"BERSATU perlu jelas mengenai hala tuju dasar dan pendirian Islam. Jangan kerana ‘duduk semeja dengan DAP’, BERSATU jadi dayus dan tidak menjadi juara kepada agama Islam."
Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan merayakan ulang tahun keduanya malam
esok (8 September 2018).
Selepas
dua tahun, BERSATU diharapkan bergerak ke arah menggantikan UMNO lindungi Melayu.
Inilah
yang dikehendaki oleh Pengerusi BERSATU Tun Dr. Mahathir Mohamad, Namun cukupkah BERSATU sekadar Islmelindungi Melayu?
Dr
Mahathir berpendapat orang Melayu berasa
tidak begitu selamat selepas Pakatan Harapan (HARAPAN) menerajui negara
disebabkan sekian lama mereka percaya bahawa perlindungan hanya mampu diberikan
oleh UMNO.
UMNO
hari ini dilihat oleh Dr Mahathir sebagai sudah jauh menyimpang daripada perjuangan dan
tujuan asal penubuhannya. "UMNO dulu adalah parti yang dihormati,
dimuliakan tapi apabila menjadi pemerintah sekian lama, mereka lupa bahawa
mereka ditubuhkan untuk perjuangan bangsa, agama dan negara.”
Dr
Mahathir berkata UMNO di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak menjadi parti
yang hanya fikir duit ringgit bagi diri mereka sahaja dan yang ambil duit
terbanyak, yang mencuri duit ialah Presiden mereka.
Dengan
Najib tidak lagi memimpin UMNO dan BERSATU kini menjadi antara parti dalam
HARAPAN, wajar sekali soal Melayu dan Islam ini difikirkan secara mendalam.
Namun
berapa kerat pemimpin BERSATU yang berfikir dan mengulas pendapat Dr Mahathir
yang dibuat dalam Program Rumah Terbuka Aidilfitri PPBM di Laketown Resort,
Bukit Merah di Taiping, 6 Julai lalu?
Juga
berapa ramai cendikiawan Islam Melayu yang berjaya ditarik menyertai BERSATU.
Apakah ada pemimpin berlatarbelakangkan Islam ( asam ada lulusan, ilmuan, pakar
atau apa sahaja berkaitan Islam_ dalam BERSATU?
Melihat
kepada keutuhan UMNO, khususnya pada 1980-an dan 1990-an, faktor meletakkan
kepentingan Islam kepada UMNO dan melindungi umat Islam di Malaysia juga
menjadi faktor penting terhadap kemajuan dan survival UMNO.
UMNO
dihormati kerana ada ‘pemimpin Islam’ untuk jawatan Naib Presiden, ada Biro
Agamanya dan tegas membuat kenyataan mengenai Islam.
UMNO
ada Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, Tan Sri Mohd Yusof Nor, Tan Sri Abdul Hamid
Othman, Datuk Dusuki Ahmad, Datuk Nakhaie Ahmad dan ramai lagi )sekadar
menyebut beberapa nama).
Malah,
pemimpin UMNO ‘tidak kalah dan bacul’ serta tunduk kepada pemimpin PAS yang
mendakwa mereka ‘parti Islam’.
Cumanya
mulai tahun 2000, pemimpin Islam dalam UMNO mula dipertikaikan kredibiliti
mereka apabila ada isu salahguna kuasa dan sebagainya. Malah mufti-mufti juga
bercakap hanya menyokong kerajaan pada masa itu.
Kerana
itu BERSATU perlu jelas mengenai hala tuju dasar dan pendirian Islam. Jangan
kerana ‘;duduk semeja dan bersekongkol dengan DAP’ BERSATU jadi dayus dan tidak menjadi juara
kepada agama Islam.
BERSATU
perlu memiliki pemimpin yang dilihat berjiwa dan mengamalkan pegangan Islam
yang tegas dan tidak berkompromi.
Kenapa
saya katakan demikian?
Jika
tiada kedudukan ini, jangan harap mahu menjadi pengganti UMNO di Kelantan,
Terengganu, Pahang, Kedah dan Perlis.
Perlu
diingat, lima negeri ini kini menjadi pusat kuasa PAS selepas PRU-14.
Itulah
sebenarnya ‘lubuk orang Melayu’ dan memangpun BERSATU ditubuhkan untuk
mendapatkan sokongan orang Melayu luar bandar.
Pemimpin
BERSATU – sama ada Pengerusi, Presiden, Timbalan Presiden dan ahli Majlis
Pimpinan Tertinggi – perlu sedar mengenai perkara ini, bukan sekadar menjadi
‘burung kakak tua’ kepada Pengerusi atau Presiden sahaja.
Tetapi
apakah dalam BERSATU kini ada pemimpin yang boleh dikategorikan sebagai
‘pemimpi Islam’?
Atau
BERSATU mahu harapkan AMANAH perjuangkan Islam untuk mereka?
Jauh
panggang daripada api kerana AMANAH juga bercita-cita tinggi dan kegagalan
menangani masalah pemimpin Islam ini akan menyebabkan BERSATU akan ketinggalan
dan nampak bahawa AMANAH lebih terserlah memperjuangan Islam.
BERSATU
mahu kekal sebagai parti nasionalis? Jawalah wahai pemimpin BERSATU.
Kerana
itu sambil BERSATU perlu menggantikan
UMNO sebagai pelindung kepada orang Melayu, ia jangan melihat kepantingan
kepada bangsa atau kaum semata-mata tetapi juga agama Islam yang menjadi teras
kepada kekuatan orang Melayu, khususnya di luar bandar.
Kegagalan
memperjuang dan menjaga kepentingan Melayu dan Islam akan menjadikan BERSATU
sebuah parti yang tidak mempunyai ‘roh perjuangan’.
Tanpa
roh perjuangan, apa jenis parti BERSATU ini sebenarnya?
Macham tuan buat u-turn pulak dah
ReplyDelete