Friday, December 5, 2008

BARU KENA SERANG, DAH GELABAH

Tahniah Mukhriz, itu tandanya menyerang bukan asyik mahu ‘menjelas’ atau ‘menerang’ seperti Kementerian Penerangan.

Sesekali baik juga kita ‘lepas peluru terlebih dahulu ’ untuk melihat warna sebenar pembangkang dan NGO.

Jelas kini kepada mereka, bila sentuh sikit, kita sudah dianggap perkauman tetapi bagaimana kenyataan-kenyataan mereka yang memperleceh dan memperkecilkan orang Melayu dan Bumiputera lainnya?

Apakah orang Melayu jenis bukan bangsa rasional dan tidak pandai marah atau sakit hati terhadap kenyataan berbaur perkauman?

Saya melihat dalam konteks Mukhriz ini beliau memberikan alternatif kepada sistem pendidikan kini selain menguji sejauh mana reaksi ‘orang lain’ apabila berdepan dengan cabaran besar kepada sistem yang mereka pulihara.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, badan-badan bukan kerajaan (NGO) khususnya daripada organisasi bukan Melayu menolak cadangan mewujudkan satu sistem pendidikan yang bertujuan untuk menyatupadukan rakyat selain mengelak polarisasi kaum di negara ini.

Mereka menyifatkan cadangan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir itu sebagai berbaur perkauman dan mahu sistem pendidikan sedia ada dikekalkan.

Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (UCSTAM) dan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (UCSCAM) dalam kenyataan bersama hari ini kesal dengan kenyataan Mukhriz itu yang disifatkan boleh menjejaskan perpaduan.

‘‘Kami meminta agar kerajaan mengambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab ini bagi mengelak perkara sedemikian berlaku lagi pada masa depan,’’ jelas kenyataan itu.

Ini baru syor satu perkara tetapi telah dirasakan boleh mengancam kepentingan mereka.

Persoalannya apakah kenyataan itu perkauman atau untuk kepentingan nasional?

Mukhriz tidak pun mempersoal ‘kehadiran bukan-Melayu’ atau ‘apa-apa yang berkaitan kerakyatan bukan-Melayu’ tetapi sekadar mengutarakan cara mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat dan mengelakkan polarisasi kaum.

Ketika ini bilangan sekolah jenis kebangsaan Cina ada 889, sekolah jenis kebangsaan Tamil (374), sekolah mubaligh (410) dan sekolah agama bantuan kerajaan (154). Sekolah kebangsaan pula ada 5,831.

Saya teruja dengan kata-kata POLITICA (http://politica-net.blogspot.com) apabila mengatakan tidak ada satu negara dalam dunia macam Malaysia. Dah ada sekolah kebangsaan, kerajaan izinkan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil diwujudkan.

Kata POLITICA: “Cuba buka mata-mata luas-luas. Cuba pasang telinga lebar-lebar. Di Indonesia tak ada sekolah Cina. Di London tak ada sekolah Cina. Di USA tak ada sekolah Cina. Di Jepun tak ada sekolah Cina.

Di Malaysia ada! Sebab apa? Nak tau sebabnya? Pasal orang Melayu baik hati sangat! Itu pun dia orang tak kenang budi. Bagi betis nak peha. Lepas tu panjat kepala!
Sebab itulah hari ini Mukhriz Mahathir teruk kena bedal. Dia cuma kata hapuskan sekolah jenis kebangsaan. Apa yang dia kata tak salah. Tapi pihak yang rasa pedas menyalak macam anjing gila.

Bukan itu saja. Sekolah wawasan yang diwujudkan oleh kerajaan pun diboikotnya. Kononnya anak Cina tak boleh campur dengan anak-anak keturunan lain. Apa punya alasan ni?

Bukankah ini ertinya puak ini anti-perpaduan?
Abdullah Badawi pun tak tegas. Kena tekan sikit, sekolah Cina yang dah ditutup pun diarah buka balik. Contohnya sekolah di pinggir Seksyen 17 PJ. Sekolah tu dah tutup beberapa tahun lalu. Waktu PRU12 ada masyarakat Cina desak minta sekolah tu dibuka semula. Abdullah pun arah Hishamuddin Hussein buka balik sekolah tu. Awal 2009 ni sekolah tu mula dibuka dan ambil pelajar semula. Apa punya cerita ni?”

Benar kata Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa kenyataan Ahli Jerlun berhubung sekolah satu aliran langsung itu tidak ada berbaur unsur perkauman.

Hishammuddin yang juga Menteri Pelajaran mengulas saranan Mukhriz, Isnin lalu, supaya kerajaan mewujudkan hanya satu sistem pendidikan yang berteraskan semangat kebangsaan bagi menyatupadukan rakyat dan mengelak polarisasi kaum di negara ini.

Dalam sistem pendidikan negara hanya ada aliran perdana iaitu sekolah kebangsaan dan aliran bantuan kerajaan. Aliran bantuan kerajaan merangkumi empat jenis iaitu sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah jenis kebangsaan Tamil, sekolah mubaligh dan sekolah agama bantuan kerajaan.

Kata Hishamuddin, “kalau nak kaitkan dengan perkauman, kita tengok sendiri empat jenis sekolah aliran bantuan kerajaan itu merangkumi semua kaum dan bangsa, tak mungkin ia boleh disalah tafsir begitu.

“Tapi pembangkang cuba membangkit dan mengaitkannya dengan perkauman... itu yang menimbulkan emosi dan keliru serta rasa tidak sedap hati," katanya.

Memang hasrat semua pihak baik, jika ada satu aliran tapi kalau nak mempolemik dan mengaitkannya dengan perkauman, itu tak ada asas langsung, kata Menteri berkenaan.

Apa yang Mukhriz kata ialah ialah menerusi sistem pendidikan yang dicadangkannya, semua sekolah pelbagai jenis akan diserap melalui entiti tunggal dengan bahasa Melayu sebagai perantaraan kecuali bagi Sains dan Matematik yang diajar dalam bahasa Inggeris.

Kalau inipun dianggap perkauman, apa lagi bentuk cadangan orang Melayu yang ‘lebih lembut’ wajar dituturkan?

4 comments:

  1. Seharusnya kita puak-puak melayu dan pemimpin melayu gempur secara besar-besaran puak-puak ngo cina ni. Biar puak cina gempur dengan ekonomi pun tak pe. Kita orang melayu boleh hidup dengan apa yang ada. Kalau nak berperang "no hal" punya.jangan ada pemimpin melayu yang nak ikut rentak kaum cina demi nak satu calit undi masa pilihanraya....

    ReplyDelete
  2. Salam singgah,

    1. Jelas siapakah yang rasis siapakah yang bersikap perkauman? Kita orang melayu telah berusaha dan senantiasa menjaga hubungan baik sesama bangsa di Malaysia ini. Namun, kebaikan ini tidak pernah ditranspirasikan melalui sokongan, idea dan pendapat yang membina.

    2. Biarkan mereka-mereka ini terus melalak. Biarkan mereka-mereka ini mempertahankan sesuatu yang mereka fikir elok untuk bangsa mereka sedangkan lebih banyak faedah dan kebaikan bekerjasama dengan bangsa-bangsa lain dari kita duduk menyendiri makan kuaci.

    3. Saya percaya tahap kesabaran orang Melayu masih belum mencapai takat didih. Namun begitu, air kalau di jerang lama pasti masak juga kan?

    ReplyDelete
  3. Ini adalah antara dilema org melayu..
    Kalau dilihat dgn lebih teliti Nurul Izzah & Melayu dlm PKR sama2 senada dgn NGO mmbantah cadangan Mukhriz..

    Jgn hilang melayu didunia.. Jadi itu sbb org melayu kena bersatu utk pertahankan Hak Keistimewaan org Melayu

    ReplyDelete
  4. 1.Melayu yang tak akan hilang di dunia ialah Melayu pengecut.Melayu yang sedang memproses zuriatnya akan jadi abdi di negara sendiri.’The Malay Slavery’ in the making.

    2.senario PRU 12:kita fokuskan di KUala Trengganu.
    Sebenarnya UMNO sudah kalah di Parlimen Kuala Terengganu.Campur undi Mat Sabu dan Nenek.Buatlah kajian secara investigatif dan analitik. Undi yang nenek dapat itu adalah undi protes dari orang-orang UMNO.Dijelmakan atas kertas undi.Semuanya MELAYU.

    3.Toleransi dengan bangsa lain boleh. Melutut jangan. Dayus namanya.Selama ini pun dikawasan majoriti Cina UMNO tidak boleh menang.Peduli apa. Kuala Lumpur pernah menang ke? Pun begitu sebelum ini kita masih dapat majoriti banyak kerana melayu masih setia pada UMNO.Kenapa sudah tidak setia?

    4.Dimana pasukan R&D UMNO?Berapa orang anggotanya?Apa hasil kajiannya?Atau kalau ada digunakan untuk buat kajian siapa akan jadi Presiden,Timbalan presiden dan Naib-naib presiden.Berapa budget kena sediakan untuk mendapat jawatan.

    5.Ada Melayu dalam UMNO yang hendak perkasakan Melayu,Melayu dalam UMNO juga yang memulakan serangan untuk 'nyahkan'pejuang-pejuang Melayu sejati dalam UMNO dengan berbagai alasan.Kononnya rasis.

    Padanlah kalau ada Melayu yang jelmakan protes diatas kertas undi.

    6.Ada si dayus berkata'the rest of the people. MCA dan Gerakan akan diassociate dengan UMNO, for their own survival'.Dayusnya!!!! bangsaku.Kenapa? Takut bangsa-bangsa ini tidak akan menaja pemimpin UMNO yang 'berperang' sesama sendiri utuk berbagai jawatan dalam UMNO.

    7.Apabila Mukriz membela Melayu, ada suara sumbang yang mengatakan UMNO akan jadi"parti pariah". sebenarnya pemain-pemain yang sedang membikin UMNO "parti pariah" bukan Mukriz dan para Pejuang Melayu lain tetapi melayu-melayu bangsat mengejar pangkat dan bersedia menjual maruah bangsannya.

    8.Pemimpin UMNO sekarang:
    "Jangan ambil kesempatan!Ambillah semua kalau sempat".

    “Bangau O Bangau”….

    ReplyDelete