Saturday, May 15, 2010

ANWAR, PKR PASTI ‘HANCUR’

Sekurang-kurangnya lima lagi Ahli Parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka meninggalkan parti itu dalam masa terdekat, dakwa Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin.

Zulkifli bagaimanapun tidak menyangka Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong boleh meninggalkjan PKR dalam tempoh yang begitu segera.

Kenyataan Zulkifli itu memungkinkan PKR akan hanya mempunyai 20 kerusi sahaja di Parlimen yang mana ketika ini ia mempunyai 24 kerusi.

Jika ini berlaku, jumlah ahli Parlimen Bebas di Dewan Rakyat dijangka akan bertambah 3 atau empat kerusi lagi.

Apakah yang sedang melanda parti itu dan kepimpinan PKR?

Apa yang dapat dilihat kini, keyakinan sesetengah pemimpin parti itu kepada parti mereka sendiri semakin terhakis.

Yang nyata, mereka yang akan meninggalkan PKR adalah Ahli Parlimen PKR yang mempunyai prinsip serta integriti disamping hilang keyakinan terhadap perjuangan asal parti itu.

Yang jelas, masalah dalaman PKR semakin membusung dan ‘bernanah’, lebih-lebih lagi dengan sikap pemimpin atasannya yang hanya memberikan perhatian kepada individu tertentu yang dikatakan ‘rapat’ dengan mereka.

Ramai yang tidak berpuas hati dengan sikap Anwar dan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang dikatakan memberikan keutamaan kepada pemimpin seperti Azmin Ali dan Datuk Zaid Ibrahim.

Luka pilihan raya kecil Hulu Selangor apabila Zaid dipilih sebagai calon belum sembuh, malah isu-isu berkaitan rasuah dan pilih kasih dalam PKR semakin membara.

Selain itu, dengan Penasihat PKR berdepan kes mahkamah dalam isu liwat juga menimbulkan banyak pertanyaan di kalangan anggota PKR.

Soal mereka yang keluar PKR menjadi wakil rakyat Bebas adalah perkara kedua kerana kehilangan keyakinan kepada PKR menggambarkan parti itu kini sedang ‘belajar tanpa haluan’ dan akhirnya hanyut dan tenggelam.

Pada asasnya PKR kini tidak lagi mempunyai haluan khusus seperti mula ditubuhkan sebaliknya perebutan jawatan semakin menyerlah.

Malah ramai melihat, Anwar hanya mementingkan dirinya untuk menjadi Perdana Menteri sementara pemimpin bawahan dilihat kurang memberikan sumbangan kepada beliau.

Perebutan yang berlaku di kalangan ‘firaun kecil’ untuk jawatan penting dalam parti itu bukan sahaja akan merenggangkan kalangan pemimpin PKR sebaliknya juga akan memperbesarkan lagi pertelingkahan di kalangan penyokong pemimpin tertentu dalam PKR.

Pengumuman Choo Keong semalam keluar dari PKR dan menjadi ahli Bebas membuktikan bahawa Anwar tidak lagi mampu memujuk dan mengawal Ahli Parlimen dan ADUN PKR daripada membuat keputusan sendiri.

Anwar bukan lagi dilihat berkarisma seperti PKR mula ditubuhkan. Malah Wan Azizah dilihat pemimpin lemah untuk memimpin dan mengawal parti berkenaan.

Choo Keong menyertai PKR atas pujukan Anwar dan sebelum ini memegang beberapa jawatan seperti Timbalan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan dan ahli majlis tertinggi parti. Beliau bertanding pada pilihan raya umum 2008 atas tiket PKR dan menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Yew Teong Lok dengan majoriti 150 undi.

Bagi Zulkifli, keputusan Wee meninggalkan parti itu, membuktikan pemimpin yang mempunyai integriti dan prinsip perjuangan serta bermaruah tidak dapat bertahan dengan permainan jahat firaun kecil dalam parti itu.

Beliau mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Wangsa Maju itu kerana membuat keputusan tepat meninggalkan parti yang sudah tidak relevan dengan perjuangannya.

Menurut beliau, jika pemimpin yang memiliki peribadi tinggi seperti Wee boleh meninggalkan PKR, maka PAS perlu membuka mata dan menimbang dengan serius kerjasamanya dengan parti berkenaan.

“Keputusan Wee sepatutnya membuka mata PAS untuk menimbang serta membuat penilaian serius berhubung kerjasama yang dijalinkan dengan PKR. Saya tidak jangka hayatnya (PKR) akan lama kerana selepas ini akan berlaku perebutan jawatan antara firaun kecil dalam parti itu,” katanya.

Banyak perkara yang Wee tidak puas hati sebelum ini tetapi kemuncaknya ialah apabila beliau menyatakan kecewa dengan cara parti itu dan kerajaan negeri Selangor dalam menangani skandal pasir di Dengkil, Selangor menerusi Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Beliau mengambil keputusan keluar parti kerana berpegang pada prinsip menentang sekeras-kerasnya rasuah di kalangan anggota pakatan pembangkang sendiri. Baginya, skandal pasir “amat menjelikkan” kerana Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedar mengenai perkara itu sejak awal Februari lalu.

Ini kerana anggota Parlimen Puchong Gobind Singh Deo dari DAP telah membuat laporan rasmi kepada anggota Exco kerajaan negeri Ronnie Liu.

Abdul Khalid tidak mengambil tindakan dan lebih-lebih lagi, apabila dokumen mengenai skandal itu diserahkan kepadanya selain mencabar Manikavasagam untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Anggota Parlimen Kapar, S. Manikavasagam semalam membuat laporan polis terhadap beberapa pengarah sebuah syarikat pasir milik kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB), yang dikawal sepenuhnya oleh kerajaan negeri menerusi pejabat Abdul Khalid selaku Menteri Besar.

Choo Keong juga menyelar Penasihat DAP Lim Kit Siang. Katanya, semua orang tahu yang Lim Kit Siang dengan cepat mengeluarkan kenyataan menggesa ditubuhkan Suruhanjaya Diraja berhubung perkara yang beliau anggap sebagai kepentingan awam.

Tetapi apabila melibatkan perkara serius seperti ini, orang akan fikir yang Kit Siang akan mengambil tindakan ke atas anak didiknya, Ronnie Liu, namun Kita Siang tetap mendiamkan diri.

Berikutan itu Choo Keong mengumumkan meletakkan semua jawatan partinya, termasuk ketua PKR Wilayah Persekutuan.

Pada 21 April lalu, khabar angin bertiup kencang bahawa Wee adalah pemimpin PKR yang bakal melompat tetapi beliau enggan mengulas apabila diajukan soalan berkenaan.

Apapun, bagi Zulkifli: “Saya yakin selepas ini akan berlaku penghijrahan beramai-ramai pemimpin PKR... tidak payah tunggu Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana dalam masa terdekat ini saja parti itu akan hancur.”

2 comments:

  1. Kalau Di Masa Ini, ramai Ahli Parlimen masi Nak Keluar Dari PKR, Rakyat Tak Heran, Sebab Jika Mereka Keluar Erti Nya, Mereka Mengejar Kekayaan, Itu Bukan Pilihan Rakyat. Mereka Akan Di Seksa Nanti Dalam PRU Ke 13. Dan Apa Apa Pun Kekayaan Yang Mereka Miliki Dengan Jalan Rasuah, Maka 1 Hari Nanti Akan hancur Menjadi Debu, Percaya Lah Dengan Hukuman Allah. Seperti Gambar Katak Di Atas Yang Pakai Kopia. Sangat JIJIK.

    ReplyDelete
  2. Menuduh tanpa bukti adalah umpama memfitnah orang lain. Sertakan bukti jika benar mereka yang keluar dari Pakatan Haramjadah itu menerima rasuah dari pihak pemerintah.

    Apa yang berlaku sebenarnya, mereka telah meluat dengan perangai segolongan manusia yang berada dalam Pakatan Haramjadah yang terlalu ego dan hanya mementingkan diri sendiri dan jawatan dalam parti. Jika tidak, bagaimana ada istilah Firaun Kecil oleh YB Zulkifli Nordin dan Nepolean Kecil oleh YB Wee Choo Keong. Siapakah Firaun Kecil dan Napoleon Kecil yang dimaksudkan????

    Sekali lagi, setakat cakap tanpa bukti tak perlu komenlah Suara Rakyat Kunak. Hanya menambahkan dosa anda sahaja......

    ReplyDelete