Tertarik
dengan ulasan Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasih bertajuk “Kesan
ketelusan kerajaan baharu” di Sinar Harian 24 Jun 2018 lalu.
Katanya
kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) sedang memberi keyakinan kepada pelabur.
sejak mengambil alih selepas Pilihan Raya Umum 9 Mei lalu.
Kadir berhujah,
selepas hampir dua bulan, Putrajaya baharu sedar keadaan sebenar ekonomi negara - kewangan negara jauh lebih buruk daripada
yang dijangkakan –dengan butiran yang sudah diperoleh dan kepakaran yang ada, PH
yakin masalah ini dapat diatasi walaupun akan mengambil masa yang lebih lama
daripada jangkaan asal.
Rupa-rupanya
tanggungan hutang kerajaan bukanlah RM685.1 bilion tetapi hampir RM1.3 trilion.
Maksudnya dekat dua kali ganda.
Berdepan
dengan berbagai masalah, kerajaan PH berusaha untuk meyakinkan pelabur,
menstabilkan Ringgit berbanding Dolar Amerika, membaiki kerosakan dan
pembaharuan institusi utama seperti kehakiman, perundangan, polis,
tentera, SPRM dan SPR, selain badan-badan berkanun, GLC dan GLIC.
Langkah
lain ialah menyiasat, mengambil tindakan ke atas pihak-pihak yang
bertanggungjawab dan memperbetulkan keadaan.
Namun, di sebalik
semua ini, rakyat turut menanti kesan segera pembaharuan ekonomi, langkah
segera mengatasi kenaikan harga barang dan resepi kerajaan menangani
peningkatan kos kehidupan yang meningkat.
Banyak janji dibuat
untuk kesejahteraan rakyat sebelum hari penentuan 9 Mei 2018.
Apakah kehidupan rakyat semakin berubah selepas hampr 60 hari kerajaan PH memerintah? Apakah dalam tempoh 40 hari akan datang, semua yang dijanjikan akan dapat ditunaikan?
Kini
rakyat menunggu ia ditunaikan. Berapa banyakkah pengumuman akan dibuat mengenai
perkara ini?
Namun
beberapa ketika sebelum ini, kegagalan kerajaan PH membentuk Kabinet dilihat
suatu kelemahan ketara yang memerlukan remidi segera mengubatinya.
Kegagalan
itu menyebabkan kerajaan tidak dapat berfungsi dengan baik dan nasib baiklah
rakyat Malaysia jenis yang sabar dan bertoleransi.
Apa
pun ada yang boleh sabar dan ada yang cuba menjadikan kelemahan dan janji-janji
itu sebagai senjata untuk menyerang balik Pakatan Harapan (PH).
Persoalannya,
apakah yang dimahukan oleh rakyat secara
keseluruhanya?
Peduli
sangatkah mereka dengan penyiasatan dan kemungkinan pendakwaan terhadap
pemimpin Barisan Nasional (BN) atau
apakah bagi rakyat yang lebih penting bagi mereka ialah hal-ehwal
kehidupan seharian mereka dan keluarga?
Bukankan
soal kos dan pengurusan kehidupan seharian
lebih menjadi keutamaan sebilangan besar rakyat sebelum dan selepas PH
menang pilihan raya umum ke-14 (PRU)?
Jika
tindakan menyiasat, menyita dan merampas sama ada wang tunai, barang kemas atau
apa sahaja dimiliki oleh Najib Razak dilihat sebagai antara cara PH menunaikan
janji, keinginan untuk mengetahui langkah pembaharuan ekonomi juga tidak kurang
pentingnya.
Persoalan
sekatang yang sangat terdesak ialah apa?
Jawapannya
ialah, rakyat mahu merasai ‘kemudahan-kemudahan’ yang ditawarkan oleh PH
sebelum PRU14 lalu.
Pokok
pangkal sokongan rakyat kepada PH ialah untuk menikmati kehidupan lebih baik
daripada sebelumnya, termasuk penghapusan Cukai Barangan dan Perkhidmatan
(GST), harga barangan keperluan yang lebih murah, penurunan harga minyak,
peluang pekerjaan dan sebagainya.
Namun
di sebalik janji Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
akan dilaksanakan pada 1 Jun lalu, kerajaan tidak dapat melaksanakan janji itu.
Tarikh sebenar perlaksanaannya akan diumumkan kemudian.
Selepas
hampir dua berkuasa, kedudukan sebenar
rakyat Malaysia bagaikan masih ‘di awang-awangan’. Sejauh ini tumpuan
kebanyakannya diberikan oleh kerajaan kepada usaha mendedah dan memerangi
rasuah.
Kementerian-kementerian
yang sudah mempunyai menteri yang ada kaitan dengan kehidupan seharian rakyat
seperti Kementerian Pertanian dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar jelas
masih ‘terkapai-kapai’.
Apa
langkah sebenar untuk mengubah kepayahan rakyat yang diuar-uarkan sebelum PRU14?
Ada
menteri membuat kesimpulan sendiri bahawa harga barangan pertanian menurun
hingga 50 peratus, namun apakah benar ia sedang berlaku?
Kenyataan
kelakar dan sama cirinya dengan
kenyataan menteri BN yang ditolak rakyat mengatakan sejak PH ambil alih kerajaan,
berlaku penurunan harga bahan makanan antara 30 hingga 50 peratus
Pemimpin
boleh membuat kenyataan dan meminta rakyat bersabar dan memberikan sebab-sebab
sukar menunaikan 10 janji dalam tampoh 100 hari tetapi yang benar-benar
mengharapkan ia dilaksanakan bagaimana?
Kenyataan-kenyataan
bahawa GST akan memberikan kebaikan kepada rakyat di buat oleh beberapa menteri
sementara bekas Gabenor Bank Negara, Tan Seri Zeri Akhtar Aziz mengatakan sifar
GST memberikan kebaikan kepada pengguna dari segi kuasa membeli.
Peningkatan
kuasa membeli hanya boleh diukur jika rakyat mempunyai wang.
Kerajaan
wajar supaya mencari formula untuk meningkatkan gaji dan mewujudkan peluang
pekerjaan, memecahkan monopoli, serta menamatkan gejala korupsi dan amalan
kronisme untuk tujuan itu.
Malah,
apakah langkah kerajaan PH untuk mewujudkan pekerjaan yang sekurang-kurangnya 20,000
pekerjaan setiap tahun sebagai memenuhi janji manifesto PH?
Soal
penting sekarang ialah kerajaan perlu menunjukkan kepada rakyat ia benar-benar sedang menangani isu ekonomi terutamanya di
kalangan orang Melayu dari golongan
berpendapatan pertengahan dan rendah .
Ini
penting kerana kebanyakan mereka adalah penyokong tegar UMNO, PAS dan PPBM.
Mereka
boleh menentukan pola sokongan politik pada bila-bila masa sahaja.
Jangan
menyesal jika kebajikan orang Melayu kelas menengah dan rendah tidak
diendahkan, apabila dalam tempoh lima tahun akan datang, kumpulan ini boleh
melakukan sesuatu untuk menolak PH.
Apa
yang diharapkan, selepas semua menteri dan timbalan menteri dilantik minggu hadapan, suasana
akan berubah.
Diharapkan rakyat
akan diberitahu mengenai hala tuju pembangunan dan ekonomi negara sementara
beban harian mereka seperti kos kehidupan yang tinggi, kebaikan harga barang
keperluan dan keperluan kehidupan seharian mereka berada dalam kedudukan yang
memuaskan.
Amaran
awal ialah, seperti ditunjukkan pada 9 Mei lalu, rakyat Malaysia boleh
melakukan perubahan jika merasakan pemerintah gagal memenuhi janji-janji mereka
untuk kesejahteraan rakyat.
Thank you such an informative post. Emperor Clubs is an Online Casino in Malaysia that offers more than just casino games. Highest quality of Online Game Malaysia with excellent graphics that really can help reduce stress, have fun as well as refreshing your mind.
ReplyDelete