Tentu sesuatu yang aneh jika pembangkang puji pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).
Tetapi itulah hakikatnya di Perlis.
Pesuruhjaya Pas negeri, Hashim Jasin, semalam berkata, parti pembangkang itu tetap memberi sokongan kepada kepimpinan Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis.
Beliau mengakui peranan yang dimainkan oleh Md. Isa untuk menggerakkan pembangunan negeri adalah untuk kebaikan rakyat dan bukan untuk mencari kepentingan peribadi.
Hashim, yang juga Ketua Pembangkang dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis berkata, beliau selesa berkhidmat sebagai wakil rakyat di bawah pentadbiran kerajaan negeri diketuai Md. Isa.
Tahniah Datuk Seri!
No comments:
Post a Comment