Sunday, August 9, 2009

HASSAN ALI BERTINDAK BERDASARKAN ENAKMEN JENAYAH SYARIAH BN/UMNO 1995

(Sembang Ahad)

Untuk apa Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Hassan Ali menerjunkan dirinya dalam isu arak walaupun tahu akan timbul kontroversi?

Inisiatif adalah untuk membebaskan umat Islam Selangor dari pengaruh dan budaya arak yang haram hukumnya disisi Islam.

Ia bukan untuk menganggu-gugat hak masyarakat yang bukan Islam. PAS Selangor tidak pernah menuntut agar arak ini diharamkan dijual atau diminum dikalangan masyarakat bukan Islam.

Berdasarkan apa Hassan Ali bertindak?

Hassan Ali bertindak bukan berdasarkan enakmen atau peruntukan diluluskan oleh kerajaan pembangkang Selangor.

Hassan Ali bertindak berdasarkan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang digubal oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) Selangor dan dikuatkuasakan oleh kerajaan BN Selangor pada 22 November 1996.

Terang dan jelas, kerajaan BN yang mengkategorikan meminum dan menjual arak sebagai suatu kesalahan jenayah syariah.

Jelas tuduhan BN sebagai kerajaan zalim, kafir dan tidak memperjuangkan Islam tidak benar.

Komponen BN di Selangor seperti MCA, MIC dan Gerakan tidak pernah menentang Enakmen 1995 itu, malah menyokongnya – kerana itu diluluskan.

MCA, MIC dan Gerakan tidak seperti DAP yang asyik mempertikaikan hukum-hakam Islam dan jelas Parti Keadilan Rakyat juga 2 kali 5.

Jadi di sini, tidak payahlah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat mahu mengada-ngada mahu mengajar Kerajaan Selangor untuk menyelesaikan masalah ini.

Tindakan Nik Aziz, tindakan politik yang bukan mahu membela Hassan Ali tetapi pemimpin DAP –Ronnie Liu.

Kenapa Nik Aziz bersungguh-sungguh mahu membela pemimpin DAP yang diminta oleh Hassan Ali supaya difikirkan semula kedudukannya dalam Barisan Exco Selangor?

Menteri Menteri Besar Kelantan itu jangan cepat melompat mengatakan sedia bantu Selangor cara jual arak.

Apakah Kelantan mempunyai formula lebih baik menjual arak berbanding Selangor.

Apakah selama ini cara Selangor tidak baik berbanding Kelantan yang menganggapnya lebih baik?

Kata Nik Aziz, sistem penjualan arak di Kelantan berkesan dan mampu memberikan keselesaan kepada pengguna dan peniaga bukan Islam mengikut kaedah yang dituntut Islam.

Berikutan itu, Kerajaan PAS Kelantan sedia membantu Selangor jika kerajaan negeri itu berminat mempelajari kaedah pengurusan dan penjualan arak kepada penduduknya yang bukan beragama Islam.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, “Kalau Ronnie Liu (Exco Selangor) nak mari, sebagai tuan rumah kita kena sambut tetamu yang mahu datang atau berkunjung ke rumah kita untuk belajar cara-cara kita mengendalikan sistem penjualan dan pengurusan kedai minuman arak kepada bukan Islam negeri ini,” katanya.

Nik Abdul Aziz berkata, kerajaan Kelantan mula melaksanakan sistem pengurusan penjualan arak di negeri ini selepas PAS mula mengambil alih teraju pentadbiran negeri ini pada 1990.

Persoalannya ialah:

Pertama, pengalaman dan persekitaran di Kelantan dan Selangor berbeza. Di Selangor, orang bukan Islam ramai dan Majlis Perbandaran juga banyak dan turut disertai bukan Islam. Di Kelantan, bukan Islam sedikit dan sebelah sempadan dekat sahaja.

Selain itu majlis daerah boleh dikatakan ahlinya 100 peratus orang Islam. Hanya beberapa majlis daerah dan perbandaran yang ahlinya orang Islam.

Kedua, orang bukan Islam di Kelantan tidak ‘enjoy’ atau ‘happening’ di Kelantan. Mereka boleh ke luar Kelantan untuk ‘melepaskan keresahan mereka’.

Boleh dikatakan di Kelantan, peratusan dan undang-undang bersabit Islam, lebih ditujukan kepada orang Islam, bukannya bukan Islam.

Jadi, Nik Aziz kena faham suasana dan persekitaran dan jangan melihat Kelantan itu baik dan ok segala-galanya.

Rasanya dalam konteks Selangor Hassan Ali. Janganlah Nik Aziz mahu menjadi ketam...mengajar anak berjalan betul!

Apapun, fahami apa sebenarnya hasrat dan tindakan Hassan Ali mengenai kontroversi ini:

Kenyataan Penuh Dr Hassan Ali

“KONTROVERSI ISU ARAK DI NEGERI SELANGOR”

PENDAHULUAN

MEMINUM arak ataupun minuman berakohol yang memabukkan merupakan salah satu dosa besar dalam agama Islam. Ia haram diminum samada dalam kuantiti yang banyak ataupun sedikit, samada sipeminum tadi mabuk ataupun tidak akibatnya.
Allah swt berfirman di dalam al Quran, maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. “
(al Maidah: 90).

Nabi Muhammad s.a.w pernah melaknat mereka yang terbabit dengan arak ini iaitu sebanyak 10 golongan melalui sabdanya:

“Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan:
(1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya."
(Hadis riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)

ENAKMEN JENAYAH SYARIAH (SELANGOR) 1995

Oleh itu kerajaan bertanggungjawab memastikan yang rakyat jelata khasnya yang beragama Islam tidak terlibat dalam aktiviti yang membabitkan arak ini tambahan pula di Negeri Selangor, umat Islam di negeri ini adalah tertakluk dan terikat pada Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang berkuatkuasa sejak 22 November 1996 yang telah mengkategorikan meminum dan menjual arak sebagai suatu kesalahan jenayah syariah.

Melalui Enakmen ini di bawah kategori kesalahan minuman yang memabukkan dinyatakan di bawah Seksyen 18 (1) dan (2) iaitu:

(1) Mana-mana orang yang, di mana-mana kedai atau tempat awam lain, minum apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2) Mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

INISIATIF MEMBEBASKAN UMAT ISLAM DARI ARAK DI SELANGOR

Diperingkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) contohnya di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berdasarkan sentimen dan tuntutan masyarakat, usaha telah dilakukan untuk memperkenalkan peraturan bagi mengawal penjualan arak ini iaitu di kawasan masyarakat yang majoriti penduduknya beragama Islam. Inisiatif ini turut diambil oleh ahli-ahli majlis di PBT-PBT yang lain di Selangor.

Walaubagaimanapun harus diberi perhatian bahawa segala usaha di atas TIDAK sama-sekali melibat atau membabitkan hak masyarakat bukan Islam di Negeri Selangor. PAS Selangor tidak pernah menuntut agar arak ini diharamkan dijual atau diminum dikalangan masyarakat bukan Islam.

Inisiatif yang diambil adalah untuk membebaskan umat Islam Selangor dari pengaruh dan budaya arak yang haram hukumnya disisi Islam dan bukan untuk menganggu-gugat hak masyarakat yang bukan Islam.

Oleh itu PAS Selangor kesal apabila inisiatif dari tindakan untuk mengawal pengurusan penjualan dan peminuman arak ini dikalangan masyarakat Islam telah dicampuri oleh pihak-pihak yang tertentu. Campurtangan membabitkan insiden di Shah Alam pada 30 Julai 2009 lalu dengan mempertikaikan keputusan pihak PBT dan para pegawai MBSA yang melaksanakan tugas ternyata telah mengingkari saluran-saluran pentadbiran yang sepatutnya.

Malah PAS Selangor mendapat laporan bahawa campurtangan itu (dan beberapa tindakan serupa sebelum ini) telah menganggu dan menjejaskan moral ahli-ahli majlis PBT dan para pegawai serta kakitangan kerajaan amnya.

TUNTUTAN-TUNTUTAN DAN TINDAKAN PAS SELANGOR

PERTAMA: Dengan perkembangan ini PAS Selangor mendesak agar kerajaan negeri di bawah pimpinan YAB Tan Sri Dato’ Abd Khalid bin Ibrahim agar serius dan menyegerakan garis panduan yang seragam bersesuaian dengan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, untuk digunapakai seluruh negeri Selangor, supaya kontroversi seumpama ini tidak berulang sehingga meresahkan masyarakat Islam di sini.

KEDUA: PAS Selangor turut menggesa agar pemegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dikaji semula berikutan dengan rentetan beberapa peristiwa sebelum ini.

KETIGA: PAS Selangor mengeluarkan arahan kepada seluruh kekuatan parti di negeri ini untuk mengambil langkah-langkah yang wajar dan bersesuaian dengan kedudukan dan jawatan masing-masing agar usaha untuk membebaskan umat Islam dari arak ini dilakukan secara serius dan berterusan, menurut adab, peraturan dan undang-undang yang sedia ada, demi keselamatan dan kesejahteraan seluruh masyarakat dan umat Islam di negeri ini.

KEEMPAT: PAS Selangor akan segera mengemukakan deraf peraturan kecil mengenai penggunaan arak dikalangan masyarakat Islam untuk dikuatkuasa diperingkat PBT-PBT.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, PAS Selangor mengesan bahawa keseluruhan rentetan kes-kes ini sesungguhnya berpunca dari kegagalan dan kelemahan pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) Selangor yang telah diberi peluang oleh rakyat untuk mentadbir negeri ini lebih 50 tahun lalu.

Pimpinan Umno Selangor semasa berkuasa dahulu terbukti tidak sama-sekali serius dan jujur dalam menyelesaikan masalah orang-orang Islam termasuklah berhubung penjualan dan peminuman arak ini. Oleh itu PAS kini melalui mandat yang diberikan rakyat kepadanya, bertanggungjawab untuk memperjuangkan isu ini demi kepentingan masyarakat Islam dan seluruh rakyat amnya.

YB DATO’ DR HASAN BIN MOHAMED ALI PESURUHJAYA PAS NEGERI SELANGOR 4 OGOS 2009

PENGKHIANAT UNTUK ANWAR

Hmmmm...bersungguh nampak UMNO Johor untuk berdepan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berapa ratus juta pula Anwar akan saman?

UMNO Johor akan menganjurkan perhimpunan besar-besaran dalam waktu terdekat untuk melaungkan perkataan 'pengkhianat' ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia cabaran kepada ketua pembangkang itu mengambil tindakan saman 'beratus-ratus juta ringgit' terhadap peserta perhimpunan.

Baru-baru ini Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebanyak RM100 juta bertujuan menutup mulut mana-mana pengkritik ketua pembangkang itu.

Tuntutan saman setinggi itu dilihat lebih kepada "ugutan" terhadap pihak terbabit supaya tidak mendedahkan kelemahan Anwar.

"Ini cara Anwar untuk tutup mulut siapa yang cuba dedah keburukannya," katanya.
Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Adam Hamid berkata, pihaknya percaya puluhan ribu ahli UMNO negeri akan menyertai perhimpunan yang dirancang diadakan di Padang Merdeka Batu Pahat.

''Di situ nanti, puluhan ribu orang akan menjerit melaung-laungkan perkataan pengkhianat terhadap Anwar.

''Dan tengoklah dia nak saman berapa ratus juta pula," katanya semalam.

Beliau mengulas ketegasan Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO yang tidak akan memohon maaf atau menarik balik kenyataannya ke atas Anwar walaupun pemimpin pembangkang itu bakal mengambil tindakan saman RM100 juta ke atasnya dan Utusan Malaysia.

Ia berikutan tindakan Ketua UMNO Bahagian Pagoh itu menggelar Anwar sebagai pengkhianat perjuangan orang Melayu ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading, Ahad lalu.

Ketegasan Muhyiddin itu turut mendapat sokongan padu daripada badan bukan kerajaan Melayu.

Adam yang percaya tindakan saman oleh Anwar itu bertujuan untuk mengalih perhatian rakyat terhadap kes liwatnya turut mempersoalkan keikhlasan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bercakap mengenai kebebasan dan demokrasi.

''Dan Anwar bukan seorang negarawan berikutan tindakannya membenarkan demonstrasi jalanan. Pada saya, tidak tergamak seseorang itu pergi berlindung di Kedutaan Turki semata-mata mahu menggambarkan keadaan di Malaysia tidak selamat. Kalau dia negarawan sejati, dia tidak akan berbuat demikian,"

PAS ‘SENDIRI MAHU TAHULAH’ DALAM PAKATAN PEMBANGKANG

Pelik sungguh dengan kepimpinan pakatan pembangkang di Selangor.

Apabila Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali Selasa lepas mendesak Abdul Khalid menukarkan portfolio Ronnie Liu ekoran wakil rakyat DAP itu menimbulkan beberapa masalah berkaitan penjualan arak di kawasan penduduk majoriti umat Islam, dia berjanji gila mahu menyelesaikan masalah itu serta merta.

Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim berjanji, Jumaat (kelmarin) segala-galanya akan beres. Dalam tempoh empat hari ini. Namun tiada apa yang berlaku.

Anehnya npada Jumaat juga Ketua Umum pakatan pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pakatan akan memutuskan kesemua isu semasa yang tercetus termasuk isu jualan minuman keras di Selangor dan desakan PAS agar Ronnie Liu digantikan Khamis depan.

Katanya, "semua isu yang melibatkan Pakatan Rakyat, termasuk isu Selangor akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 13hb Ogos."

Anwar juga menolak desakan agar Ronnie Liu digantikan.

Di sebalik isu jualan arak itu, kelmarin PAS Selangor mendesak agar Ronnie Liu, Exco yang menerajui portfolio kerajaan tempatan digantikan dengan orang lain.

Semalam pula (Sabtu), Khalid dilaporkan berkata garis panduan itu akan disiapkan kira-kira sebulan lagi.



Mana pendirian pakatan pembangkang sebenarnya?

Berikutan itu, Umat Islam diminta menilai cara kerajaan negeri Selangor menyelesaikan isu penjualan arak secara terbuka di kawasan majoriti penduduk Islam.

Semalam, Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, rakyat juga akan menilai perjuangan Pas yang kini adalah sebahagian daripada pentadbiran kerajaan negeri itu.

Mohd Shafie berkata, semasa negeri itu di bawah pentadbiran kerajaan Basional Nasional, wakil rakyat parti komponen seperti MCA dan MIC tidak mencampuri isu-isu sensitif yang berkaitan agama Islam.

"Sekarang kita boleh menilai Pas dan perjuangannya dan apa telah jadi dengan kerajaan pakatan-pakatan pembangkang termasuk di Pulau Pinang yang gagal mengatasi pelbagai masalah," kata beliau.

Yang pasti, PAS Selangor kini melancarkan kempen penerangan besar-besaran di seluruh negeri supaya umat Islam menjauhi arak susulan kontroversi pengharaman minuman itu dengan seorang pemimpin DAP Ronnie Liu.

Kira-kira 80,000 risalah diedarkan di seluruh negeri bermula selepas solat Jumaat tadi, kata setiausaha perhubungan PAS negeri, Khairuddin Othman.

"Program ini dibuat supaya umat Islam tidak dekati alkohol yang banyak membawa masalah sosial," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

"Kita ada 22 kawasan (parlimen) di Selangor. Kali dengan 4,000 satu kawasan, lebih kurang 80,000 risalah dicetak untuk diedarkan."

Tambahnya, dalam kempen yang sama, PAS turut menggantung kain rentang bertulisan "Bebaskan Umat Islam daripada Najis Arak" di tempat-tempat tumpuan orang ramai dan simpang jalan utama.

Kempen tersebut sebahagian tuntutan PAS mendesak garis panduan jelas berhubung penjualan arak mudah dipantau pihak berkuasa tempatan (PBT).

Khairuddin juga menggesa Abdul Khalid memangku portfolio kerajaan tempatan, sekarang dipegang oleh Ronnie, untuk memudahkan penguatkuasaan PBT.

"Dulu pun (bawah BN) dalam (bidang kuasa) menteri besar. Exco tidak ada kuasa buat sebarang keputusan. Akhirnya kalau ada apa-apa masalah, menteri besar juga yang kena buat keputusan," kata Khairuddin.

Satu lagi persoalan, dulu itu apa maknanya?

Bukankah dulu itu bermakna ketika Barisan Nasional (BN)/UMNO?

Tidakkah itu menggambarkan betapa berkesannya kerajaan BN mengawal penjualan arak di Selangor?

Kalau PAS sendiri sudah faham mengenai keberkesanan BN, PAS ‘sendiri mahu tahulaH’ untuk apa lagi dalam pakatan pembangkang!