketua) dan ADUN Jabi, Ramlan Ali.

Menurut Berita Harian Online, Khazan yang dihubungi berkata, ketidakhadiran beliau bersama tiga lagi wakil rakyat adalah luahan rasa tidak puas hati terhadap pucuk pimpinan bahagian yang diterajui Ahli Parlimen Setiu, Datuk Mohd Jidin Shafiee.

Tindakan ini dibuat selepas usaha mereka menyelesaikan kemelut dalaman menemui jalan buntu. Katanya, ketidakhadiran mereka sekadar luahan rasa tidak puas hati terhadap pucuk pimpinan bahagian, dan mereka bersedia bertemu Presiden, Datuk Seri Najib Razak atau Muhyiddin untuk memberi penjelasan bagi menyelesaikan kemelut dalaman UMNO Setiu itu.

Ramlan dalam kenyataan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pula berkata, pucuk pimpinan UMNO Setiu tidak menunjukkan komitmen untuk menyelesaikan kemelut sehingga menjejaskan perpaduan dan kekuatan parti.

“Bagaimana UMNO nak kuat, nak hadapi PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. Biar kami buat protes supaya peringkat tertinggi parti tahu masalah ini. Saya sedia dipanggil Presiden parti atau Timbalannya pada bila-bila masa untuk memberi penjelasan mengenai masalah ini,” katanya.

Asha'ari yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani pula ketika dihubungi enggan mengulas dan hanya berkata: “Mesyuarat berkenaan berlangsung dengan jayanya walaupun tanpa kehadiran saya. Ketidakhadiran saya tidak mencacatkan perjalanan mesyuarat pun."

Penyakit yang melanda UMNO Setiu diketahui jelas, malah sudah dikemukakan pada pertemuan dengan Hishamuddin Hussein sendiri di Putrajaya, selain dengan Muhyiddin sendiri.

Malah, pada pertemuan kumpulan tertentu yang mengadu mengenai kepimpinan Ahmad Said sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan UMNO (sebelum ditarik balik dan diserahkan kepada Hishamuddin) dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Razak, perkara-perkara ini juga ditimbulkan.

Isunya, apa? Ia berkisar sekitar empat perkara.

Pertama, isu lantikan Penyeleras DUN sedangkan pada empat Dewan Undangan Negeri – Jabi, Langkap, Permaisuri dan Batu Rakit sewajarnya ADUN yang menang dengan sendirinya menjadi penyelaras DUN di kawasan berkenaan. Untuk apa lantikan penyelaras? Bukankah ia akan menjadi kerja yang bertindan?

Kedua, isu lantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) yang menurut kumpulan empat ADUN ini sewajarnya di bawah bidang kuasa mereka bukannya lantikan terus oleh Ahli Parlimen;

Ketiga, perlantikan anggota Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) juga sewajarnya dibuat oleh ADUN bukan oleh Ahli Parlimen; dan

Keempat, untuk apa diwujudkan Pejabat Parlimen dalam ke empat-empat DUN berkenaan sedangkan Ahli Parlimen boleh menggunakan ADUN sebagai penghubung dan jentera Parlimen.

Di pihak Ketua Bahagian Setiu pula beliau berpendapat ketidakharian empat ADUN pada mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Setiu Jumaat lepas itu langsung tidak menjejaskan perjalanan mesyuarat .

Baginya, ia lebih kepada masalah peribadi yang tidak seharusnya dicampur aduk dengan urusan parti.

Katanya mesyuarat itu berjalan dengan lancar apa lagi dengan kehadiran jawatankuasa dan perwakilan yang ramai. Jika menurut Jidin, ini kali kedua mereka melakukan perkara itu kerana tahun lalu, kesemua ADUN kawasan berkenaan juga tidak hadir pada mesyuarat bahagian itu tahun lalu.

"Cuma saya tidak boleh nak ulas ketidakhadiran keempat-empat ADUN berkenaan kerana mereka tidak memaklumkan kepada saya dan jawatankuasa, sebab kenapa mereka tidak hadir," katanya selepas melancarkan program Local Agenda 21 semalam.

Mohd Jidin bagaimanapun berterima kasih kepada Muhyiddin yang merasmikan mesyuarat itu dan juga semua perwakilan Umno bahagian Setiu yang bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas parti dengan menghadiri mesyuarat berkenaan.

Amat jelas bahawa perkara ini perlu ditangani segera dan selalunya jika UMNO Bahagian menghadapi masalah, UMNO Perhubungan Negerilah yang bertanggungjawab mengatasinya.

Bagi empat ADUN ini, tidak timbul mereka memboikot persidangan.

“Kami bukan boikot. Kami tidak larang jawatankuasa atau perwakilan daripada DUN kami menghadirinya. Hanya kami berempat sahaja yang tidak hadir.

“Kami tetap sayang kepada UMNO Bahagian dan menghormati kepimpinan UMNO Negeri dan Pusat. Kami cuba mahu beritahu bahawa isu ini perlu diatasi segera. Itu sahaja, “ katanya.

Mereka mahu memaklumkan masalah ini secara terus, bukan melalui cara menjaga hati dengan hadir mesyuarat dan minum bersama.

“Soalnya kami minta masalah yang dihadapi oleh kami di DUN diatasi segera agar perjalanan parti dapat dilakukan derngan licin dan hormat-menghoirmati antara satu dengan lain. Dengan kata lain, politik jaga hati atau depan baik di belakang berperang diselesaikan segera,” kata seorang lagi ADUN.

Isu di Setiu mungkin kajian kes menarik. Namun masalah yang sama juga dikatakan berlaku di beberapa Bahagian UMNO lain.

Hishamuddin dan pihak yang bertanggungjawab untuk mengharmonikan UMNO Terengganu perlu mencari jalan segara mengkaji dan mengatasi kemelut UMNO Setiu.

Seperti yang sudah dinasihatkan oleh Muhyiddin baha ahli-ahli UMNO perlu menyelesaikan segala permasalahan dalaman dalam tempoh terdekat ini bagi mengukuhkan parti untuk membuktikan mereka benar-benar ikhlas dalam perjuangan.

Menurut Timbalan Presiden UMNO itu, kalau ada isu dan rasa tidak puas hati, apa saja perasaan dan sentimen yang merenggangkan hubungan perlu diselesaikan dalam tempoh dua hingga tiga bulan ini.

"Ini bukan sahaja di(tujukan kepada Bahagian) Setiu, tetapi semua ahli UMNO perlu ambil perhatian," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Setiu di Saujana itu Jumaat lalu.

Jika perlukan pengorbanan, lakukanlah. Kegagalan mengatasikan akan mendatangkan kesan buruk kepada UMNO Setiu dan UMNO Terengganu amnya.

Bertindaklah sebelum terlambat…

8 comments:

  1. Maaf tuanpunya blog sebab lari tajuk,
    Saya masih lagi dengan penutupan IKYS tumpang letak dalam topik terbaru tuan.

    Kepada yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang IKYS sila ke blog saya di http://tendangterajang.blogspot.com/2010/07/ikys-rugi-atau-nak-cari-untung-pintas.html
    Luahan hati bapa saudara kepada salah seorang pelajar IKYS

    aku yang bingai

    ReplyDelete
  2. Salam Sdr. Hambali, Apa yang berlaku diSetiu ialah kerana 4 ADUN merajuk kerana tidak dilantik oleh Mat Jidin (Ketua Bhg Setiu) sebagai Pengerusi Penyelaras DUN masing-masing iaitu Batu Rakit,Langkap,Permaisuri dan Jabi. Mat Jidin takut jika jawatan tersebut diserahkan boleh melemahkan kedudukan beliau dalam Bahagian Setiu. Jadi mahu tidak mahu Mat Jidin bekerja berseorangan dalam bahagian setiu dengan menafikan 4 wakil rakyat yang ada.

    Kalau macam tu Pok Li (Ketua Bahagian Dungun) lebih gentleman dari Mat Jidin kerana sanggup melantik musuh poliknya iaitu Ya Paka dan Din Bukit Besi kejawatan Penyelaras DUN berkenaan. Pak Li lebih mementingkan perpaduan dalam parti dengan dan sanggup mengenepikan kepentingan dan ego sendiri demi kepentingan parti. Oleh itu Mat Jidin perlu belajar politik daripada Pok Li.

    DS Hishamuddin tidak boleh lepas tangan. kenalah minta Datuk Muis turun ke Setiu memaksa Mat Jidin mencontohi Pok Li menyerah kembali jawatan Pengerusi Penyelaras DUN kepada 4 ADUN yang boikot TS TPM semasa merasmikan mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Setiu.Lagi pun keempat empat DUN dalam setiu tu ADUN UMNO yang menang.

    Sama halnya dengan nasib Ahmad Said, walaupun UMNO menag besar di Terengganu, dia tidak dilantik ke jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu.

    Tan Sri TPM perlulah memberi tumpuan yang lebih kepada UMNO Terengganu. Tak boleh lagi nak harap sepenuhnya kepada DS Hisham sahaja. Semua tahu tugas Hisham penting untuk membantu kekuatan MCA dan menarik sokongan masyarakat Cina kepada BN.

    Jika dilihat perkembangan terdahulu, hanya TS Muhyiddin yang mampu menenangkan UMNO Terengganu. Dikala kedudukan Ahmad Said hampir jatuh akibat angkara fitnah SMS Ugutan Bunuh yang membawa kepada pemecatan beliau dari jawatan Pengerusio UMNO Perhubungan Negeri, Muhyiddin telah menyelamatkan beliau dengan ucapan keramatnya dalam pc sempena lawatan ke Terengganu merasmikan pelancaran hari guru kebangsaan pada tahun lalu dengan kata-kata " Ahmad kekal sebagai MB" ucapan ini telah melemahkan semua musuh-musuh Ahmad Said yg siang malam tak tidur nak jatuhkan Ahmad.

    Kata-kata keramat TS Muhyiddin itu telah diskong oleh majoriti rakyat Terengganu yang sayangkan Ahmad, malah makhluk yang lain pun menyokong Ahmad. Antara makluk yang menyokong Ahmad ialah Stadium Sultan Mizan yang runtuh bumbungnya, kolam renang yang bocor, menara telekomunikasi yang runtuh dsb. Ini semua telah melemahkankan musuh Ahmad dan menaikan lagi moral Ahmad dengan sokongan majoriti rakyat.

    Dari penjelasan diatas, hanya ketua-ketua UMNO Bahagian dan Pusat sahaja yang mampu mengembalikan kekuatan dan kegemilangan UMNO Terengganu. Ketua UMNO Bahagian Setiu perlu segera kembalikan semula jawatan Pengerusi Penyelaras DUN Kepada Cikgu Lan,Halim Jusoh, Ashari dan Kazan. Manakala ketua UMNO Malaysia pula perlu mengembalikan semula jawatan Pengerusi Perhubungan Negeri Terengganu kepada Ahmad Said.Parti UMNO Terengganu akan perkasa !!!

    ReplyDelete
  3. 4 adun yang tdk hadir tu napok sangat pentingkan diri sendiri.Cakap jer sayangkan parti,perpaduan,perjuangkan bangsa tapi tindakan tdk mencerminkan begitu.Kalau meletakkan kepentingan parti didepan tentunya 4 adun tu tidak bertindak begitu.Budak sekolah tadika pun boleh nilai siapa betul siapa salah inikan pula kepimpinan parti yang dah bosan dgn karenah adun2 sebegini.Sedarlah mrk dapat jadi adun tu krn siapa kalau tdk parti yang bagi peluang mewakili rakyat dan ahli UMNO.Kalau tidak suka kpd MB sekalipun, begitu ke kita yang dikatakan cerdik pandai yang memimpin ribuan manusia berfikir.Bagi saya bodohlah kita mempunyai wakil rakyat sperti ini.Memalukan UMNO jer.

    ReplyDelete
  4. 4 adun yang tdk hadir tu napok sangat nak ajar mat jidin . Yang pastimereka sayangkan parti,perpaduan,perjuangkan bangsa tapi tindakan nak suruh DS Hisham dan TPM kenalpasti kelemahan Mat Jidin.Mereka cuba jaga kepentingan parti . Mereka sedar mrk dapat jadi adun tu krn parti yang bagi peluang mewakili rakyat dan ahli UMNO. Mereka pasti berubah bila TPM panggil Mat Jidin utk lantik adun jadi pengerusi penyelaras DUN

    ReplyDelete
  5. aku nak bgtahu skit pasal setiu nie..korang tahu ker yang 4 adun tu tak pegi mesyuarat apatah lagi semua program yang melibatkan ketua bahagian....kalau nak dikatakan mengenai penyelaras DUN...kenapa mat said tak kata apa2 pun walaupun tidak dilantik menjadi pengerusi perhubungan wal hal negeri ini menang...

    ReplyDelete
  6. yang datang mesyuarat dan persidangan semuanya rakyat yang sayangkan umno..kenapa YB2 tak dapat datang...kenapa....nak kata exco2 tp fikiran mcm budak2..fikirlah yang kita nie dilantik..datang jer lah..ketua bahagian ini juga dilantik oleh rakayat..rakyat ytang menyokong....bukan main nak letak nama jer...

    ReplyDelete
  7. saudara hambali..adakah ini dinamakan bala daripada pertandingan merebut jawatan didalam bahagian.....tgk YB yang kalah...tgk YB yang menang....tp kenapa yang kalah masih memburukkan keadaan..nak jd mcm PKR..dato mat said cakap jgn bertanding..bertanding juga...kalau beri calon yang betul2 menjaga parti dan rakyat takpelah..mungkin dia akan menang...nie tak...nak jaga diri sendiri pun tak larat..rakyat pulak di tindas oleh dia...kalau tak percaya pergi tanya rakyat YB2 berkenaan..adakah mudah berurusan dengan mereka2 itu atau pun tidak...

    ReplyDelete
  8. kita nak jaga rakyat ker atau jaga hati YB

    ReplyDelete