Sektor
pelancongan antara sektor terbesar di Malaysia, membentuk 13.7% atau RM168
bilion daripada seluruh ekonomi negara pada 2016 dengan 1.73 juta pekerjaan di
Malaysia disumbang secara terus atau tidak terus oleh sektor ini.
Berikutan
itu, kegusaran bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak yang menggesa
kerajaan memulihkan kemerosotan jumlah pelancong China ke Malaysia, selepas
media melaporkan jumlah pelancong jatuh 35 peratus baru-baru ini, sebenarnya perlu
disusuli dengan beberapa persoalan lain yang berkaitan.
Antara
langkah dilakukan oleh kerajaan ketika pentadbiran Najib untuk menarik
pelancong China ke Malaysia ialah melalui pengenalan permohonan Visa melalui
Pendaftaran dan Maklumat Perjalanan Elektronik atau Electronic Travel
Registration & Informatian (eNTRI).
Bagaimanapun persoalan ialah, apakah
ada yang tidak kena dengan sistem eNTRI ini?
Atau,
syarikat yang menggendalikannya mulai tidak aktif kerana sebab-sebab yang akan
diketahui selepas ini?
Najib
menganggap penambahbaikan melalui eNTRI mampu menarik lebih ramai pelancong
khususnya dari China dan India, terutama bagi mereka yang ingin merasai
pengalaman percutian melalui penawaran pelbagai pakej menarik dan unik dengan
harga yang berpatutan.
Malah
Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) turut
menganggap sistem diperkenalkan oleh kerajaan terdahulu melalui Kementerian
Dalam Negeri (KDN) lebih terjamin dan tidak menjejaskan keselamatan, malahan
mempertingkatkannya.
Namun,
kenapa jumlah pelanconcong berkurangan? Menyalahkan kerajaan Pakatan Harapan
(HARAPAN) kerana dasar baru pelaburan negara China di Malaysia atau kerana
Kuala Lumpur dan Beijing sudah ‘tidak akrab’?
Apakah
itu niat Najib dalam memperkatakan penurunan kedatangan pelancong China ke
negara ini?
Persoalan menarik yang lain ialah, apakah pengenalan sistem ini sebagai cara
membantu sebuah syarikat yang diamanahkan untuk
melaksanakannya dengan terbaik sebaliknya mengalami kegagalan, cuma mengaut
keuntungan keuntungan semata-mata?
Siapa
yang bermanfaat daripadanya?
Ternyata
kini, Kementerian Dalam Negeri sedang mengkaji semula perjanjian konsesi dengan
vendor yang mengendalikan pelbagai sistem Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)
termasuk sistem VLN.
Ini kerana BERUK atau sesiapa sahaja yang tidak memiliki maklumat diri yang benar pun boleh memohon dan mendapat kelulusan visa untuk ke Malaysia.
Menterinya,
Tan Sri Muhyiddin Yassin memandang serius pendedahan yang dilakukan oleh akhbar
Harian Metro kelmarin mengenai kelemahan sistem VLN dalam talian termasuk
Electronic Travel Registration & Informatian (eNTRI) dan eVISA untuk
pelancong China dan India yang ingin memasuki Malaysia.
Berkaitan
itu, kita menunggu siasatan terhadap sebuah syarikat dengan lapan kakitangan
pengurusan tertinggi yang diberikan hak ekslusif menggendalikan sistem eNTRI
membabitkan pelancong dari China.
Sejak
eNTRI diperkenalkan pada Mac 2016 hingga September 2018, syarikat
berkenaan sudah mengutip lebih
RMB329,337,280 (RM198,066,952) membabitkan kelulusan permohonan kepada
2,058,358 orang.
Is
juga dikatakan melantik 20 ejen di seluruh China bagi menguruskan sistem
permohonan Entri.
Kenyataan
Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) Datuk Hishamuddin Hisham menyatakan segala-galanya.
Pihaknya
mengesahkan bahawa syarikat berkenaan dengan mudah mengaut keuntungan ‘atas
angin sehingga RM198 juta sejak Mac 2016 sehingga September lalu..
KDN
pada 2016 memberikan hak eksklusif kepada syarikat berkenaan mengendalikan VLN atas talian termasuk eNTRI dan eVISA untuk
pelancong China yang ingin datang ke Malaysia.
SPRM
juga sudah merampas wang tunai ratusan
ribu ringgit daripada beberapa individu selain menyita aset termasuk rumah.
Lebih
menarik dalam rampasan berkenaan ialah satu 'Buku Faraid’ milik syarikat berkenaan yang merekodkan pembayaran kepada pihak
tertentu.
Siapa 'Waris dan Penerima' yang akan mendapat 'ketetapan pembahagian harta' daripada proses faraid berkenaan?
Identiti
sama ada persaorangan atau berkumpulan pastinya akan terserlah jua apabila SPRM
selesai menjalankan siasatan.
Ia
dilakukan mengikut Seksyen 16 dan 17 Akta SPRM 2009, Seksyen 4 Pencegahan
Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) dan Seksyen
165 Kanun Keseksaan (KK).
Malah
reaksi dan pengesahan SPRM bahawa kemudahan eNTRI sekadar menyalurkan wang
secara mudah kepada sebuah syarikat yang diberi hak eksklusif oleh itu
sangat
mengejutkan.
Kemudahan
yang dianggakan oleh Najib dan KDN sebelum ini sebenarnya tidak menepati
matlamatnya sebagai satu sistem saringan atau tapisan awal, sebagaimana yang
diuar-uarkan.
Ternyata
syarikat yang dikatakan dakses penuh untuk mengeluarkan eNTRI didapati membolot
semua hasil kutipan fi iaitu RMB160 atau RM100 untuk satu permohonan tanpa
sedikitpun menjadi hasil kerajaan.
Malah,
menurut laporan urusan permohonan eNTRI yang dilakukan secara dalam talian didakwa dilakukan
sambil lewa dengan kelulusan dalam masa cuma lima minit dan aspek keselamatan
negara nyata diabaikan apabila individu yang disenarai hitam serta ada rekod
jenayah turut diberi kelulusan masuk ke negara ini.
Reaksi
segera Muhyiddin ialah pelaksanaan sistem eNTRI yang dikendalikan oleh syarikat
berkenaan gagal berperanan sebagai sistem saringan dan tapisan awal ke atas
warga China yang memasuki negara ini.
Muhyiddin
menegaskan, sejak memulakan tugas sebagai Menteri Dalam Negeri, beliau mengarahkan pengurusan KDN mengkaji semula
perjanjian-perjanjian konsesi dengan vendor-vendor yang mengendalikan pelbagai
sistem imigresen termasuk sistem VLN.
Ternyata
Muhyiddin dapat menghidu ada banyak yang tidak kena di KDN.
Bagi
beliau, tujuan kajian semula ini ialah bagi memastikan kepentingan kerajaan dan
keselamatan negara tidak terjejas oleh sebarang bentuk kelemahan yang
berkemungkinan wujud di dalam perjanjian mahupun pelaksanaan sistem.
Berikutan
itu, KDN akan mengemukakan cadangan kepada Kabinet untuk menaik taraf sistem
imigresen sedia ada sebelum membangunkan satu sistem baharu yang lebih efisien
bagi memastikan perkhidmatan disediakan adalah lebih cekap, selamat dan
menjimatkan kos.
Di
samping menunggu sistem baru, kita ingin mengetahui sejauh mana benarnya
pendedahan Harian Metro dan siapa sebenarnya PENYANGAK dan PENYAMUN yang
menggunakan syarikat terbabit.
Malah,
pendedahan identiti yang mendapat faedah atau ‘waris’ daripada 'Buku Faraid’
syarikat yang disiasat itu akan memberikan gambaran sebenar bagaimana amanah
yang diserahkan oleh rakyat dikhianati.
Kita
mengalu-alukan pendedahan penyelewengan demi melakukan reformasi ke atas salah
satu kementerian penting kerajaan sebagai menunaikan janji dalam manifesto
pilihan raya umum ke-14.
home beauty tips
ReplyDeletebeauty tips in urdu for glowing skin
beauty tips for girls
beauty
sadia imam
hira mani
aaj ki taza news
karak times
sad peotry
urdu point