Mulai pagi ini kita akan menyaksikan pula sekumpulan mahasiswa universiti bermain politik dan mencabar polis.
Apabila pelajar universiti mula berpolitik dengan cara kekerasan dan cuba menunjukkan kekuatan, ia tidak baik untuk suasana politik dan kampus di negara ini.
Jelas bahawa polis kini berdepan dengan keadaan yang tidak selesa dan tindakan pelajar untuk membuat kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) tidak akan meletakkan jabatan itu pada kedudukan yang baik.
Sudah pasti ada pihak di belakang mahasiswa berkenaan, bukan sahaja dalam tindakan mereka untuk ke Suhakam tetapi juga tindakan sebelum ini yang ada kaitan dengan kes contengan “bini puaka”.
Seorang pelajar Universiti Malaya mendakwa dia diugut dengan pistol polis sewaktu ditahan berhubung kes contengan "bini puaka" selain cubaan membakar di sebuah dewan kuliah, hujung bulan lalu.
Dikatakan anggota polis yang berpakaian biasa itu, tanpa menunjukkan kad kuasanya dan juga waran tangkap, menayangkan senjata apinya yang terselit di pinggang.
Ia dilakukan sewaktu Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli ditangkap di rumah sewanya di Kampung Kerinchi, 25 Jun lalu.
Mohd Syahruldeen yang dituduh bersama rakannya Mohd Izzuddin Hilmi Mohamad Zaini akan dibicarakan 7 Disember depan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Persoalannya, kenapa kedua-dua mahasiswa ini membiarkan diri mereka sehingga berada pada kedudukan sedemikian?
Untuk pihak siapa mereka menggadaikan diri mereka sehingga terjerumus dalam kancah bekenaan?
Dengan menconteng dinding dengan perkataan seperti “C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" , ia bukan sahaja suatu tuduhan berat dan perbuatan menulis di dinding itu sendiri sewajarnya bukan perbuatan mereka yang bergelar siswa.
Bukan itu sahaja, selain menconteng, mereka juga dituduh menyimbah petrol di permaidani merah yang bakal dilalui oleh Datin Seri Rosmah Mansor.
Selain menconteng, mereka juga dituduh menyimbah petrol di permaidani merah yang bakal dilalui oleh isteri Datuk Seri Najib Razak.
Rosmah sering diburuk-burukkan dengan label nama wanita Mongolia yang mati dibunuh menggunakan bom plastik C4. Beliau bagaimanapun menafikannya.
Sementara label liar "puaka" dipercayai ada kaitan dengan tiga klip video di internet yang melemparkan pelbagai tuduhan, termasuk melupakan adik angkat dan anak sendiri, selain kampung halamannya.
Dikatakan, sekumpulan mahasiswa akan membuat aduan berhubung perkara itu kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) jam 10 pagi ini.
Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Hilman Idham memberitahu Malaysiakini semalam, kedua-dua tertuduh kes tersebut dijangka turut serta membuat laporan.
"Tidak sepatutnya berlaku perkara tersebut, polis ada etika dan cara untuk menjalankan soal siasat," katanya semalam.
Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen dituduh mengikut Seksyan 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan berhubung insiden awal pagi 24 Jun lalu, beberapa jam sebelum isteri perdana menteri Rosmah Mansor hadir untuk satu program di dewan berkenaan.
Mereka didakwa cuba melakukan perbuatan khianat di pintu dewan kuliah utama Akademi Pengajian Islam (API).
Kedua-duanya pelajar tahun dua jurusan syariah API Univerisiti Malaya.
Menurut Hilman lagi, selain aduan berhubung kes tersebut, kumpulan mahasiswa tersebut turut membuat aduan berhubung penahanan tujuh mahasiswa, termasuk dua wanita pada Jumaat lalu.
Mereka ditahan berhubung perhimpunan untuk menyerahkan memorandum kepada kedutaan Thailand bagi membantah keganasan terhadap rakyat Islam Thailand di selatan negara itu.
Selain itu, tambah Hilman, aduan itu juga berkaitan penahanan dua aktivis Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (Dema) yang didakwa menceroboh Universiti Malaya, 12 Julai lalu.
Kedua-dua pelajar tersebut – setiausaha Dema, Ong Jing Cheng dan penyelaras pelajar Dema Yap Heng Lung – ditahan di kampus kira-kira jam 9 malam.
Mereka ditahan reman selama dua hari.
Selain KAMI dan Dema, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) akan hadir di pejabat Suhakam di Jalan Raja Laut.
No comments:
Post a Comment