"Ketika bersama Pakatan Rakyat sebelum ini PAS turut menyumbang ke arah kemenangan DAP di negeri itu walaupun PAS hanya mempunyai sebuah kerusi dewan negeri, iaitu Permatang Pasir."
- Setiausaha Agong PAS, Datuk Takiyuddin Hassan
Akhirnya selepas merasakan ia bagaikan 'melukut di tepi gantang', PAS umumkan jadi pembangkang di Pulau Pinang.
Baguslah kalau sudah sedar 'nasib untung berkahwin dengan DAP'
Ia juga sebagai susulan
hampir 300 anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK)
daripada PAS dipecat di negeri berkenaan.
Bukan letak jawatan atau menarik dirilah tu! Kenyataan PAS Kepala Batas sebelum ini tidak betullah.
Menurut
PAS, langkah kerajaan Pakatan Harapan
itu tidak memberikan manfaat kerana mungkin tiada pengganti bagi membolehkan
kelangsungan perkhidmatan kepada rakyat.
PAS megatakan,
ketika bersama Pakatan Rakyat sebelum ini parti itu turut menyumbang ke arah
kemenangan DAP di negeri itu walaupun PAS hanya mempunyai sebuah kerusi dewan
negeri, iaitu Permatang Pasir yang disandangoleh Datuk
Mohd Salleh Man Mat Aji.
Tanda-tanda PAS akan menjadi pembangkang terserlah apabila pada 16 November lalu, Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah (BN-Teluk Bahang) meminta Speaker
DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang menentukan kedudukan kerusi ADUN
berkenaan.
Langkah itu perlu kerana Salleh Man bukan lagi berada dalam
gabungan kerajaan Pakatan Harapan yang diwujudkan oleh kerajaan negeri.
Mohd Yusni |
Beliau berkata, PAS hanya menyertai PR dan berikutan perubahan gabungan
baharu yang memasukkan Parti Amanah Negara (AMANAH), kedudukan ADUN PAS itu sepatutnya sudah diubah.
Salleh
Man pula menafikan desas desus kononnya dia akan meninggalkan PAS dan menyertai
AMANAH.
“Saya menafikan
akan meninggalkan PAS dan akan sertai AMANAH. Saya adalah Adun Pas dan ahli kerajaan.
Saya akan bersama dengan Kerajaan Pulau Pinang,” katanya kepada media ketika
ditemui di luar dewan di Sidang DUN 16 November lalu.
Bercakap
dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini, Setiausaha Agong PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menafikan akan menyertai UMNO, sebuah lagi
parti pembangkang di Pulau Pinang.
Timbalan
Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Rashid Hasnon semalam menjelaskan anggota PAS
yang memegang jawatan dalam JKKK, yang baru-baru ini melepaskan jawatan,
sebenarnya dipecat.
Katanya,
kekosongan itu akan digantikan dengan anggota parti serpihan PAS, Parti Amanah
Negara (AMANAH), yang juga sekutu baru DAP dan PKR di peringkat kebangsaan.
Rashid
berkata kerajaan negeri telah mulakan proses menamatkan perkhidmatan anggota
PAS itu kerana mereka tidak dapat melaksanakan dasar-dasar kerajaan Pakatan
Harapan di Pulau Pinang.
Beliau
berkata keputusan itu membabitkan 293 anggota JKKK. Setiap jawatankuasa
mempunyai kira-kira 15 anggota.
Mengenai
isu JKKK berkenaan, PAS negeri berkata Kerajaan Pulau Pinang berbohong
berhubung pemecatan 300 ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Komuniti
(JKKK) di kalangan ahli PAS di Parlimen Kepala Batas.
Ketua
Penerangan PAS negeri, Mohd Yusni Mat Piah berkata, kenyataan yang dikeluarkan
Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd Rashid Hasnon berhubung surat pemecatan
yang diserahkan kepada 300 ahli JKKK sama sekali tidak benar.
"PAS negeri berharap Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang tidak berbohong kepada rakyat
kononnya 300 ahli JKKK dari kalangan ahli dan pemimpin Pas telah dipecat
sepanjang Oktober lalu. Ini kerana, ramai di kalangan mereka tidak menerima
surat pemecatan dari Kerajaan Pulau Pinang.
"Jika
tidak serahkan surat pemecatan, kenapa sanggup berbohong mengatakan semua 300
ahli JKKK itu dipecat? Lebih mengecewakan, Kerajaan Pulau Pinang dilihat
seolah-olah 'segan silu' menafikan tindakan meletak jawatan oleh JKKK dari
kalangan ahli dan pemimpin Pas," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Menurutnya,
Pas negeri bersedia memberi rekod sebenar jumlah ahli Pas yang menjadi ahli
JKKK di negeri ini.
"Kerajaan
Pulau Pinang tidak memaklumkan jumlah sebenar ahli JKKK di kalangan ahli Pas.
Kenapa hanya 300 JKKK sahaja dimaklumkan dipecat, sedangkan rekod sebenar
menunjukkan 1,083 ahli PAS negeri yang berkhidmat dan terlibat dengan JKKK.
"Kenapa
783 orang lagi dibiarkan? Adakah disembunyikan kuota PKR dan DAP? Di sesetengah
tempat, semua JKKK itu adalah ahli PAS yang memegang jawatan Pengerusi,
Setiausaha serta seluruh ahli jawatankuasanya. Jika Kerajaan Pulau Pinang tiada
rekod terperinci, saya bersedia mendedahkannya nanti," katanya.
Mohd
Yusni berkata, PAS negeri sudah lama mengambil keputusan untuk tidak
bersama-sama Kerajaan Pulau Pinang selepas mengisytiharkan sebagai Kerajaan
Pakatan Harapan.
"Pas
negeri dari awal lagi iaitu sejak penubuhan Kerajaan Pakatan Harapan telah
mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama-sama di dalam pentadbiran kerajaan
negeri. Bukan sahaja di kalangan pengerusi dan setiausaha JKKK malah di
kalangan semua peringkat jawatankuasa di semua kawasan yang terlibat.
"Kenyataan
Mohd Rashid mengatakan 300 ahli JKKK PAS dipecat dan digantikan dengan
pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) tidak relevan lagi kepada PAS negeri.
Bagi
mewakili PAS negeri, saya berharap Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang lebih
telus serta lebih berintegriti dalam urusan tadbir mereka," katanya.
Mohd
Yusni berkata, tindakan Mohd Rashid mengeluarkan kenyataan berhubung pemecatan
ahli JKKK itu menyerlahkan sisi yang tidak baik dan tidak bertanggungjawab,
jauh dari realiti sebenar yang sedang berlaku di Pulau Pinang.
Peguam
yang juga Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin. bagaimanapun berkata tindakan
kerajaan negeri Pulau Pinang memecat Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan
Komuniti (JKKK) daripada Pas adalah hak kerajaan negeri.
Hanipa
berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I,
Mohd Rashid Hasnon yang mengatakan JKKK dari kawasan pilihan raya yang
ditandingi oleh Pas ditamatkan perkhidmatan mereka bulan lalu.
Hanipa
berkata tindakan itu selaras dengan pendirian kerajaan Pulau Pinang kini yang
diterajui oleh kerajaan Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP, PKR dan
Amanah.
"Kita
tidak boleh hendak buat apalah, kerajaan negeri berhak untuk mengantikan
mana-mana orang yang dipecat sebab Pakatan Rakyat sudah tiada lagi, kerajaan
Pulau Pinang umum kini menerajui kerajaan Pakatan Harapan.
"Dalam
Pakatan Harapan ini Pas tiada, oleh itu macam mana Pas hendak berada
dalam itu, saya rasa ia lebih kepada soal polisi kerajaan negeri itu,"
katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.
Takiyuddin
menjelaskan, dengan apa yang berlaku sekarang, PAS akan bertindak sebagai
pembangkang di negeri Pulau Mutiara itu.