UMNO,
khususnya Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak jangan buta sejarah apabila membandingkan
UMNO dengan pembangkang yang menganggapnya berada dalam keadaan kucar-lanar
atau berserabut.
Bagi
Najib, UMNO kini semakin kukuh dan terus konsisten. Memang pun, parti dah
berusia 70 tahun.
Bercakap
pada satu majlis di Pekan kelmarin, Najib lupa bahawa pada awal penubuhannya, banyak rintangan di hadapi UMNO. Ini termasuk
pemisahan antara sayap ulamanya yang membawa kepada pembentukan PAS.
Malah,
Presiden UMNO (lama) yang ditubuhkan secara rasmi pada 11 Mei 1946 Dato Onn
Jaafar turut meletakkan jawatan dan menubuhkan parti baru, Parti Kemerdekaan
Malaya (IMP).
Walaupun
penubuhan UMNO mendapat sokongan istana namun itu tidak bermakna ia tidak
menempuh gelora.
Dato
Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis
Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 - 26 Ogos 1951 yang menolak usul beliau
mengenai cadangan keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu,
tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan
Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu".
Berikutan
itu, Dato Onn kemudian menubuhkan IMP pada 26 Ogos, 1951
Selain
itu, UMNO turut berdepan dengan krisis diakibatkan oleh Bahagian Agama UMNO yang dipimpin oleh Ustaz
Ahmad Fuad Hassan yang dikatakan diresapi dengan pengaruh Hizbul Muslimin ini.
Bukan
sedikit pemimpin agama dalam UMNO ketika itu kecewa akan pucuk pimpinan mereka
yang bercadang untuk menaja loteri yang dianggap perjudian.
Akibatya
wujud penubuhan PAS selepas
berlangsungnya Muktamar Ulama Ke-3 di Bangunan Kelab UMNO Bagan, Butterworth.
Ada
mengatakan PAS telah ditubuhkan secara rasmi pada 23 Ogos 1951 dan ada yang lain
mengatakan PAS ditubuhkan pada 24 November 1951. Akhirnya tarikh rasmi
penubuhan PAS bersetuju pada 24 November 1951.
Krisis
selepas itu adalah perkara biasa tetapi yang nyata, UMNO tidak pernah lepas
daripada cabaran dan ujian getir.
Kerana
itu apalah pelik sangat jika PPBM turut menghadapi krisis dan ancaman dalaman?
Membandingkan
UMNO yang kini dianggap begitu stabil dengan PPBM adalah tidak adil.
PPBM
baharu setahun jagung!
Malah,
penubuhan cawangan PPBM berasaskan Pusat Daerah Mengundi juga banyak yang masih
belum selesai.
Kegagalan menyelesaikan isu berkaitan struktur organisasi akar
umbi khususnya di peringkat cawangan menjadi antara punca PPBM gagal mengadakan
mesyuarat agung tahunan (AGM) parti.
Perkara itu diakui Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir,
yang mengesahkan kegagalan menyelesaikan isu berkenaan turut meletakkan PPBM
dalam situasi keliru untuk menentukan siapa yang layak menghadiri AGM terbabit.
Kerana itu kepastian diperlukan daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS)
apakah PPBM tidak perlu pemilihan peringkat cawangan? Jika ia tidak perlu PPBM
boleh teruskan AGM di peringkat bahagian dengan perwakilan ahli jawatankuasa
bahagian sahaja.
Najib
juga dengan bangganya berkata semangat perjuangan parti itu berbeza dengan
situasi pembangkang.
“Biar
pembangkang kucar-lanar, kita tetap utuh dan sentiasa berbudi. Bukan sahaja
suka bantu rakyat tetapi sentiasa di sisi rakyat sama ada ketika mereka senang
atau susah.
Sebagai
Perdana Menteri, Najib bertuah kerana dapat memberikan apa sahaja kepada
pemimpin UMNO di semua peringkat.
Namun
di pihak parti PPBM yang kekurangan segala-galanya perlu bergerak dengan banyak
halangan, namun keupayaannya untuk berkembang dengan begitu cepat memuaskan
hati semu pihak, khususnya Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Walau
menepuk dada bangga kerana wujudnya kekuatan parti itu, Najib lupa kepada sumbangan
mereka yang pernah ada dalam parti itu, di mana setengahnya kini dalam PPBM
tidak boleh dilupakan begitu sahaja.
Najib
menerima UMNO dalam keadaan yang mantap dan stabil dan pastinya ini memberikan
kelebihan kepadanya untuk turut memberi manfaat hingga dapat membantu
mengukuhkan ekonomi negara.
Perbandingan
tidak adil, tidak setaraf dan ‘permainan di padang yang berlainan’ antara
sebuah parti yang sudah 70 tahun dengan parti setahun jagung adalah tindakan
‘masuk bakul angkat sendiri’.
Apa
lagi, PPBM bukan sebuah partii yang mempunyai ramai pemimpin ternama seperti dalam
Parti Semangat 46 yang ditubuhkan hasil perpecahan akibat pemilihan UMNO 1988.
Satu
lagi, PPBM bukanlah parti yang diakibatkan keluarnya pemimpin UMNO secara
enbloc seperti yang berlaku melalui penubuhan Semangat 46 atau Parti AMANAH
daripada PAS
.
Dua
pemimpin utama PPBM kini – Presiden dan Timbalannya - adalah mereka yang
dipecat oleh kerajaan dan parti, namun pengikut PPBM tetap mendadak.
Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi 'tiang seri' kepada PPBM sebenarnya mengundurkan diripada UMNO lebih awal berbanding dua pemimpin UMNO yang dipect itu.
Najib
jangan terlalu merasa terselamat dengan kedudukan UMNO hari ini. Hakikatnya wujud
‘bantahan secara senyap’ daripada rakyat dan mereka yang ada dalam UMNO
sendiri.
Yang
menunjuk-nunjuk memberi sokonan ialah mereka yang mendapat imbuhan secara langsung
daripada Najib dalam apa juga bentuk, termasuk ‘dedak’.
Sudah
pasti semakin ekat pilihan raaya ramai mahu menjadi juara pertahankan Najib.
Tetapi
bagaimana dengan mereka yang berada di peringkat cawangan UMNO? Apakah mereka
selesa dengan kedudukan sekarang?
Jika
selesa, kenapa ada cawangan yang tidak mampu mengadakan mesyuarat cawangan atau
kalau ada laporan mesyuarat cawangan pun, apakah ia mesyuarat yang benar-benar
sah?
Jika
UMNO yang berusia 70 tahun tetap berdepan berbagai masalah, apakan pula bagi
PPBM yang baru setahun ditubuhkan, semestinya tidak boleh terlepas daaripada berdepan
dengan berbagai isu dalam konteks strukturnya.
Bandinglah
epal dengan epal, bukan durian Musang King dengan ‘Timun Cina’ (tembikai) wahai
Najib!
Kalau begitu apa kata tuan lihat perbidLan ini pul.... "Jika kail panjang sejengkal.... usah diduga lautan dalam" - haruskah PPBM sebenarnya mencermin diri dan bermuhasabah?.... tidak perlu mencabar atau bercakap dan berdabik dada dalam kancah politik....
ReplyDeleteMAT JENIN WUJUD DARI DULU SAMPAI SEKARANG HAHAHAH
ReplyDelete