Pelakon Hindi terkenal, Shah Rukh Khan akan menerima pingat dengan memakai samping songket berharga RM3,000 bermotif bunga kesidang, berwarna hitam dan diikat stail Allahyarham P.Ramlee, esok.
Samping songket rasmi negeri Melaka bermotif bunga kesidang itu belum pernah dipakai oleh mana-mana penerima gelaran ‘Datuk’ sebelum ini.
Samping itu akan diikat oleh pihak Institut Seni Malaysia Melaka (ISMA), yang juga menaja samping berkenaan manakala persalinan baju Melayu disediakan oleh pereka dan penaja baju dari butik Sovereign Wear Sdn Bhd.
Anugerah itu nanti akan disampaikan oleh Yang Di Pertua Negeri Melaka Tun Mohd. Khalil Yaacob di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka pada pukul 10 pagi dengan disaksikan oleh 1,000 orang tetamu kehormat.
Pengerusi Jawatan Kuasa Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Pengguna Melaka, Datuk Kapt (B) Ab. Karim Sulaiman mengesahkan hal itu Khamis lalu.
Ab. Karim ditugaskan untuk mengiringi Shah Rukh Khan semasa upacara tersebut berlangsung nanti.
Shah Rukh yang dianugerahkan gelaran‘Datuk’ pada Oktober tahun ini juga bakal mengenakan baju Melayu cekak musang berbutang lima ketika menerima anugerah Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka pada pukul 10 pagi esok.
Baju Melayu Shah Rukh itu akan menggunakan fabrik ‘Italian crepe’ berwarna hitam bersama songkok.
Harga baju Melayu tersebut dianggarkan berharga dalam lingkungan RM550 sepasang kerana fabriknya berharga RM85 semeter.
Shah Rukh Khan khabarnya teruja hendak menyarungkan pakaian tradisional Melayu Sabtu ini.

Samping Datuk Shah Rukh Khan diuat oleh industri Tenunan Songket Melaka. Syabas Melaka
ReplyDeletebaru-baru ni sempena cuti sekolah sempat juga saya membawa keluarga bercuti selama 5 hari di melaka..sejak shah rukh khan dapat gelaran datuk ni tetiba je teringin nak melancong ke sana..
ReplyDeletedalam pemerhatian saya, agak ramai juga pelancong berbangsa india dan melihat pada gaya mungkin mereka bukan india dari malaysia.
apa pun ia strategi yang berkesan oleh melaka untuk menarik pelancong datang kesana..