Monday, September 24, 2012
KENAPA PERTIKAI? ANWAR BANYAK DUIT, JADI PM BOLEH BELI ROKET...
Apa nak hairankan?
Duit banyak. Ada keupayaan. Bukan sekadar gaji Ahli Parlimen sahaja.
Orang lain jadi Ahli Parlimen tidak ada duit. Tidak bolehlah beli jet peribadi.
Ini baru ada elaun Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang serta pencen Timbalan Perdana Menteri dan yang lain sebelum ini...kalau jadi Perdana Menteri lagi banyak duit.
Kenapa mahu pertikaikan Datuk Seri Anwar Ibrahim guna jet peribadi?
Dia mampu...mana tahu kalau dah jadi Perdana Menteri, rakyat Malaysia akan lihat Perdana Menterinya menggunakan pesawat laju dan besar untuk membawa ahli Kabinetnya.
Atau ada roket sendiri untuk ke bulan dan bintang?
Orang BN dengkilah tu...Menteri-Menteri BN naik Malaysia Airlines (MAS) saja, dan yang lain naik Air Asia...dah tak berduit buat cara tidak berduit.
Anwar tidak cukup duit boleh minta dengan rakan-rakannya di Amerika Syarikat tetapi pemimpin BN, termasuk Datuk Seri Mohd Najib mahu minta dengan siapa?
Ketika beberapa blogger dan pemimpin Barisan Nasional mengkritik ‘gaya pengembaraan’ mereka, Anwar dan rakan-rakannya menegaskan bahawa tindakan menaiki jet peribadi itu bagi memudahkan perjalanan mereka ke Sarawak dan Sabah.
Gambar tersebut pada mulanya di muat naik di laman Twitter, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua pada 15 September lalu dan di turut muat naik di beberapa laman blog selepas itu.
Selain Anwar dan Tian Chua, mereka yang turut dilihat berada dalam pesawat itu adalah Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli dan Ketua PKR Terengganu, Abdul Rahman Yusof.
Beberapa blog blog turut mendakwa pesawat berkenaan didaftarkan atas nama bank Amerika Syarikat.
Dalam entri di blog novandri.blogspot.com mendakwa pemimpin pembangkang itu menuduh kerajaan Barisan Nasional membazir kerana sering menggambarkan diri mereka pandai berjimat cermat dan mengembara dengan menaiki syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia.
“Ramai penyokong telah tertarik, malangnya ini semua hanya satu lakonan.
“Cerita terbaru mengenai Anwar menaiki jet peribadi bersama-sama pemimpin PR sudah pasti akan meninggalkan kesan serta persepsi negatif daripada rakyat,” kata blogger tersebut.
Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, adalah satu ironis apabila pembangkang sering menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan kerajaan suka membazir, sedangkan mereka menaiki jet peribadi untuk pergi berkempen.
“Walaupun perkhidmata tersebut dibayar oleh pihak tertentu, rakyat tetap ada hak untuk mengetahui sama ada ia dibiayai oleh pihak antarabangsa atau orang tempatan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang berkata: “Sekalipun ia hanya dipinjamkan, mereka harus sedar tiada makanan tengah hari percuma di dunia hari ini.” Menjawab reaksi terhadap kritikan yang dilemparkan kepadanya, Anwar pada Sabtu menulis di laman Twitternya,:
“Apa isunya? Seorang kawan telah merancang untuk memberi pinjam jet peribadinya.”
Sambil mempertahankan tindakan bapanya, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar turut menghantar tweet:
“Apa isunya dengan perjalanan menaiki jet peribadi yang dipinjamkan oleh seorang raka? Ia bukan kepunyaan kami, bukan dengan duit rakyat.”
Tian Chua berkata mereka telah pergi ke beberapa tempat di Sabah dan Sarawak pada hujung minggu ketika cuti hari Malaysia.
Beliau menambah adalah lebih murah dan menjimatkan masa menyewa jet peribadi berbanding pesawat komersil.
Selain Anwar dan Tian Chua, mereka yang turut dilihat berada dalam pesawat itu adalah Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli dan Ketua PKR Terengganu, Abdul Rahman Yusof.
Beberapa blog blog turut mendakwa pesawat berkenaan didaftarkan atas nama bank Amerika Syarikat.
Dalam entri di blog novandri.blogspot.com mendakwa pemimpin pembangkang itu menuduh kerajaan Barisan Nasional membazir kerana sering menggambarkan diri mereka pandai berjimat cermat dan mengembara dengan menaiki syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia.
Rujukan - mStar
Sunday, September 23, 2012
BOIKOT BARANGAN YAHUDI? BOIKOT DULU RAKAN YAHUDI DI MALAYSIA!
"Kita semua tahu bahawa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) ada hubungan dengan Yahudi tetapi kenapa PAS dan Nik Aziz bermati-matian mempertahan mereka? Wajarkah Islam dikorbankan demi kuasa politik dan mahu menjadi pemerintah? Demonstrasi juga wajar diadakan oleh PAS terhadap individu, parti serta pertubuhan bukan kerajaan seperti Suaram yang terang-terangan mendapat bantuan Yahudi."
Yang nyata Amerika Syarikat tidak heran pun dengan bantahan dan demonstrasi susulan penerbitan filem yang menghina Nabi Muhammad SAW.
Memanglah ada kenyataan AS mengenai kekesalannya itupun mungkin kerana seorang dutanya terbunuh tetapi apakah kita mampu menyekat rakyatnya yang antiIslam dan proYahudi menghina Islam?
Kalau dalam negeri sendiri orang yang hina Islam pun terlepas begitu sahaja hanya dengan meminta maaf, apa lagi rakyat asing khususnya mereka yang menyokong pergerakan Yahudi untuk menghancurkan Islam – kita tidak akan mampu berbuat apa-apa sekadar membantah.
Siapa kita untuk menghukum mereka? Mahu tawarkah hadiah seperti diumumkan seorang menteri Kabinet Pakistan menawarkan ganjaran AS$100,000 (RM300,000) untuk membunuh penerbit dari Amerika yang mengeluarkan filem Innocense of Muslims itu?
Dan rasanya adalah juga baik kita berusaha dan berdoa kepada Allah supaya negara kita terus aman dan tidak diganggu gugat diakibatkan musuh dalam selimut atau oleh orang yang proYahudi dan bekerjasama dengan Yahudi untuk merampas kuasa negara ini.
Usaha ini termasuk menolak jauh-jauh individu yang proYahudi dan menggunakan dana untuk menaawan Putrajaya yang ternyata kerajaan kini meletakkan Islam di satu kedudukan yang mulia walaupun masih banyak perkara boleh dinilaitambah.
Menghairankan dalam kita memperkatakan mengenai penerbitan filem yang menghina Nabi Muhammad SAW ada pula pihak yang mengajak kita memboikot kesemua perkhidmatan dan produk berkaitan AS.
Logik atau boleh kita ikuti ke seruan seperti ini?
Tersasar? Tidak berpijak di alam nyata dan kenyataan politik semata-mata?
Kelmarin Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mahu rakyat Malaysia memboikot kesemua perkhidmatan dan produk berkaitan dengan AS susulan penerbitan filem yang menghina Nabi Muhammad SAW.
Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, boikot ekonomi dan budaya hendaklah menjadi senjata berkesan kepada rakyat untuk menundukkan keangkuhan AS.
"Kami menegaskan bahawa umat Islam tidak boleh berhenti dengan demonstrasi semata mata . Malah tindakan memboikot semua perkhidmatan dan produk yang berkaitan dengan Amerika seharusnya cuba dilaksanakan," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan kelmarin.

Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap selepas demonstrasi yang diadakan serentak di Kuala Lumpur kelmarin oleh Pemuda Pas dan Pemuda Umno, satu jawatankuasa dapat ditubuhkan untuk melaksanakan boikot barangan Yahudi secara serius.
Nik Aziz berkata, kerja membuat bantahan itu bukan tanggungjawab kerajaan sahaja, tetapi sebagai umat Islam ia perlu dilakukan apabila wujudnya penghinaan agama.
“Tidak padan dengan demonstrasi ini, ada benda yang kita kena buat iaitu boikot barangan dia (Yahudi), makanan, pakaian dan jawatankuasa di peringkat pusat kena senaraikan barangan-barangan tersebut.
Dalam pada itu, mereka perlu menyatakan juga sebab-sebab produk-produk tersebut perlu diboikot,” katanya ketika Demo Bantahan Terhadap Filem Menghina Rasullulah SAW di Dataran Ilmu, kelmarin.
Ketua Pemuda Pas Negeri, Abdul Latiff Abdul Rahman meminta Malaysia menekan kerajaan Amerika supaya penerbit filem tersebut meminta maaf secara terbuka dan menarik balik filem yang mengguris hati seluruh umat Islam.
Rasanya untuk menyekat pengaruh dan kuasa Yahudi menguasai dunia sukar. Namun kita masih ada ruang dan cara untuk menyekat pengaruh dan ancaman Yahudi terhadap negara kita. Boikot perkhidmatan dan barangan Yahudi amat sukar dilakukan.
Terimalah kenyataan!
Namun yang lebih penting ialah orang macam Nik Aziz dan PAS khususnya hentikan segera hubungan dengan individu atau pemimpin yang proYahudi dan gunakan duit Yahudi untuk menggugat keselamatan dan keamanan negara kita.
Kita semua tahu bahawa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) ada hubungan dengan Yahudi tetapi kenapa PAS dan Nik Aziz bermati-matian mempertahan mereka?
Wajarkah Islam dikorbankan demi kuasa politik dan mahu menjadi pemerintah?
Malah, demonstrasi juga wajar diadakan oleh PAS terhadap individu, parti serta pertubuhan bukan kerajaan seperti Suaram yang terang-terangan mendapat bantuan Yahudi.
Amatlah tepat jika Perdana Menteri menegaskan bahawa masa depan negara ini adalah terlalu besar nilainya untuk diperjudikan dan adalah sesuatu yang disifatkan sebagai 'pantang' untuk menyerahkan negara ini kepada pembangkang.
Berucap kepada perwakilan Umno Johor, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno mahu setiap anggota Umno menggembleng tenaga dan kekuatan bagi memastikan Barisan Nasional (BN) menang pada dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.
Kita tidak boleh bermain politik antiAmerika dan AntiYahudi luar tetapi menyokong proYahudi di dalam negeri hanya kerana kepentingan kuasa.
Bertindak dan berjuanglah mementang anasir proYahudi dalam negara ini dan semua rakyat jangan membuka ruang dan peluang untuk mereka berkuasa.
Kelak apabila keadaan sudah terlambat maka jadilah Malaysia seperti suasana antarabangsa kini yang sukar menyekat perbuatan menghina Islam oleh kumpulan proYahudi antarabangsa.
Friday, September 21, 2012
PEMIMPIN ‘DURJANA’ BOLEH HINA ISLAM DAHULU…MINTA MAAF KEMUDIAN
Mudahnya pemimpin parti perkauman DAP mencemar dan menghina Islam. Dengan meminta maaf, pemimpin itu menganggap dia sudah boleh cuci tangan?
Sedangkan perbuatannya yang menghina Islam tidak wajar dilepas begitu sahaja, selain ia amat provokatif.
Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham akhirnya semalam menarik balik dan memohon maaf kepada masyarakat Islam kerana mengeluarkan kenyataan di laman twitternya yang mempersoalkan tindakan yang diambil oleh umat Islam membantah filem 'Innocence Of Muslims' yang menghina dan memfitnah Nabi Muhammad dan Islam.

Namun apakah tindakan itu menggambarkan pemimpin DAP menghormati keharmonian beragama di negara ini?
Bagaimana pula jika ada tindak balas daripada orang Islam terhadap Ngeh seperti yang berlaku di luar negara iaitu siapa yang menghina Islam, hukumannya ‘bunuh’?
Apa tindakan kerajaan terhadap pemimpin ‘durjana’ seperti ini?
Membiarkan sahaja dan menerima kemaafan itu sebagai tanda pihak berkuasa boleh berlembut dalam segala perkara walaupun mencemarkan Islam sebagai agama rasmi negara ini?
DAP mengatakan akan membincangkan isu Ngeh mengenai bantahan umat Islam ekoran filem Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad SAW, minggu depan.

PAS yang ‘kecut telur’ apabila berdepan DAP tidak boleh diharapkan. Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya menyerahkan kepada DAP untuk menentukan tindakan.
Kata Salahuddin, DAP lebih berhak untuk mengambil tindakan terhadap Ngeh.
Sekadar boleh kata tidak wajar, tidak lebih daripada itu. Itulah PAS ketika ini dan sekadar memberi nasihat kepadanya supaya memikirkan sentiviti setiap kaum.
“Tapi dari segi tindakan, kita rasa baik DAP yang buat keputusan, kita telah nyatakan perasaan tak senang kita kepada beliau," kata Salahuddin.
PAS terpaksa tunduk dalam segala perkara, termasuk menghina Islam apabila berdepan DAP – sekutunya dalam PR.
Harapkan DAP ambil tindakan terhadap pemimpinnya?
Kita menunggu pihak berkuasa bertindak sebagai pengajaran dan peringatan!
Semalam, Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee meminta kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap Koo Ham dan mendesak pendirian Pas terhadap perbuatan pemimpin DAP tersebut.
Selasa lalu, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyifatkan kenyataan Pengerusi DAP Perak dalam laman twitternya mengenai filem antiIslam "Innocence of Muslims" sebagai satu provokatif.
"Koo Ham (Ngeh) harus berhati-hati keluarkan kenyataan. Saya tahu dia akan balas balik bahawa dia bukan membuat kenyataan tetapi pertanyaan namun pertanyaan itu adalah sangat provokatif," katanya.
Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM) Dzulkarnain Taib mendesak DAP mengambil tindakan disiplin terhadap Ngeh kerana mempersoalkan tindakan bantahan umat Islam terhadap filem 'Innocence of Muslims' yang menghina dan memfitnah Nabi Muhammad SAW.
Sebagai seorang pemimpin Ngeh telah menunjukkan seolah-olah beliau tidak sensitif langsung terhadap perasaan marah umat Islam dan menganggapnya sebagai satu sifat yang tidak bertanggungjawab, demikian kata Zulkarnain.
Ngeh menerusi Twitternya menyebut Khairy wants muslims to protest against Sam Bacile. For Islam or for his political gains? Are muslims wasting too much time and energy on this (Khairy nak orang Islam membantah Sam Bacile. Untuk Islam atau kepentingan politik.Tidakkah orang Islam membuang terlalu banyak masa dan tenaga untuk ini).
Paparan yang dibuat pada 17 September jam 1.43 tengah hari itu telah mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pemimpin parti Barisan Nasional (BN) dan pembangkang terutama Pas yang menyifatkan Koo Ham tidak sensitif terhadap perasaan orang Islam.
Di Ipoh sehingga jam 3 petang semalam, empat laporan polis dibuat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sejak 18 september lalu.
Ngeh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sitiawan berkata, mesej itu dibuat selepas melihat berita dunia di CNN, BBC dan Al Ajazeera yang menunjukkan bantahan dilakukan di seluruh dunia hingga mengakibatkan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda dan sebagainya.
Mempertahankan dirinya, Ngeh berkata: “Saya mahu masyarakat kita untuk berfikir lebih mendalam dengan mengambil kira cara kita sebagai tindak balas kepada provokasi atau mana-mana isu yang mendepani kita.
“Saya sama sekali tidak membantah tujuan perhimpunan itu kerana saya sendiri dalam penglibatan politik selama 23 tahun turut terlibat dalam demonstrasi,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Beruas.
Dalam laporan sebelum ini, beliau tidak mahu isu Twitternya diputar belit seolah menunjukkan beliau anti-Islam.
Thursday, September 20, 2012
4 STRATEGI MUSUH LEMAHKAN ISLAM, PERLEKEH RASULULLAH
"Apabila Rasulullah SAW diperlekeh, mana sikap kita sebagai umat
Islam. Kita mesti bangun memberi satu sikap, tak penting tentang politik
sebab ia bersifat sementara. Kita (mesti) bangun dan buat satu
kekuatan,"
- Datuk Noh Gadot
Mari kita amati dan fahami baik-baik apa kata Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Noh Gadot mengenai empat strategi direncanakan oleh musuh Islam termasuk Yahudi untuk melemahkan umat Islam.
1. Menyekat Sebagai Pemimpin
Kumpulan musuh Islam pastinya tidak mahu umat Islam - yang berjumlah 1.6 bilion di seluruh dunia - kuat dan berani sehingga menjadi pemimpin di dunia ini.
2. Terus Miskin
Musuh Islam juga mahu menjadikan umat Islam terus berada dalam kemiskinan khususnya dalam bidang ekonomi dan membiarkan berada dalam kejahilan serta buta huruf.
"Mereka mahu umat Islam menjadi miskin dan papa kedana, yang kaya akan terus menjadi kaya... Kita mesti mengubahnya dan mempertahankan maruah kita," kata Noh dalam tazkirah di Masjid Jamek Kampung Baru malam tadi.
3. Berpecah-belah
Dalam tazkirahnya sempena solat hajat mempertahankan keperibadian Rasulullah SAW anjuran NGO PERKASA malam tadi, Noh mendakwa musuh mahu umat Islam "berpecah-belah, benci membenci dan saling memfitnah" antara satu sama lain.
"Mereka tidak mahu umat Islam berkasih sayang... Kita tidak bersatu di peringkat dunia... contohnya isu Rohingya, isu di Iraq dan di Palestin," katanya kepada kira-kira 500 hadirin yang hadir selepas menunaikan solat Maghrib berjemaah.
4. Makanan
Umat Islam sinasihati supaya berhati-hati dengan pemilihan makanan daripada musuh Islam.
"Mereka (musuh Islam) tahu, makanan yang haram, doanya tidak dimakbulkan oleh Allah... Makanan haram, Allah tidak makbulkan doanya,"tegasnya.
Tegas Noh, berdasarkan sepotong hadis bahawa Rasulullah SAW bersabda sesuap makanan yang haram masuk ke dalam tubuh badan individu muslim, maka Allah tidak akan menerima ibadahnya selama 40 hari bahkan diancam seksaan neraka.
Sehubungan itu, beliau mengajak umat Islam bersatu dengan menanam cinta dan kasih sayang kerana Allah tanpa mengira fahaman politik supaya dapat mengelakkan dari "diperlekehkan" musuh Islam termasuk isu yang berkaitan filem 'Innocence of Muslims' yang menghina Nabi Muhammad SAW.
"Apabila Rasulullah SAW diperlekeh, mana sikap kita sebagai umat Islam. Kita mesti bangun memberi satu sikap, tak penting tentang politik sebab ia bersifat sementara. Kita (mesti) bangun dan buat satu kekuatan," katanya.
Dalam tazkirah itu juga, beliau turut menceritakan mengenai kemuliaan dan kehebatan Rasulullah SAW sebagai utusan Allah bagi membangkitkan rasa kecintaaan kepada baginda seperti yang dirakamkan dalam sirah dan sejarah Islam.
Sementara itu, Ketua Penerangan PERKASA Datuk Ruslan Kassim turut membaca lapan resolusi antaranya mengecam penyiaran filem 'Innocence of Muslims' dianggap sebagai "biadap, menghina, dusta dan fitnah" terhadap Rasulullah SAW.
Ruslan berkata PERKASA melihat usaha tersebut sebagai usaha "mencemar imej Islam, berniat jahat terhadap umat Islam dan menghasut warga dunia untuk membenci Islam".
"Tindakan pengarah filem itu sebagai satu konspirasi, pakatan dan komplot jahat untuk memporak-perandakan umat Islam supaya dapat mewujudkan jurang antara Islam dan bukan Islam.
"Saya menyeru kepada umat Islam bersatu padu, seiya-sekata, seiring sejalan untuk bersama-sama menumpukan kecintaan kepada Rasulullah SAW dengan menganjurkan solat hajat di rumah, surau dan di masjid," katanya.
Selepas itu, Noh mengimamkan solat Isyak dan hajat secara berjemaah dan mengakhirinya dengan membaca doa supaya umat Islam bangkit mempertahankan Islam daripada ancaman musuhnya.
Sumber - Malaysiakini
Subscribe to:
Posts (Atom)