Friday, June 26, 2009

ROSMAH MENYUKARKAN PERJALANAN NAJIB?

Sumber: Malaysiakini/Malaysia-HariIni

Untuk menggugat Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak secara langsung amat sukar.

Pemimpin pakatan pembangkang tahu bahawa sehingga ini mereka belum berjaya menggugat Najib, walaupun dicuba sebelum pun Najib menjadi Perdana Menteri.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tahu benar siapa Najib.

Ketika menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Anwar tidak bimbang pesaing lain. Dia hanya bimbang kepada Exconya yang menjaga gal ehwal ekonomi. Ketua Biro Ekonomi – Najib Razak.

Anwar ada memberitahu rakan-rakan bahawa Najib bukan sahaja pintar tetapi licik.
Kerana itu apabila Anwar berusaha menjadi Timbalan Perdana Menteri, dia menarik Najib ke dalam pasukannya yang membolehkan Team Wawasan diwujudkan. Najib menjadi orang penting team ini.

Jadi, apabila Najib sukar digugat, apalagi wawasannya – 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan – diterima rakyat Malaysia, serangan terpaksa diubah.

Pembangkang melihat isteri Perdana Menteri sebagai sasaran terbaik. Sama ada mereka mampu menyukarkan atau sebaliknya perjalanan Najib sebagai Perdana Menteri, itu soal lain,
Yang penting, dengan dilihat flamboyant dan berpengaruh, Datin Seri Rosmah Mansor dijadikan sasaran kempen negatif dengan tuduhan-tuduhan berat dan label liar "perempuan puaka" di internet.

Rosmah menarik perhatian ramai kerana berbeza dengan bekas wanita-wanita pertama negara, beliau sering mendapat liputan media berhubung kerja-kerja sosialnya.

Antaranya, apabila beliau dikunjungi menteri mentor Singapura, Lee Kuan Yew pada 10 Jun yang disifatkan oleh sebuah akhbar berbahasa Cina di negara ini sebagai sesuatu yang "pelik".

Tiga klip video tersebut – yang mendakwa isteri Perdana Menteri itu sudah melupakan asal-usulnya – pertama kali diterbitkan 9 Jun lalu dan cepat disebarkan oleh beberapa blog setelah diumumkan di Malaysia Today.

Blog yang dikendalikan oleh Raja Petra Kamaruddin – penulis yang mengaitkan Rosmah dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan kini menjadi kes mahkamah – mendakwa, video itu dirakam secara eksklusif untuk laman webnya.

Siri kedua dan tiga klip video terbitkan "C4 Production House" selama 10 minit itu dimuatkan di Youtube.com masing-masing pada 11 Jun dan 15 Jun lalu.

Ketiga-tiga siri video tersebut kini ditonton lebih 200,000 kali – 154,890 untuk bahagian pertama, 86,273 bahagian kedua dan 51,299 untuk bahagian ketiga – dan mendapat perhatian besar di internet.

Menurut tinjauan melalui enjin pencari Google, ia dimuatkan kembali ke laman-laman web lain, termasuk di blog Pemuda PAS Wangsa Maju, Angkatan Muda PKR bahagian-bahagian Gelang Patah dan Kota Raja, serta laman web popular Tranungkite.net.

Penyebaran video itu juga mengundang reaksi balas laman web pro-Umno, antaranya Malaysia Instinct yang ingin menyiasat "konspirasi video" tersebut dan Isuhot Dot Com.

Serangan yang bukan kali pertama terhadapnya, kali ini dilakukan dengan lebih tersusun dalam bentuk siri dokumentari pendek.

Laporan Malaysiakini semalam menyebut, serangan itu diolah dalam bentuk wawancara dengan beberapa individu yang didakwa ahli-ahli keluarga terdekat Rosmah dan kenalan dekatnya di kampungnya Gedong Lalang di Negeri Sembilan.

Semalam Malaysia Instinct mendakwa ia cuba bersungguh-sungguh menghubungi pihak yang ditemubual dalam video tersebut bagi mengesahkan kebenaran dakwaan itu tetapi gagal.

"Setiap kali kumpulan kami ke lokasi yang dinyatakan dalam video itu, demi mewawancara mereka yang menuduh, kami tidak mendapat sebarang respons positif," laporannya dipetik.

Laman web itu juga mendakwa ia menerima emel yang membongkar latar belakang balu tersebut tetapi ia tidak mendedahkan siapa di belakang "C4 Production House".

Menepis dakwaan dalam video tersebut, Isuhot Dot Com pula berkata, Rosmah tidak pulang ke kampung halamannya kerana tiada lagi saudaranya tinggal di situ.

Ia mempertikaikan dakwaan-dakwaan yang dikatakan "tidak mempunyai bukti" dan "tuduhan yang tidak relevan dengan politik negara".

Sementara laman Malaysia-HariIni turut memuatkan komen menarik bertajuk “Video Rosmah-fitnah paling hebat abad ini” pada 14 Jun 2009, menarik untuk dibaca dan difahami.

Diperturunkan posting berkenaan untuk tatapan:

Video Rosmah - fitnah paling hebat abad ini

http://malaysia-hariini.com (Sunday, 14 June 2009)

CHE MAH bernasib baik kerana Zainuddin Zimbo sudah meninggal dunia. Seandainya Zainuddin Zimbo masih ada lagi, dia akan bercerita siapa sebenarnya Che Mah yang muncul dalam video memburukkan Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri yang sedang tersebar di internet ketika ini.

Rahsia dan siapa sebenarnya Che Mah ini yang pernah bergelar isteri kepada Ipin Kerbau begitu banyak sekali di tangan Zainuddin Zimbo tetapi sayangnya Allah S.W.T telah memangil awal lelaki yang pernah bergelar pelakon ini ke alam baqa’ dan Che Mah boleh bersyukur kerana temberangnya tidak dapat didedahkan dan suami Che Mah Ipin Kerbau menurut seorang rakan yang bapanya berkawan baik sewaktu muda, Ipin adalah seorang peniaga daging di pekan Kuala Pilah dan sanggup menjual daging kerbau ataupun lembu yang tidak sembelih kerana mati dilanggar untuk mencari untung dan keturunan dia sedang mencari untung sekarang in, menyebar video fitnah paling hebat untuk abad ini.

Namun kepada yang mengenali Che Mah anak beranak, serangan peribadi dan cubaan memfitnah Rosmah Mansor ini bukan satu perkara yang luar biasa malah ada yang menyifatkan rancangan untuk memfitnah Rosmah dari keluarga Che Mah ini adalah satu fitnah paling jahat di abad ini dan dirancang dengan penuh teliti dari sudut penerbitan dan teknikalnya.

Pengedaran video yang dirakam sendiri oleh keluarga ini merupakan juga satu lagi strategi untuk mengaibkan Rosmah setelah usaha bersepadu memfitnah Rosmah untuk dikaitkan dengan isu pembunuhan Alatantunya tidak menjadi dan dipercayai usaha memfitnah ini bukan sahaja didalangi pembangkang ataupun yang kecewa dengan kejayaaan Rosmah sebagai Wanita Pertama Malaysia tetapi turut didalangi oleh beberapa pemimpin UMNO yang turut serta mahu menggugat pentadbiran Perdana Menteri Najib.dan sekaligus menjadikan Negara berada dalam keadaan tertekan dengan fitnah terbaru ini.

Skrip Che Mah dan anaknya akan jadi lebih menarik dan dipercayai mereka sedang merancang untuk mereka-reka seberapa banyak lagi fitnah bagi tujuan-tujuan tertentu mereka dan Che Mah yang mendakwa selama ini menjadi orang tengah kepada Rosmah akhirnya memilih untuk bersubahat ataupun menjadi barua kepada kumpulan ini.

Pasukan fitnah yang mungkin dibentuk khas oleh Che Mah ini turut mengheret seorang lelaki yang kononnya mengaku sebagai adik kandung Rosmah dan beberapa orang lagi yang mengaku sebagai saudara rapat kepada isteri Perdana Menteri Najib ini namun rupanya lelaki yang dikatakan adik Rosmah itu hanya seorang anak angkat yang akhirnya memilih untuk menggigit tangan orang yang memberikan dia makan selama ini dan berapakah agaknya upah yang beliau terima bagi memburukkan kakak angkatnya sehingga beliau sanggup mereka-reka cerita serta memfitnah Rosmah Mansor?

Pengakuan yang ada dalam video tersebut hanyalah satu cubaan terbaru oleh kumpulan Che Mah yang juga dikenali sebagai bomoh kampong itu untuk menipu pelayar internet dan dipercayai akan dipercayai oleh sebilangan besar pengunjung yang pendek akal serta bodoh untuk menilai yang mana benar dan yang mana palsu. Pengguna internet sedang diajak untuk mempercayai satu pendedahan yang karut.

Dari sejak awal pernikahan Rosmah dengan Perdana Menteri Najib, berbagai-bagai usaha dilakukan oleh pihak yang mencemburui hubungan ini dan usaha memfitnah Najib begitu teratur sekali sehinggalah ke saat Perdana Menteri Najib mahu ditabalkan sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke 6, fitnah tetap ditaburkan di luar Istana Negara dan Seri Perdana namun kuasa Allah adalah segalanya.

Mesikipun meniti jalur fitnah daripada kalangan pembangkang dan juga satu dua pemimpin UMNO yang getik dengan kejayaan Perdana Menteri Najib dan Rosmah sehingga mereka berada di tahap ini, Allah telah meluruskan perjalanan mereka.

Cerita Rosmah main bomoh, Rosmah `queen control’, Rosmah sebenarnya Perdana Menteri Malaysia dan bermacam-macam cerita yang buruk serta berunsur fitnah bukan baru kita dengar malah telah didendang banyak kali terutama sekali di pentas ceramah pembangkang dan sepatutnya rakyat boleh menilai apakah jerit pekik Anwar Ibrahim, Saifuddin Nasution, Mohamad Sabu dan beberapa orang lagi yang menyambung fitnah yang mereka dengar selama ini benar ataupun kumpulan ini juga sama seperti kumpulan Che Mah yang muncul di internet hari ini.

Selain Che Mah yang juga isteri Ipin Kerbau dan bomoh kampong, anaknya Ikmal Hisham turut bersengkokol dengan emaknya dan Roshanuddin yang digambar sebagai adik Rosmah hanyalah anak angkat tetapi telah dianggap adik kandung sendiri oleh Rosmah dan Najib. Rosmanuddin diserahkan oleh keluarga kandungnya kepada ibu bapa Rosmah seawal umur 12 hari lagi di dalam sebuah estet dengan masih berbalut kain batik.

Rosmah menyediakan segala-galanya untuk kesempurnaan keluarga adik angkatnya ini termasuklah membenarkan Rosmanuddin dan anak isterinya tinggal di rumah mereka. Oleh kerana itulah, kad pengenalan Rosmanuddin tercatat alamat kediaman Perdana Menteri di Jalan Langgak Duta dan Rosmah juga menyediakan sebuah apartment untuk keselesaan Rosmanuddin dan keluarganya berhampiran kediaman mereka.

Namun Rosmanuddin ternyata adik pungut yang tidak mengenang budi sehingga sering menyalahgunakan nama baik Najib dan Rosmah untuk kepentingan dirinya sendiri dan kita percaya Rosmah akan merasai kekecewaan yang amat sangat diatas kesaediaan adiknya itu bersekokongkol untuk memfitnah beliau bagi mendapatkan sedikit wang untuk hidup.

Dalam video tersebut juga turut dipaparkan sedutan temubual dengan sepupu Rosmah yang bernama Mohd. Arshad, makciknya yang bernama Induk Leha dan nama-nama ini terlalu asing dan sengaja diwujudkan untuk menguatkan lagi fitnah yang sedang dirancangkan itu.Ada sumber yang memberitahu bahawa Rosmah tidak dibesarkan di kampung ibunya dekat Seri Menanti kerana sejak kecil lagi dibawa oleh ayahnya ke Rembau.

Kepada sesiapa sahaja yang pernah melayari video fitnah ini di internet, anda bukan dihalang tetapi berfikirlah dengan matang dan carilah motif sebenarnya apakah tujuan penyebaran video ini. Untuk mengugut Rosmah? Atau yang paling pasti mereka sedang cuba mengajak rakyat untuk turut sama mempercayai fitnah ini dan sekaligus mengaibkan Perdana Menteri Najib sekeluarga.

Paling pasti video ini dirakam serta direncanakan oleh orang yang rendah moralnya dan tidak ada pegangan agama. Hanya orang yang buruk laku sahaja yang bijak mengekspolitasikan keburukannya untuk ditampal kepada badan orang lain dan mereka telah berjaya melakukannya.

Terserah kepada anda untuk menilainya.

No comments:

Post a Comment