Tuesday, June 8, 2010

JUDI BOLASEPAK, AWANG ADEK & BANTAHAN

Kesian. Datuk Dr Awang Adek menjadi mangsa paling teranianya dalam isu judi bolasepak yang dijadikan modal politik oleh pembangkang di negara ini sekarang.

Bukan orang PAS tetapi semua orang Islam, orang UMNO, termasuk Dr Awang tidak gemar dan menentang judi. Namun bagi sesetengah pihak, mereka mengangguk di air keruh dan sanggup pula melabelkan seseorang mengikut selera politiknya.

Sebuah blog terkenal, sudah melabelkan Dr Awang sebagai “Raja Judi Bola Sepak”. Selain itu, blog berkenaan berkata: “Bakal Menteri Besar Kelantan yang tewas dalam dua pilihan raya, pada pilihan raya umum lalu, dikatakan semakin tertekan dengan isu kelulusan lesen judi bola sepak.”

Malah lebih jauh tajuk sebuah entri blog berkenaan mengatakan ‘membantah judi sehingga ke tangga rumah Dr Awang’.

Semuanya gara-gara kenyataan Dr Awang pada 6 Mei lalu bahawa kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan itu berkata, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

Malah, Dr Awang menjelaskan: "Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram). Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan memandangkan kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir.”

Dr Awang turut menyatakan sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu.

Persoalannya, apakah Dr Awang bertanggungjawab mengenai pengeluaran lesen pertaruhan atau benar kah Dr Awang menyokong pertaruhan bolasepak sehingga beliau digelar sedemikian rupa?
Beberapa penulis blog seperti mempersoalkan aqidah Dr Awang sambil merendah-rendahkan pegangan Islam beliau.

Adilkah mereka bebuat demikian dan sikap ini seperti sesetengah pemimpin PAS yang mempersoalkan aqidah orang lain dan sesetengahnya menganggap pemimpin Islam lain kafir!
Begitu juga beberapa blog yang menyokong pembangkang mencerca Dr Awang sebagai pemimpin UMNO dan Islam yang penyokong lesen judi dan sebagainya.

Sedangkan sebagai Timbalan Menteri Kewangan, beliau hanya menyatakan kerajaan sedang menimbang untuk mengeluarkan lesen pertaruhan sempena Piala Dunia.

Itupun berikutan permohonan beberapa syarikat dan dengan niat bahawa kerajaan tidak mahu wujudnya pertaruhan haram.

Dengan mengatakan sebegini jangan pula menganggap saya menyokong atau merestui kegiatan pertaruhan bolasepak di negara ini dan di mana-mana juga seperti yang dilabelkan kepada Dr Awang.

Akhirnya walaupun agak lambat, iaitu kira-kira sebulan selepas kenyataan Dr Awang itu, semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan belum lagi mengeluarkan atau memberi lesen kepada syarikat Ascot Sports Sdn. Bhd. (Ascot Sports) untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan juga belum memuktamadkan perbincangan mengenai syarat dan terma pelesenan dengan syarikat terbabit bagi menjalankan operasi pertaruhan di negara ini. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Tian Chua (PKR-Batu) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Katanya:” Kerajaan masih mendapatkan maklum balas dan pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan pelesenan pertaruhan di Malaysia dengan hasrat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan perjudian tanpa lesen di negara ini.”

Tian Chua dalam soalannya meminta Najib menyatakan apakah asas keputusan Kabinet menarik balik lesen judi pada 2004 dan kenapa keputusan itu berubah pada tahun ini. Beliau juga ingin tahu kenapa kerajaan memberi semula lesen judi kepada Ascot Sports tanpa melalui tender terbuka.

Kementerian Kewangan baru-baru ini mengumumkan pemberian lesen kepada Ascot Sports untuk menjalankan kegiatan pertaruhan pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang bermula pada 11 Jun ini.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung, lesen itu bukanlah lesen baru yang dikeluarkan kerajaan tetapi diberi semula kepada syarikat berkenaan. Keputusan kerajaan itu bagaimanapun telah mencetuskan isu hangat dan dibantah pelbagai pihak termasuk pertubuhan-pertubuhan Islam.

Persoalannya kini, apakah gelaran Dr Awang sebagai ‘Raja Judi Bolasepak”itu dapat ditarik balik dengan kenyataan kerajaan yang agak terlambat ini?

Dan, kenapa pula Dr Awang yang dijadikan mangsa tetapi tidak Datuk Chor Chee Heung jika judi bukan terbatas kepada penentang oleh orang Islam semata-mata tetapi juga bukan Islam?

Selain itu kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga agak terlambat apabila hanya sekarang meminta cadangan mengenai langkah mencegah kegiatan perjudian haram.

Kenyataan Hishamuddin itu tidak akan memberikan kesan apa-apa kerana tunjuk-tunjuk perasaan oleh PAS sudah diadakan dan tetap diadakan di merata tempat.

Malah Idris Ahmad pada 8 Mei 2010 lalu menulis mengenai isu ini mengatakan “UMNO jadikan Malaysia serambi Las Vegas”.

Yang pasti, Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) pula tetap meneruskan usaha untuk mengadakan protes bagi membantah pemberian lesen judi sukan, walau kerajaan berkata lesen tersebut masih belum dikeluarkan kepada syarikat Ascot Sports Sdn Bhd.

Pegawai media GMJ Fadhil Osman berkata tindakan itu diambil memandangkan kerajaan tidak mengumumkan untuk membatalkan pemberian lesen tersebut.

5 comments:

  1. Tuan, Islam tidak mempertimbangkan perkara yang haram. Allah sudah menjanjikan habuan untuk mereka yang terlibat dengan perkara haram. Jikalau arak, semua yang terlibat dari yang membuat, memproses sampailah kepada penghantar dan peminum. Untuk mengelakan berzina, manusia di suruh berkahwin tapi hendak mengelakan berjudi secara haram (yang sudah haram) tiada istilah menghalalkan perbuatan tetapi perangi perjudian. KENA TEGASLAH, ini bukan isu parti PAS ke UMNO, ini jatidiri sebagai seorang muslim.Sepatutnya kerajaan perlulah berkata dengan tegasnya bahawa JUDI ITU HARAM dan NEGARA INI MENGHARAMKAN JUDI DAN AKAN MENGHAPUSKAN JUDI YANG SEDIA ADA. KERAJAAN TIDAK AKAN MEMBENARKAN ATAU BERSENGKONGKOL DENGAN MANA - MANA PIHAK YANG BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN LESEN BERJUDI SEBALIKNYA KAMI AKAN PERANGI MEREKA. sesungguhnya Janji tuhan itu benar.

    ReplyDelete
  2. Statement tersebut untuk orang bukan Islam kerana mereka juga pengundi. Orang Islam tahu judi haram dan berdosa jika melakukan nya. Kalau dah tau tidak boleh kenapa nak ikut orang bukan Islam yang tidak terikat dengan hukum agama kita. Kalau kita saorang beriman dan kuat pegangan agama sepatutnya tidak menjadi masaalah. Orang kafir apa peduli dengan dia orang nak bertaruh berapa banyak sekali pun.

    ReplyDelete
  3. yang engkau pertahankn sgt pasal org bukan islam punya aktivity ni,ko ade share ker atau ko pun berjudi gak ker. Aku ingat agama rasmi negara ni Islam, boleh tengok pemimpin yang beragama islam memikirkan untuk kebaikan orang Islam diutamakan. Tapi lain pulak jadinya. Jangan bacollah, sport toto, 4D siapa yang pegi. orang islam tak pegi membeli ker. Manusia ni memang pelupa lagi - lagi pasal halal haram, tapi kalau dah ade... org islam ke, tak islam ker... suma nak berjudi... . Tapi nanti kalau kita semua dah mati, bolehlah kita jumpa borak2 kat padang masyar ye.. syok gak sambil - sambil tunggu turn kena hitung. yang kafir tu dah tentu jadi kayu api.. , kita ni, dah byk ke amalan untuk pertahankan agama. entah ler...

    ReplyDelete
  4. "kenyataan Dr Awang pada 6 Mei lalu bahawa kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010" ..


    Saya ingin bertanyalah kepada semua..

    Adakah KAMU lebih besar dari ALLAH..


    Ingat...
    ALLAH YANG PESAN kepada kita...
    JUDI ITU HARAM.. HARAM TETAP HARAM..

    Tidak ada sebarang pertimbangan atau kemungkinan..

    ReplyDelete

  5. Pengakuan tulus dari: FATIMAH TKI, kerja di Singapura

    Saya mau mengucapkan terima ksih yg tidak terhingga, serta penghargaan & rasa kagum yg setinggi-tingginya kepada MBAH DEWA, saya sudah kerja sebagai TKI selama 5 tahun diMalaysia,dengan gaji lebih kurang 2.5jt/bln,tidak cukup untuk memenuhi kebutuhan sehari-hari,apalagi setiap bulan harus mengirim ortu di jawa, sudah lama saya mengetahui roomnya mbah ini, juga sudah lama mendengar nama besar MBAH,tapi saya termasuk orang yg tidak terlalu percaya dengan hal ghoib, jadi saya pikir ini pasti kerjaan orang iseng yg mau menipu.tetapi kemarin waktu pengeluaran 8924 , saya benar2 tidak percaya & hampir pingsan,angka yg diberi Mbah 8924 ternyata tembus, awalnya saya coba2 menelpon, saya bilang saya terlantar diMalaysia, tidak ada ongkos pulang,terus beliau bantu kasih angka 4478 setelah saya bantu mahar yg dibutuhkan.mulanya saya tdk percaya,mana mungkin angka ini keluar, tapi dengan penuh pengharapan saya pasangin kali 100 lembar, sisa gaji bulan Kemarin, ternyata tembuss….!!!
    dapat BLT 250jt, sekali lagi terima kasih banyak MBAH DEWA, saya sudah kapok kerja jadi TKI, rencana minggu depan mau pulang aja ke sukabumi.buat mbah,saya tidak akan lupa bantuan& budi baik MBAH.
    Demikian kisah nyata dari saya tanpa rekayasa.
    YANG MAU SEPERTI SAYA HUB:MBAH DEWA DI:082 316 555 388

    ATAU KUNJUNGI SITUS BELIAU KLIK=> BOCORAN TOGEL HARI INI

    Yang punya room salam jackpot...

























































































    Bpk.SYUKUR DI PAPUA

    ***********************************

    ...
    assalamualaikum wr,wb
    MBAH… saya SYUKUR
    mengucapkan banyak2 terima
    kasih kepada MBAH DEWA
    atas nomor togelnya yang
    kemarin MBAH berikan
    alhamdulillah
    ternyata itu benar2 tembus
    MBAH dan berkat bantuan
    MBAH DEWA saya bisa
    melunasi semua hutan2
    orang tua saya yang ada di
    BANK BRI dan bukan hanya
    itu MBAH alhamdulillah
    sekarang saya sudah bisa
    bermodal sedikit untuk
    mencukupi kebutuhan
    keluarga saya sehari2. itu
    semua berkat bantuan MBAH
    DEWA sekali lagi
    makasih banyak yah MBAH…
    yang ingin mencari modal dgn jalan singkat
    melalui jalan togel HUB: MBAH DEWA BHARATA
    DI: ( 082 316 555 388 ) dijamin tdk mengecewakan.
    atau kunjungi situs resmiNya dibawah

    klik => BOCORAN TOGEL HARI INI


































    ReplyDelete