Marah
berapi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Akmal
Nasir, Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) dan The Malaysian Insider diminta menarik
balik segala dakwaan dan fitnah jahat yang dibuat serta memohon maaf secara
terbuka dalam tempoh 24 jam.
Jika
tidak, beliau akan mengambil tindakan
undang-undang terhadap mereka.
Segala-galanya berhubung
dakwaan yang mengatakan menteri itu menyalahgunakan duit untuk anak yatim dan
miskin bagi membiayai perjalanan ke luar negara bersama isteri, main golf dan
lawatan ke pusat membeli belah.
Menurut
NOW: “Lawatan seorang menteri Umno ke Amerika Syarikat dengan perbelanjaan
RM410,978 didakwa dibayar oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia
(Yapeim). Ia didakwa dibayar melalui dana sebuah anak syarikat yang sepatutnya
digunakan untuk anak yatim dan kanak-kanak miskin.”
Memetik
invois yang dibilkan kepada Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN)
yang diperolehnya, Akmal mendakwa lawatan ke Washington DC, Iowa dan Minnesota
daripada 21 hingga 29 Mei 2014 itu membabitkan aktiviti golf dan kunjungan ke
pusat membeli-belah.
Akmal
mendakwa isteri menteri itu juga merupakan sebahagian daripada rombongan
tersebut.
Invois
yang diperolehnya menunjukkan bahawa RM274,493 dibelanjakan untuk tiket
penerbangan pergi balik untuk menteri itu dan isterinya.
Perbelanjaan
lain yang dibelanjakan untuk menteri itu termasuk RM1,658.96 untuk golf,
RM1,565.98 untuk majlis makan malam dan RM3,200.72 untuk cenderahati.
Penginapan
untuk menteri itu dan isterinya selama tiga malam berjumlah RM2,675.43.
Dalam satu
kenyataan hari ini, menteri itu berkata dakwaan itu adalah satu kenyataan jahat
berupa fitnah dan menyimpang daripada fakta sebenar.
"Jika
tidak, saya akan memulakan tindakan saman fitnah dan malu melalui peguam saya
kerana tindakan ini benar-benar telah menjatuhkan maruah dan kredibiliti
saya," kata Jamil Khir.
Berikut
adalah kenyataan penuh Jamil Khir:
"Merujuk
kepada kenyataan media Akmal Nasir (Pengarah National Oversight and
Whistleblowers (NOW) merangkap Ketua Cabang Keadilan Johor Bharu) pada 13
November 2015.
Sesungguhnya
dakwaan yang mengatakan saya menyalahgunakan duit anak yatim dan miskin yang
diperoleh daripada hasil sumbangan orang ramai bagi membiayai perjalanan ke
luar negara bersama isteri, main golf dan lawatan ke pusat membeli belah adalah
satu kenyataan jahat berupa fitnah dan menyimpang (misleading) daripada fakta
sebenar.
Kunjungan
saya selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 21 – 29 Mei 2014 adalah
bagi memenuhi jemputan program yang dianjurkan oleh agensi-agensi di bawah
seliaan saya terutamanya YaPEIM dengan kerjasama Kedutan Malaysia di Amerika
Syarikat dan Education Malaysia (EM) Chicago sempena Mid West Game yang
menghimpunkan lebih 1,000 orang pelajar daripada Amerika Syarikat dan Kanada.
Melalui
strategi penganjuran bersama secara "Strategi Lautan Biru" khususnya
yang melibatkan peserta Skim Anugerah Kecemerlangan Pelajar Nasional (SANTUN)
tajaan YaPEIM dan beberapa kumpulan sasaran lain yang berada di seluruh Amerika
Syarikat dan Kanada, beberapa program besar telah diatur dan dilaksanakan.
Program-program
tersebut melibatkan kursus kepada pelajar yang memfokuskan aspek motivasi
Kenegaraan dan Keusahawanan; Simposium Perdana Perkahwinan Kekeluargaan,
Pengurusan dan Isu-isu Semasa Negara; Kursus Pra Perkahwinan bagi membantu
pelajar-pelajar memenuhi syarat perkahwinan JAWI; Kelas Pengajian untuk
isteri-isteri dan Kakitangan Wanita Kedutaan; menyampaikan sumbangan kepada
pelajar cemerlang yang tidak berkemampuan dan pertemuan bersama
usahawan-usahawan Malaysia. Program dan pertemuan ini melibatkan pelbagai
kumpulan sasaran yang diadakan di Indianapolis dan Washington DC, Amerika
Syarikat.
Bersempena
dengan perasmian Mid West Game di Amerika Syarikat itu juga, beberapa acara
sukan telah dianjurkan oleh Education Malaysia (EM) di Indianapolis termasuklah
acara golf yang dikelolakan secara bersama dengan pihak Kedutaan Malaysia AS di
Washington yang saya turut terlibat bersama TYT Duta dan kakitangan kedutaan.
Justeru
dakwaan kononnya program saya di AS lebih bersifat bersuka-ria menggunakan dana
anak yatim adalah satu fitnah yang besar dan cubaan untuk menjatuhkan
kredibiliti dan maruah saya selaku Menteri di Jabaran Perdana Menteri.
Adalah
tidak adil hanya mempamerkan dokumen yang mengelirukan dan tidak menggambarkan
keseluruhan program melibatkan saya.
Adalah
menjadi sebahagian tugas dan tanggungjawab saya selaku Menteri di JPM bagi
memenuhi jemputan rasmi kedutaan apatah lagi program yang dianjurkan oleh
agensi-agensi di bawah tanggungjawab saya.
Segala
perjalanan dan kegiatan rasmi saya ditanggung oleh agensi berkenaan mengikut polisi
dan tatacara kewangan agensi berkaitan. Tiada apa yang perlu disembunyikan
kerana segalanya mengikut prosedur dan tatacara yang ditetapkan.
Saya
sentiasa terbuka dan bersedia memberi kerjasama sepenuhnya dengan mana-mana
pihak berkuasa untuk disiasat sekiranya benar wujudnya salah laku yang
melibatkan diri saya atau agensi di bawah seliaan saya.
Dengan
ini, saya menuntut Akmal Nasir, Pengarah NOW dan The Malaysian Insider menarik
balik segala dakwaan dan fitnah jahat yang dibuat serta memohon maaf secara
terbuka dalam tempoh 24 jam.
Jika
tidak, saya akan memulakan tindakan saman fitnah dan malu melalui peguam saya
kerana tindakan ini benar-benar telah menjatuhkan maruah dan kredibiliti saya.”
Ini
merupakan pendedahan kali keempat dakwaan salahguna wang rakyat timbul yang
melibatkan yayasan di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri itu.
Sebelum
ini, NOW mendedahkan ia terlibat menggunakan dana yayasan itu bagi aktiviti berkaitan
pilihan raya kecil (PRK) Rompin tahun ini.
Yapeim
ditubuhkan pada Oktober 1976 untuk memfokuskan kepada kerja kebajikan melalui
pendekatan membangunkan ekonomi Islam dengan melibatkan diri dalam sektor
perniagaan.
Pelik bin
Hairan ialah, bagaimana invois itu boleh
terlepas ke tangan Akmal? Juga apakah invois itu salinan asli?