Wednesday, February 8, 2012

BAHASA MALAYSIA TIDAK ADA NILAI EKONOMI GLOBAL?

Jangan marah saya!

Saya nak tanya pakar Bahasa Malaysia yang memperjuangkan bahasa berkenaan habis-habisan – Benarkah Bahasa Malaysia tidak ada nilai ekonomi global?

Kalau tidak ada nilai ekonomi, buat apa nak ditukarkan sekolah ke aliran Bahasa Malaysia?

Dengan kata lain, buat apa kita nak agung-agungkan Bahasa Melayu kalau ekonomi kita mundur atau terkebelakang.

Bahasa melalui pendidikan adalah aset penting untuk seseorang berkomunikasi ketika kerja atau untuk mendapatkan kerja. Namun kalau sekadar hebat dalam Bahasa Malaysia pun aka nada masalah.

Juga saya nak tanya, apa pandangan tokoh dan pakar bahasa Malaysia dan lebih jauh pejuang kita mengenai seruan suapaya kerajaan Persekutuan biarlah praktikal dan berpijak di bumi nyata mengenai isu penggunaan Bahasa Malaysia.


Siapa yang buat saranan?

Jawapannya pembangkang DAP Sarawak.

Menurut Setiasusaha Agung DAP negeri, Chong Chien Jen “dari perspektif Sarawak, apa yang dilakukan kerajaan adalah kerja bodoh…di Sarawak Bahasa Malaysia, English dan bahasa suku kaum digunakan secara meluas antara rakyat.

Jika ekonomi kita kuat, bukan sahaja orang kita akan mula mempelajari Bahasa Malaysia, tetapi orang asing juga mempelajarinya...Seperti Cina kini ramai yang mempelajari Bahasa Mandarin kerana ekonomi negara itu kukuh,”
katanya.

Nak dengar pula apa pakar Bahasa Malaysia kita nak kata?

Monday, February 6, 2012

SATU KERAJAAN NEGERI NAK SIASAT HANYA KERANA SATU 'BATANG'

Aii..ini dah kes berat.

Khalid Ibrahim mula terasa nak terkecing. Tak boleh duduk diam. Jika benar 'batang' yang ditangkap itu memang ada kaitan dengan ahli politik PKR, berat dan malu besar Kerajaan Selangor.

Tapi tak apa boleh pergi Kelantan, Nik Aziz Nik Mat boleh tolong bersihkan Eli Wong sekali lagi.

Mudah saja bersih dosa, jumpa Musyridul Am PAS, akan gugurkan segala 'kejahatan' dan akan bersihlah diri seseorang.

Pelik sungguh, sampai satu kerajaan negeri mahu siasat satu 'batang' gara-gara ada kaitan dengan Eli Wong (Elizabeth Wong).

Apa pula nak pandang serius. Sebelum ini ketika kes gambar bogel Eli Wong tidak serius ke? Sampai kena tahan baru nak pandang serius.

Untuk membersihkan Eli Wong dibuat repot polis supaya tangkap orang yang ambil atau sebar gambar, sedangkan yang ada dalam gambar itu bersih.

Macam cerita video itulah, yang ditekan dan cuba dipersalahkan yang ambil dan mengedar video tetapi pelaku BEBAS dan 'BERMARUAH LAGI'.

Apa mainan politik PKR selepas ni?

Bagus juga rakan blogger mainkan isu ini. Biar panas sikit...

Cucu Tok Wan kata PKR Selangor dah kelam-kabut bila (bekas) kekasih Eli Wong ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia kerana memalsukan dokumen perjalanan dan pengenalan diri. Selama ini mereka fikir, Indonesia menjadi tempat paling selamat untuk menyelamatkan diri.

Tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Indonesia memberikan satu gambaran penting kepada PKR. Setelah bertahun-tahun Anwar Ibrahim mempromosikanhttp://www.blogger.com/img/blank.gif diri sebagai DEWA PENYELAMAT Indonesia yang memperkenalkan REFORMASI, kini penangkapan kekasih Elizabeth Wong yang juga merupakan ahli PKR, memberikan yang cukup besar bahawa Indonesia bukanlah tempat terbaik untuk PKR jadikan sarang lagi.

Apabila Khalid Ibrahim menyatakan kerajaan negeri Selangor akan membantu kekasih Elizabeth Wong bermakna wang cukai rakyat Selangor akan digunakan untuk menyenangkan hati Elizabeth Wong.

Kata Gelombang Wangsa Maju pula, mempersoalkan, "Apa perlu kerajaan negeri mahu membawa perkara ini ke Mesyuarat Biro Politik PKR pada Rabu ini? Melainkan jika semakin kuat fakta ahli PKR yang ditangkap itu adalah Hilmi Malik.

"Pada GWM, mesyuarat PKR Rabu ini hanya untuk membuat 'grouping damage control', siapa yang bakal dikapan dan dikuburkan sebelum pilihanraya umum nanti.

Strategi perlu disusun kembali kerana isu ini akan memberi 'domino effect' kepada pembuat keputusan yang mengarahkan Hilmi Malik bermastautin di Indonesia.

Elizabeth Wong pasti sukar untuk tidur dan melelapkan mata seminggu dua ini ... Jantan kabaret punya pasal, karier politik semakin hancur!"

Apapun, yang pasti, Kerajaan negeri Selangor memandang serius berita penahanan lelaki yang didakwa bekas teman lelaki kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong.

Malah pihak kerajaan negeri juga akan meneliti tindakan susulan sekiranya lelaki berkenaan ada hubung kait dengan individu yang menjadi buruan polis berhubung penyebaran gambar separuh bogel Elizabeth yang juga Exco kerajaan negeri Selangor itu di Internet pada 2009.

"Kerajaan negeri akan meneliti laporan yang dibangkitkan media dan akan membuat tindakan susulan jika ia memberi implikasi kepada kerajaan, pemimpin dan pentadbiran negeri Selangor.

"Perkara ini juga akan dibawa ke mesyuarat Biro Politik PKR pada Rabu ini dan sebarang keputusan akan diumumkan kepada rakyat dengan kadar segera," kata Sekretariat Akhbar, Pejabat Menteri Besar Selangor menerusi kenyataan di Shah Alam, semalam.

Portal berita detiknews.com dari Indonesia menyiarkan laporan penahanan seorang lelaki warga Malaysia yang dikenali sebagai Azmin Heli oleh Jabatan Imigresen negara itu pada Jumaat lalu di Batam kerana memiliki pasport palsu.

Hasil pemeriksaan pihak imigresen, Azmin mengaku berasal dari Kuala Lumpur yang lahir pada 27 Mei 1975 dan beralamat di Jalan 4H, Ampang Selangor.

Berita itu juga menyebut bahawa Azmin yang memasuki Indonesia sejak 15 Februari 2009 menggunakan pasport Malaysia ini mengaku dibiayai keluarganya di negara ini dan PKR sepanjang berada di negara itu.

Pada 2009, negara digemparkan dengan kontroversi penyebaran gambar separuh bogel Elizabeth oleh bekas teman lelakinya sendiri yang dikenali sebagai Hilmi Malek.

Bagaimanapun Hilmi gagal dikesan pihak berkuasa walaupun waran tangkap terhadapnya dikeluarkan pihak polis.

Gambar separuh bogel itu dikata dirakamkan ketika Elizabeth sedang tidur di sofa kediamannya.

Bagaimanapun selepas terbongkar kontroversi itu, Hilmi dikatakan tidak pulang ke rumahnya di Ampang, dekat sini.

Tidak tahulah bagaimana kerajaan Selangor akan spin penangkapan Hilmi selepas ini.

Yang penting imej kerajaan Selangor tercemar sudah dan PKR parti kaya yang boleh letakkan sesiapa sahaja di luar negara.

'BATANG ELI WONG' TERTANGKAP DI BATAM...APA PKR SURUH DIA BUAT DI SANA?

Rakan blogger KLPos dan GWM jangan main-main. Sekarang musim saman menyaman.

Kedua-duanya memainkan isu ‘Balak Eli Wong’ tertangkap di Batam? Hai apa 'penyedap Eli Wong' buat di sana?

Atau ada kerja memuaskan sesiapa yang dilakukan oleh 'balak' ini? Habis yang di sini tak teringin ke?

Hebat sungguh orang ini, tinggal di Batam. Siapa menyara dia?

Tapi heran juga, kenapa di Batam? Kenapa tidak di London atau Australia? Menurut satu laporan dia terpaksa tinggal di Batam kerana diancam akan ditangkap jika tinggal di Malaysia.

Siapa pula ancam dia? Hai orang UMNO tak minat dengan 'batang' seperti ini.

Persoalannya siapa bayar dia tinggal di sana? Katanya, keluarga dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) membiayainya di sana.

Tapi siapa balak ini? Hero sangatkah dia?

Menurut KLPos, dari hasil pemeriksaan, rakyat Malaysia ini dikenali sebagai Azmin Heli yang berasal dari Kuala Lumpur yang lahir pada 27 Mei 1975.

Azman Heli ini beralamat Jalan 4H, Ampang Selangor 68000 Malaysia.

Beliau juga turut dikatakan sebagai salah seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Malaysia sewaktu disoal siasat.

Malah GWM yang membawa berita ‘HOT NEWS ... Boyfriend Eli Wong Bogel SUDAH DITANGKAP DI INDONESIA!’ yakin ahli PKR yang ditangkap memiliki paspot palsu ini adalah Helmi Malik, boyfriend Eli Bogel yang telah lama lari meninggalkan Malaysia dan menetap di Indonesia.

Yang menariknya, segala perbelanjaan menetap di Indonesia ditanggung oleh PKR! PKR perlu menjawab dakwaan ini secepat mungkin.

Rahsia dan kegiatan apa yang dilakukan mamat ni sehingga ditanggung kehidupannya di Indonesia ...

Hebat! Kempunanlah sesiapa yang mengharapkan perkhidmatan 'batang' ini di sini.

Cuma yang tak sedap sikit, selama ini PATI Indonesia atau Bangladesh yang buat kerja menipu pasport atau benda-benda seperti ini.

Matilah kita kalau PKR perintah, dia bijak melakukan kerja seperti ini.

PKR atau Eli Wong kena jawab dakwaan ini!

Baca dari sumber

Sunday, February 5, 2012

BANTAH DANA RM1.5b - PKR TIDAK BELA RAKYAT BERPENDAPATAN RENDAH

"Skim yang dicadangkan itu tidak menjejaskan kepentingan KWSP kerana nilai rumah itu jauh lebih tinggi di pasaran berbanding harga rumah itu dijual kepada pembeli. Jadi sekiranya pembeli tidak mampu membayar balik atau tidak membayar balik, rumah itu masih boleh dijual di pasaran dengan harga lebih besar, soal kepentingan KWSP sentiasa kita lindungi…Ini merupakan skim mesra rakyat, terutama golongan yang berpendapatan rendah," - Datuk Sri Mohd Najib Razak

Skim Pembiayaan Khas Perumahan Awam adalah dasar kebajikan dan mesra rakyat yang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Skim itu dilancarkan Perdana Menteri pada 28 Jan lalu setelah jemaah Menteri mempersetujui skim yang dicadangkan Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar itu.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin dilapor mengumumkan "skim pembiayaan mudah" untuk 20,000 penyewa PPR yang layak dan bakal pembeli yang tidak layak mendapatkan pinjaman bank.

Kita lihat dengan jelas PKR membantah kerana ia untuk pembiayaan pembelian rumah awam kos rendah. Untuk golongan berpendapatan rendah.

Kenapa bantah beria-ia? Jika golongan ini yang begitu ramai di bandar dan sesetengahnya berada dalam kelompok kemiskinan bandar, PKR tidak akan dapat mempermainkan perasaan mereka lagi apabila selesa sedikit dengan memiliki rumah.

Pada ketika PKR tidak berbuat apa-apa dan janji pun tiada untuk membantu golongan berpendapatan rendah dibandar, dasar ini dilihat akan mengancam sokongan kepada mereka.

Skim itu dilaksanakan di bawah Program Perumahan Rakyat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (PPR-MTEN) dan juga Perumahan Awam DBKL. Ia akan dikendalikan Syarikat Perumahan Wilayah Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Yayasan Wilayah Persekutuan dengan dana pembiayaan daripada KWSP.

Kita pasti kerajaan bukan tidak membuat kajian mendalam mengenai kesan dasar ini termasuk krisis pajak gadai subprima di Amerika Syarikat dan tidak timbul bank komersial tidak menganggap skim itu sebagai berdaya maju kerana ia jaminan kerajaan.

Apakah melaksanakan dasar yang mesra rakyat sebagai ‘untuk membeli undi sesuka hati semata-mata kerana pilihan raya semakin dekat,’ dan kenapa PKR sentiasa membantah, bukankah kerana mahu raih sokongan rakyat?

Mana lebih baik, melakukan sesuatu untuk kepentingan rakyat atau membantah tanpa merancang dan melakukan apa-apa untuk rakyat?

Pembangkang khususnya PKR di Bandar raya Kuala Kumpur cepat-cepat membantah cadangan itu dengan alasan melindungi kepentingan ahli KWSP.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar kelamrin menyelar tindakan kerajaan untuk menggunakan RM1.5 bilion daripada dana KWSP bagi membantu mereka yang gagal mendapatkan pinjaman bank bagi membiayai pembelian rumah awam kos rendah.

"Malah bank-bank juga tidak bersedia memberi pinjaman. Apakah yang dilakukan oleh panel pelaburan KWSP? "Mengapa wang KWSP yang digunakan sebagai wang saku BN?" soalnya pada sidang media kelmarin.

Sekurang-kurangnya empat bank telah diminta membantu menggubal draf perjanjian pembiayaan, kata Nurul Izzah sambil menyoal mengapa dana KWSP digunakan jika bank komersial sendiri tidak menganggap skim itu sebagai berdaya maju.

"Kita tidak mahu situasi seperti krisis pajak gadai subprima di Amerika Syarikat, di mana peminjam tidak dapat membayar ansuran mereka, jadi KWSP bukan bank (dalam kesusahan)," katanya, sambil mengingatkan:"Kerajaan tidak boleh membeli undi sesuka hati semata-mata kerana pilihan raya semakin dekat.”

Kerajaan kelmarin sudah memberi jaminan bahawa penggunaan RM1.5 bilion dana daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk Skim Pembiayaan Khas bagi perumahan awam untuk golongan berpendapatan rendah tidak akan menjejaskan pencarum KWSP.

Setiap pengumuman kerajaan pasti ada bantahan oleh sesetengah pihak kerana mereka bimbang penggunaan RM1.5 bilion dana daripada KWSP akan mejejaskan wang rakyat.
Lagipun mereka melihat jika dasar ini terima baik, ia mungkin akan dilaksanakan di bandar-bandar besar lain yang akan membantu rakyat berpendapatan rendah.

Pembinaan rumah melalui Yayasan Wilayah Persekutuan yang dirancang dengan teliti pastinya membimbangkan pihak-pihak tertentu dalam konteks persaingan perniagaan dan penempatan penduduk yang lebih tersusun.

Dengan menjamin penduduk yang berpendapatan rendah berada terus tinggal di dalam bandar pastinya akan menyebabkan sesetengah pihak tidak senang hati lebih-lebih lagi yang menganggap bandar hanya untuk yang berpendapatan tinggi dan kaya.

Tidak mengapakah mereka membantah kerana itu sebahagian hak rakyat untuk mengemukakan pandangan mereka tetapi dengarlah juga penjelasan Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd Najib Razak mengenai perkara itu.

Menurut Najib, skim pembiayaan itu dirangka untuk membantu mereka yang berminat memiliki rumah di kawasan ibu negara, terutama mereka yang tidak layak mendapat pinjaman daripada institusi kewangan.

Ternyatakan skim mesra rakyat ini bertujuan membantu golongan yang berpendapatan rendah tetapi tidak mempunyai simpanan atau wang yang cukup membeli rumah.

Yang penting kerajaan sudah memberi jaminan akan menggutamakan pencarum KWSP malah jumlah pembiayaan yang digunakan untuk skim itu tidak begitu besar berbanding dana yang ada pada KWSP.

Kerajaan turut menyatakan skim itu tidak menjejaskan kepentingan KWSP kerana nilai rumah itu jauh lebih tinggi di pasaran berbanding harga rumah itu dijual kepada pembeli.

Sekiranya pembeli tidak mampu membayar balik atau tidak membayar balik, rumah itu masih boleh dijual di pasaran dengan harga lebih tinggi.

Menyedihkan kerana PKR menganggap dana ini sebagai wang saku BN sedangkan ia bertujuan menyediakan pijaman untuk golongan berpendapatan rendah.

Wajarkah sebuah parti hanya melihat kesengsaraan dan keresahan rakyat dan mengubat kesusahan mereka hanya dengan bantahan dan cemuhan terhadap kerajaan.

Sebaliknya kerajaan BN melakukan sesuatu dengn mewujudkan dana bagi mengatasi masalah berpendapatan rendah di Bandar.

Mana lebih mulia dan ikhlas?

“Soal kepentingan KWSP sentiasa kerajaan lindungi," kata Perdana Menteri di Rhu Rendang pagi Jumaat lalu sempena lawatannya ke Terengganu untuk menyakinkan rakyat bahawa Kerajaan BN bertanggungjawab dalam perbelanjaan dana ini.