Hari ini Ahmad Razif Abdul Rahman ditanya oleh wartawan sama
ada akan menemui Perdana Menteri dalam masa terdekat berhubung kemelut yang
melanda pucuk pimpinan UMNO Terengganu.
Jawapan beliau ialah tidak perlu.
Menurutnya Perdana Menteri sentiasa dimaklumkan mengenai
perkembangan terkini berhubung isu itu.
"Saya sering berhubung dengan Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Razak dan memberi keyakinan kepada beliau bahawa keadaan di
Terengganu terkawal, tidak ada yang perlu dibimbangkan," katanya pada
sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Anak Terengganu, di Putrajaya tengah
hari ini.
Semua pihak memang mengharapkan Perdana Menteri berbuat sesuatu.
Dan sebagai Perdana Menteri, Presiden UMNO dan Pengerusi
Barisan Nasional (BN) sebenarnya beliau TELAH MELAKUKAN SESUATU.
Kita sangat berharap perbincangan antara Perdana Menteri,
Datuk Seri Mohd Najib Razak dan ADUN UMNO
pagi ini di Putrajaya membuahkan hasil.
Ia penting untuk menghapuskan kemelut politik Terengganu
yang semakin hangat, walapun cuba didinginkan oleh kenyataan Ahmad Razif.
Usaha ini menguji kebijaksanaan Najib dan juga
kebijaksanaan pemimpin ADUN UMNO dan pemimpin UMNO Terengganu. Yang penting
kerajaan BN dikekalkan. Jangan sampai ia runtuh.
Ahmad Razif sendiri tidak melakukan seperti apa yang
dibuat oleh Najib itu dengan memanggil semua wakil rakyat bagi mendapat sokongan
majoriti susulan kemelut berkenaan.
Akibat kegagalannya berbuat demikian maka timbul
spekulasi bahawa Sembilan daripada ADUN Terengganu tidak bersama Ahmad Razif.
Benar atau sebaliknya hanta Ahmad Razif, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk
Seri Ahmad Said dan kalangan ADUN sahaja yang tahu.
Isu pertelagahan antara Ahmad Razif dan Ahmad Said
dilihat tiada kesudahan apabila ia gagal diselesaikan di peringkat negeri
sehingga memerlukan campur tangan pusat.
Najib hari ini menjadi ‘bapa’ kepada 'sepasang suami
isteri ' atau 'adik-beradik' yang bertelagah (mengambil cakap Ahmad Razif) di Putrajaya hari ini.
Pada sidang media tengah hari ini di Putrajaya, Ahmad
Razif berkata beliau sentiasa berhubung dengan Perdana Menteri untuk
memaklumkan mengenai perkembangan terbaru itu.
"Saya telah memberitahu beliau bahawa semuanya di bawah kawalan di Terengganu. Ia adalah perkara biasa (berhadapan masalah) seperti suami dan isteri mempunyai sedikit ketegangan.
"Kami percaya bahawa ia adalah perkara biasa dan hanya akan membantu mengukuhkan perpaduan di antara kami," katanya.
Beliau memberi jaminan bahawa persengketaan dalaman UMNO negeri itu telah
diselesaikan dan tidak ada sebarang perkara luar biasa yang akan berlaku semasa
persidangan DUN pada Isnin ini.
Beliau berkata keadaan telah reda dan beliau menyifatkan krisis di Terengganu sebagai "pergaduhan di antara adik-beradik."
"InsyaAllah semuanya telah diselesaikan.... tiada apa yang luar biasa akan berlaku semasa persidangan Dewan Undangan Negeri nanti. Tetapi yang paling penting kita mesti bergerak ke hadapan bersama-sama suntuk menggerakkan agenda pembangunan di negeri ini," katanya kepada pemberita semasa majlis Hari Raya untuk Anak Terengganu di Putrajaya.
"Saya telah memberitahu beliau bahawa semuanya di bawah kawalan di Terengganu. Ia adalah perkara biasa (berhadapan masalah) seperti suami dan isteri mempunyai sedikit ketegangan.
"Kami percaya bahawa ia adalah perkara biasa dan hanya akan membantu mengukuhkan perpaduan di antara kami," katanya.
Beliau berkata keadaan telah reda dan beliau menyifatkan krisis di Terengganu sebagai "pergaduhan di antara adik-beradik."
"InsyaAllah semuanya telah diselesaikan.... tiada apa yang luar biasa akan berlaku semasa persidangan Dewan Undangan Negeri nanti. Tetapi yang paling penting kita mesti bergerak ke hadapan bersama-sama suntuk menggerakkan agenda pembangunan di negeri ini," katanya kepada pemberita semasa majlis Hari Raya untuk Anak Terengganu di Putrajaya.
Beliau yakin, perkara itu dapat menguatkan lagi solidariti
dan pemuafakatan dalam kalangan wakil rakyat UMNO di negeri itu.
"Tak ada. Tak ada (apa-apa akan berlaku pada Isnin
depan). Insha Allah saya rasa tak ada apa-apa yang perlu ditimbulkan lagi
kerana saya yakin dan percaya tak ada apa-apa," katanya.
Ditanya mengenai kenyataan yang dibuat oleh ADUN Ajil,
Ghazali Taib, Ahmad Razif berkata, walaupun beliau mungkin telah melampaui
batas, "kita mesti bersedia untuk memaafkan satu sama lain."
"Kita mesti mengambil sikap yang positif dan melihat ke hadapan dan keutamaan perlu diberikan kepada rakyat," kata Ahmad Razif.
"Kita mesti mengambil sikap yang positif dan melihat ke hadapan dan keutamaan perlu diberikan kepada rakyat," kata Ahmad Razif.
Kita hanya mampu berdoa apa yang diusahakan oleh Perdana
Menteri akan memuaskan hati semua pihak, atau sekurang-kurangnya meredakan
sedikit kemelut politik yang melanda Terengganu sekarang.
Mungkin ada formula menarik yang digunakan Najib bukan
sahaja untuk melegakan Ahmad Razif tetapi juga ‘memadamkan kemarahan’ Ahmad
Said terhadap Menteri besar itu.
Sebagai bapa kita yakin Najib akan berlaku adil kepada
kedua-dua mereka dengan menyatakan pendirian dan usaha baiknya di hadapan ADUN
UMNO yang bersifat ‘anak-anak’ yang perlu menurut arahan datuk dalam pertikaian
ibu dan bapa mereka.
Kini belum jelas formula itu dan belum ada kenyataan di pihak
Ahmad Said. Apakah cara Najib itu dipersetujinya?
Tidak diketahui
beliau hadir atau sebaliknya pada pertemuan itu.