Tuesday, September 25, 2012

KAWAN ANWAR YANG ‘BERSUBAHAT MAHU MENJATUHKAN KERAJAAN’ ORANG ASING ATAU TEMPATAN?


 Alangkah bagusnya kalau kita dapat kawan seperti kawan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tanpa ada ‘apa-apa kepentingan’ dia pinjamkan jet peribadi yang berharga USD$39 juta atau kira-kira RM 119Juta. Senang-senang atau buta-buta sahaja dia bagi pinjam, seperti pinjamkan kereta bernilai RM39,000.

Hakikatnya, orang kaya dia tidak hairan! Malah Anwar mengatakan tiada ikatan apa-apa mengenai pinjaman jet peribadi itu. Anwar menyebut orang ini tiada kepentingan.

Golongan proYahudi yang dikaitkan dengan Anwar pun tidak pernah mengatakan mengatakan ada kepentingan.

George Soros ada mengatakan dia ada kepentingan di negara ini apabila mengganggu-guat ekonomi Malaysia pada 1998.

Malah, membantu NGO dengan duitnya, adakah Soros mengatakan beliau ada kepentingan. Siapa nak beritahu dia ada kepentingan tertentu secara terbuka apabila membantu pembangkang?

Yang pasti orang itu tahu bahawa jet peribadi itu adalah untuk kempen Anwar bagi menang pilihan raya umum akan datang dan ‘menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional yang ada’.

Jadi, kawan Anwar ini dengan kata lain - tahu, bersubahat dan turut mahu menjatuhkan kerajaan yang ada – dan wajar kita tahu SIAPA DIA.

Cerita mengenai jet peribadi digunakan Datuk Seri Anwar Ibrahim pertengahan bulan lalu yang turut ditumpang beberapa pemimpin PAS dan PKR lain semakin menarik.

Ketua Pembangkang itu nafi ia milik peribadinya dan mengatakan milik rakannya tanpa mahu menamakan siapa. Dia cuba sorok siapa rakannya. Hakikatnya, tidak perlu nak disorokkan siapa pemilik jet peribadi yang digunakan.

Jawapannya sudah ada:

The private jet is operated by Bresnan International Aviation of White Plains, New York. It’s an aircraft charter outfit and is the only aircraft they operate. The aircraft owner is registered under Wells Fargo Bank Northwest, Salt Lake City. Either this Dassault Falcon 900 with the registration N990BB belongs to an American friend of Anwar Ibrahim or some rich fat cat is paying for the rental. 

Anwar menegaskan bahawa jet peribadi yang digunakannya dalam kempen di Sabah dan Sarawak tengah bulan ini bukanlah miliknya tetapi milik 'rakannya'.

Yang menarik mengenai rakannya ini menurut mulut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sendiri ialah: “Pemilik jet itu membenarkan saya menggunakan jet itu kerana ingin membantu memandangkan di ketika itu saya amat memerlukan penggunaan jet tersebut…jet tersebut digunakan untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Labuan, Kota Kinabalu, Kuching dan kembali ke Kuala Lumpur.”

 Anwar mengatakan bertanya dahulu kepada pemilik jet itu adakah dia berbuat baik kerana mempunyai kepentingan memiliki tanah di negeri bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) 'rakannya' itu menafikannya.

Dengan kata lain, Anwar menafikan sebarang dakwaan yang mengaitkan wujudkan unsur rasuah disebalik penajaan jet peribadi tersebut.

"Saya semak jika wujud unsur berkepentingan di Selangor, tapi tak ada. Saya bimbang juga kalau dia nak tanah atau kontrak di Selangor...tapi tak ada," katanya.

“Bantuan itu tidak terikat dengan apa-apa dan sekiranya saya diberikan peluang selepas ini untuk menggunakan bagi kempen pilihan raya, ia memang sangat diperlukan. Kalau boleh saya mahu pinjam lagi, “katanya.

Cerita ini semakin menarik!!!

APAKAH NGEH YANG BIADAP ITU AKAN DIDAKWA?

 
 "Kita akan kumpul dan teliti setiap laporan polis yang diterima berdasarkan sudut-sudut yang tertentu. Dalam masa yang sama kita sediakan cadangan untuk dirujuk kepada Ketua Unit Pendakwaan untuk menentukan kes ini perlu disiasat atau pun tidak."  - Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahalan

Polis Perak akan menyerahkan kertas cadangan kepada Ketua Unit Pendakwaan negeri Perak berhubung laporan polis yang dibuat terhadap kenyataan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang didakwa mempertikai bantahan umat Islam terhadap filem 'Innocence of Muslims' dalam masa terdekat.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahalan berkata, kertas cadangan itu diserahkan kepada unit berkenaan untuk tindakan lanjut bagi menentukan sama ada kes yang membabitkan Ngeh itu akan terus disiasat atau sebaliknya.

"Kita akan kumpul dan teliti setiap laporan polis yang diterima berdasarkan sudut-sudut yang tertentu. Dalam masa yang sama kita sediakan cadangan untuk dirujuk kepada Ketua Unit Pendakwaan untuk menentukan kes ini perlu disiasat atau pun tidak," katanya di Ipoh semalam.

Kita harapkan ada tindakan sewajarnya terhadap Ngeh kerana sudah ada 237 laporan dan dijangka masih ada laporan yang akan dibuat berhubung kes itu.

Pihak yang bertanggungjawab dalam isu seperti ini hendaknya jangan takut atau cuba menyelamatkan seorang ahli politik yang biadap seperti ini di sebalik bantahan orang Islam.

Jangan menguji kesabaran umat Islam di Malaysia dalam perbuatan menghina Islam dan polis serta pihak teretntu perlu sensitif juga kepada tuntutan ramai seperti ini.

Dalam tweetnya, Ngeh dikatakan mempersoal hasrat ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk mengadakan bantahan terhadap penerbitan filem itu dan bertanya sama ada umat Islam membuang terlalu banyak masa dan tenaga berkaitan isu itu.

Filem anti-Islam 'Innocence of Muslims' yang menghina Nabi Muhammad S.A.W. dan agama Islam, arahan Sam Bacile, 52, dari California yang disiarkan dalam laman YouTube, mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

Selepas membuat permohonan maaf Ngeh dalam laman tweeter membuat kenyataan yang berbunyi "No hope for Umno. Their best brains Zambry & Khairy so low std. People who read my tweet will have only disdain for them" (Tiada harapan buat UMNO. Orang mereka sebijak Zambry dan Khairy rendah standardnya. Mereka yang membaca tweet saya hanya akan membenci mereka).

Reaksi Dr Zambry ialah membidas Ngeh kerana tetap mengkritik Barisan Nasional (BN) dan Umno walaupun telah memohon maaf terhadap kenyataannya sebelum ini, yang mempertikaikan bantahan umat Islam terhadap filem 'Innocence of Muslims'.

"Saya lihat kenyataannya menerusi laman twitter terbarunya itu terlalu peribadi dan tidak bertanggungjawab," sambil menganggap Ngeh terlalu marah terhadapnya sehingga mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Apa yang saya katakan itu bukan soal manipulasi tetapi adalah bersuara untuk mempertahankan agama. Dia sendiri yang telah bawa martabatnya terlalu rendah dengan mengeluarkan kenyataan itu," katanya.

Beliau berkata Ngeh perlu ingat bahawa kenyataannya sebelum ini mengenai isu filem 'Innocence of Muslims' menerusi laman twitternya boleh dilihat oleh semua orang.

Dua hari lepas, Ngeh menerusi laman twitternya didakwa mengeluarkan soalan bantahan itu sebagai provokasi terhadap reaksi kepada hasrat Khairy bergabung dengan Dewan Pemuda PAS mengadakan protes terhadap filem arahan Sam Bacile itu yang menghina dan memfitnah Nabi Muhammad SAW.

Malah permohonan maaf Ngeh melalui media berhubung kenyataan kontroversinya di laman Twitter tidak cukup untuk meredakan kemarahan umat Islam di negara ini.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Beruas itu perlu menunjukkan keikhlasan permohonan maafnya itu dengan meminta maaf secara bersemuka dengan pemimpin setiap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berasaskan Islam di negara ini.

Yang Dipertua (YDP) Kelab Rekreasi Sukan Bermotor Selinsing (Krisbes), Mohd Noor Dawoo berkata, tindakan biadab Koo Ham seolah-olah cuba menguji kesabaran umat Islam di negara ini selain mengkaji sejauh mana kekuatan dan perpaduan umat Islam dan kaum Melayu.

Sementara beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di Pulau Pinang mendesak DAP memecat Ngeh. Wakil NGO berkenaan Salleh Ismail, yang juga Pengerusi Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, berkata DAP yang memperjuangkan demokrasi sepatutnya mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin mereka itu (Ngeh), yang memperlekeh dan mempersenda agama lain.

Antara NGO yang terlibat ialah Pertubuhan Dakwah dan Islamiah Malaysia (Pekida), Persatuan Al-Ehsan, Persatuan Melayu Tanjung dan Pertiga.