Monday, March 1, 2010

HUSAM KALAH, KOMPLEKS PAS PUSAT TERBANG?

18 Mei 2009 dua minggu sebelum Muktamar PAS ke-55, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah melancarkan tabung pembangunan Kompleks PAS Pusat disebuah hotel di Lembah Kelang.

Kompleks yang dicadangkan dibina di kawasan Sungai Merab dan berhampiran Putrajaya itu bakal menjadi pusat latihan, pusat komersil dan pusat konvensyen.

Tabung Pembangunan Kompleks PAS yang bakal dibina di atas tapak seluas 17 ekar itu bakal didirikan dengan sumbangan pelbagai pihak.

Apabila siap, kompleks ini bakal mempunyai sebuah dewan persidanngan yang boleh memuatkan 8000 orang di samping pusat latihan modern serba lemgkap di samping kawasan perniagaan dan perumahan.

Tapak itu terletak di Sungai Merab iaitu kira-kira lima minit perjalanan dengan kereta dari pusat pentadbiran negara di Putrajaya.

Menurut entri sebuah blog (tidak diketahui proPas atau sebaliknya), ketika muktamar PAS Pusat ke-55 di Stadium Melawati Shah Alam, satu gerai khas telah dibuka untuk pendokong PAS melihat sendiri model yang kompleks yang dicadangkan itu.

Pembangunan Kompleks tersebut di Pengerusikan oleh Datuk Haji Husam Musa yang ketika itu memegang jawatan sebagai naib Presiden PAS.

Namun selepas muktamar ke-55 setelah Husam tidak lagi memegang jawatan naib presiden kisah kompleks PAS Pusat itu hilang lenyap ditelan zaman.

Kenapa berlaku demikian? Walaupun pada muktamar ke-55 itu ada satu pandangan oleh perwakilan dari Kota Bharu Datuk Wan Rahin supaya pembangunan komplek tersebut ditangguhkan sementara untuk memberi tumpuan kepada gerakerja parti yang lebih penting, tetapi belum lagi ada pengumuman rasmi yang dibuat untuk menangguhkan kompleks tersebut.

Bendahari Pas ketika menggulung perbahasan dalam muktamar itu sedia membuat pertimbangan keatas saranan yang dibawa oleh PAS Kawasan Kota Bharu.

Apakah pelancaran Kompleks PAS pusat itu hanyalah sebuah retorik sahaja sebagai alat propaganda ketika kehangatan pemiliahn jawatan tertinggi didalam PAS di Muktamar ke-55 itu?
Mungkin itu hanya persepsi semata-mata dan kalau persepsi ianya boleh ditolak dan boleh diterima.( Walaupun ada yang mendakwa sesiapa yang menolak persepsi mereka adalah primitif).

Kalaulah persepsi ini betul maka malanglah bagi PAS kerana mempunyai unsur-unsur yang jelas bercanggah dengan polisi Islam yang dibawa.

Jadi untuk supaya ianya diperbicangkan lebih luas dan persepsi terus bersawang dikepala dalam hal ini, suka dicadangkan agar satu kenyataan rasmi dibuat oleh mereka yang dipertanggungjawabkan akan kedudukan sebenar projek pembangunan Kompleks PAS ini.

No comments:

Post a Comment