Tuesday, September 25, 2012

APAKAH NGEH YANG BIADAP ITU AKAN DIDAKWA?

 
 "Kita akan kumpul dan teliti setiap laporan polis yang diterima berdasarkan sudut-sudut yang tertentu. Dalam masa yang sama kita sediakan cadangan untuk dirujuk kepada Ketua Unit Pendakwaan untuk menentukan kes ini perlu disiasat atau pun tidak."  - Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahalan

Polis Perak akan menyerahkan kertas cadangan kepada Ketua Unit Pendakwaan negeri Perak berhubung laporan polis yang dibuat terhadap kenyataan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang didakwa mempertikai bantahan umat Islam terhadap filem 'Innocence of Muslims' dalam masa terdekat.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahalan berkata, kertas cadangan itu diserahkan kepada unit berkenaan untuk tindakan lanjut bagi menentukan sama ada kes yang membabitkan Ngeh itu akan terus disiasat atau sebaliknya.

"Kita akan kumpul dan teliti setiap laporan polis yang diterima berdasarkan sudut-sudut yang tertentu. Dalam masa yang sama kita sediakan cadangan untuk dirujuk kepada Ketua Unit Pendakwaan untuk menentukan kes ini perlu disiasat atau pun tidak," katanya di Ipoh semalam.

Kita harapkan ada tindakan sewajarnya terhadap Ngeh kerana sudah ada 237 laporan dan dijangka masih ada laporan yang akan dibuat berhubung kes itu.

Pihak yang bertanggungjawab dalam isu seperti ini hendaknya jangan takut atau cuba menyelamatkan seorang ahli politik yang biadap seperti ini di sebalik bantahan orang Islam.

Jangan menguji kesabaran umat Islam di Malaysia dalam perbuatan menghina Islam dan polis serta pihak teretntu perlu sensitif juga kepada tuntutan ramai seperti ini.

Dalam tweetnya, Ngeh dikatakan mempersoal hasrat ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk mengadakan bantahan terhadap penerbitan filem itu dan bertanya sama ada umat Islam membuang terlalu banyak masa dan tenaga berkaitan isu itu.

Filem anti-Islam 'Innocence of Muslims' yang menghina Nabi Muhammad S.A.W. dan agama Islam, arahan Sam Bacile, 52, dari California yang disiarkan dalam laman YouTube, mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

Selepas membuat permohonan maaf Ngeh dalam laman tweeter membuat kenyataan yang berbunyi "No hope for Umno. Their best brains Zambry & Khairy so low std. People who read my tweet will have only disdain for them" (Tiada harapan buat UMNO. Orang mereka sebijak Zambry dan Khairy rendah standardnya. Mereka yang membaca tweet saya hanya akan membenci mereka).

Reaksi Dr Zambry ialah membidas Ngeh kerana tetap mengkritik Barisan Nasional (BN) dan Umno walaupun telah memohon maaf terhadap kenyataannya sebelum ini, yang mempertikaikan bantahan umat Islam terhadap filem 'Innocence of Muslims'.

"Saya lihat kenyataannya menerusi laman twitter terbarunya itu terlalu peribadi dan tidak bertanggungjawab," sambil menganggap Ngeh terlalu marah terhadapnya sehingga mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Apa yang saya katakan itu bukan soal manipulasi tetapi adalah bersuara untuk mempertahankan agama. Dia sendiri yang telah bawa martabatnya terlalu rendah dengan mengeluarkan kenyataan itu," katanya.

Beliau berkata Ngeh perlu ingat bahawa kenyataannya sebelum ini mengenai isu filem 'Innocence of Muslims' menerusi laman twitternya boleh dilihat oleh semua orang.

Dua hari lepas, Ngeh menerusi laman twitternya didakwa mengeluarkan soalan bantahan itu sebagai provokasi terhadap reaksi kepada hasrat Khairy bergabung dengan Dewan Pemuda PAS mengadakan protes terhadap filem arahan Sam Bacile itu yang menghina dan memfitnah Nabi Muhammad SAW.

Malah permohonan maaf Ngeh melalui media berhubung kenyataan kontroversinya di laman Twitter tidak cukup untuk meredakan kemarahan umat Islam di negara ini.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Beruas itu perlu menunjukkan keikhlasan permohonan maafnya itu dengan meminta maaf secara bersemuka dengan pemimpin setiap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berasaskan Islam di negara ini.

Yang Dipertua (YDP) Kelab Rekreasi Sukan Bermotor Selinsing (Krisbes), Mohd Noor Dawoo berkata, tindakan biadab Koo Ham seolah-olah cuba menguji kesabaran umat Islam di negara ini selain mengkaji sejauh mana kekuatan dan perpaduan umat Islam dan kaum Melayu.

Sementara beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di Pulau Pinang mendesak DAP memecat Ngeh. Wakil NGO berkenaan Salleh Ismail, yang juga Pengerusi Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, berkata DAP yang memperjuangkan demokrasi sepatutnya mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin mereka itu (Ngeh), yang memperlekeh dan mempersenda agama lain.

Antara NGO yang terlibat ialah Pertubuhan Dakwah dan Islamiah Malaysia (Pekida), Persatuan Al-Ehsan, Persatuan Melayu Tanjung dan Pertiga.

3 comments:

  1. Salam

    Hang kisah sangat kalau puak Dap buat kenyataan macam tu tapi kalau puak malaun mca dan umno dok cerca pasal agama islam kamu tak bising tak buat laporan polis pun. Ini pembela islam taik kucing nama, bau busuk masa panas2 aje.

    Sampai mampos pun aku tak percaya kalau puak2 umno ni nak pertahan nabi dan islam.

    MAMPOS BN HIDUP ISLAM

    ReplyDelete
    Replies
    1. che awe donde..
      ye ke puak2 umno ni tak pertahankan nabi? mana kau tahu? ada 3 juta ahli umno kat malaysia ni? semuanye tak pertahankan rasulullah? habis tu..cina/india pertahankan nabi ke?
      apalah bodohnya kau ni...pas je yg islam? ahli umno tak masuk suyurga? mana kau tau? org umno tak solat? tak puasa? tak pergi haji? tak mengucapkan dua kalimah shahadah?
      tu le masalah pembangkang ni..berpolitik boleh, tp bab akidah..selagi kau seorang islam..jika rasulullah dihina, ia adalah menjangkau politik duniawi..ada faham? kalau tak..mengucaplah dulu..

      Delete
    2. Salam

      Bukan sepenuhnya maksud kawe. Cuma yang kawe rasa terkilan jika ada kenyataan yang menguris hati orang islam dan ugama islam itu sendiri datang dari puak atau pemimpin bn atau umno atau mca puak yang dok sangat pejuang islam ni senyap sepi kenapa, kerana bukan puak pembangkang yang buat. Tapi cuma kenyataan itu keluar dari mulut pembangkang maka bepuluh laporan polis akan dibuat. Jadi kenapa tindakan sebegitu tak dibuat juga kalau kenyataan hina agama islam dibuat oleh pemimpin parti pemerintah. Sebab itulah kawe susah nak percaya kalau nak harap puak umno jenis ni nak pertahankan agama. Kalau yang sayang dan perjuangkan agama dalam umno lama kelamaan akan pupus seperti ustaz firdaus bekas iman besar masjid negara. Fikir fikirkan lah saudara ada mata tengok, ada telinga dengar, ada otak kaji

      wasalam

      Delete