
"Bayi lelaki serta ibunya yang berumur 31 tahun itu boleh terbang secara percuma untuk sepanjang hayat mereka," menurut Pengarah Operasi AirAsia Moses Devanayagam selepas menziarahi mereka di hospital hari ini.
"Bayi itu dilahirkan pada ketinggian 2000 kaki di udara ketika kapal terbang AK 6506 berada di sekitar Kuala Lumpur," tambahnya lagi.
Dua beranak itu dikejarkan ke hospital yang berhampiran sejurus mendarat.
"Untuk meraikan peristiwa yang bersejarah ini, kami memutuskan untuk menghadiahkan mereka penerbangan percuma untuk seumur hidup," jelas Moses lagi.
Bertuah mereka berdua.. Moga lebih ramai lagi rakyat Malaysia yang mendapatkan tuah sedemikian rupa ;)
ReplyDelete