Tuesday, April 4, 2017

PH GABUNGAN BAHARU UNTUK ‘CORAKKAN SEMULA’ POLITIK NEGARA...


Lim Kit Siang wajar dilantik oleh pembangkang untuk mengetuai Pakatan Harapan (PH)?

Itu kata beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) termasuk Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak untuk menunjukkan betapa celarunya pakatan pembangkang.

Sedangkan ketika ini, sudah dipersetujui bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, adalah sebagai penasihat PH.

Siapa akan memimpin PH akan ditentukan kemudian walaupun Salleh cuba memesongkan pendapat awam dengan mengatakan Lim sebagai ahli politik veteran DAP wajar menjadi pengerusi PH.

"Jika Lim enggan dan sebaliknya melantik seorang Melayu menduduki jawatan tersebut, maka ia akan memberi gambaran ianya hanya Pakatan Ali Baba," katanya

Apa pasal Salleh menyibuk dengan PH? Rumah BN sudah bersih dan tersusunkan? 

Yang nyata Salleh cuba bandingkan PH dengan BN.

Jelas sekali, Salleh tidak faham bentuk kerjasama yang sedang digarapkan melalui PH. Ia tidak sama dengan dengan kosep BN yang menekankan dominasi kaum di dalamnya.

Dengan kata lain Salleh menoleh ke belakang, sedangkan PH sudah jauh ke hadapan.

Pada Disember, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menandatangi perjanjian kerjasama antaranya dengan PH dan terkini pada Selasa minggu lalu, PPBM mengumumkan kemasukan parti itu dalam gabungan PH.


Andaian Menteri itu berasaskan kedudukan kerusi yang dicapai melalui Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu sedangkan, PH sedang membentuk pakatan untuk menghadapi PRU14.

Itulah jauhnya perbezaan pemikiran dan rangka kerja antara pemimpin BN/UMNO dan PH - apa lagi Salleh dari Sabah yang kini sedang diasak oleh Parti WARISAN yang semakin diakui kekuatannya hasil pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Afdal.

Perkiraan Salleh bahawa DAP yang memiliki 38 kerusi parlimen dan 96 kerusi DUN melayakkannya untuk menjadikan Penasihat DAP itusebagai Pengerusi PH mempunyai motif ‘jahat’.

Apakah berlandaskan kedudukan ini, Salleh boleh mendakwa PH kini dipimpin oleh bukan Melayu dan bukan Islam?

Hanya berlandaskan perkiraan ini, BN dan UMNO mudah untuk mengecop PH sebagai pakatan yang berteraskan kepentingan ‘bukan Melayu dan bukan Islam’ kerana dipimpin oleh DAP.

PKR pula disebut oleh Salleh sebagai tidak layak meletakkan Presidennya dan apa lagi Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat pakatan pembangkang itu.

Ini kerana PKR memiliki 27 kerusi parlimen dan 48 kerusi DUN, apa lagi PPBM yang hanya memiliki satu kerusi parlimen dan dua kerusi DUN.

Bagi Salleh, ternyata DAP parti paling besar dan terkuat dalam PH berbanding parti lain, termasuk AMANAH yang hanya memiliki enam kerusi parlimen dan tujuh DUN.

Pada ketika semua parti dalam PH tidak mempersoalkan isu ketua PH, Salleh memandai-mandai mempertikaikan keputusan mesyuarat Presiden PH dengan mengatakan apabila Lim cuba melantik pemimpin PKR, AMANAH atau PPBM menduduki jawatan pengerusi PH, ini akan menimbulkan tanda tanya.

Malah, belum apa-apa Salleh menunjukkan belangnya apabila mengemukakan pertanyaan: "Apakah ini agenda beliau (Lim) untuk sekali lagi memperdaya para pengundi Melayu?"

Tersurat dan nyata, Salleh cuba menimbulkan keraguan namun akhirnya beliau ternyata terperangkap dengan kenyataan yang jelas membuktikan niat buruknya untuk meremehkan PH yang bergerak laju menghadapi PRU14.

Sedangkan  soal nama, logo atau manifesto PH akan berlaku dengan sendirinya kelak.

Walau dengan nama baharu atau nama gabungan mungkin kekal, ia akan diputuskan oleh urucorakkania.

Namun yang penting ketika ini ialah PH akan menjadi  gabungan “baharu dan kuat” dengan kemasukan PPBM minggu lepas.

Kejayaan untuk mencapai persetujuan  kemasukan PPBM adalah langkah penting yang perlu dilihat sebagai usaha atau pendekatan “buang yang keruh, ambil yang jernih”.

Tanpa PAS yang turut diharapkan menyertai PH – dijangka sukar berlaku walaupun kemungkinannya ada – tidak akan melemahkan semangat PKR, DAP dan PPBM.

PAS enggan menyertai PH kerana pertelagahannya dengan DAP dan AMANAH. Namun segala berkemungkinan akan berlaku sebelum PIlihan Raya Umum ke-14 (PRU14).


Nantinya panel 18 anggota dianggotai ahli PKR, DAP AMANAH dan PPBM dan dibentuk Isnin lepas.

Mereka akan mendaftarkan gabungan baharu tidak lama lagi dengan logo dan manifesto bersama.

Pembentukan perikatan baharu ini pastinya akan menjadi cabaran besar kepada BN dalam kedudukan di mana berbagai usaha memburuk, dan menggagalkan usaha ini.

Persetujuan gabungan asal – PKR, DAP dan AMANAH – menerima PPBM bagaikan kuasa besar memulakan hubungan baru.

Jika menurut pandangan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng ia “seperti Amerika Syarikat dan Rusia cuba memulakan hubungan baru,” dan PH dijangka akan “dicorakkan semula”.

Paling menarik ialah  perpaduan dan kesepakatan itu dibuktikan melalui percorakkanujuan semua pihak untuk menerima Pengerusi PPBM dan Presiden PKR sebagai  “penasihat khas” jawatankuasa penaja gabungan adalah pencapaian awal yang sangat menarik.

Apakah maknanya kepada PH dalam konteks persefahaman ini?
Sudah pastinya, Dr Mahathir dan Wan Azizah akan menjadi “wajah utama” PH.

Komponen PH seperti DAP, PKR serta AMANAH sangat memahami bahawa walaupun pada hakikatnya penasihat khas itu terdiri daripada orang Melayu namun anggota jawatankuasa penaja yang akan ditentukan pada mesyuarat majlis presiden corakkanerusnya akan mempunyai wakil bukan Melayu.

Dengan kata lain, keanggotaan jawatankuasa penaja itu akan diwakili berbilang kaum dengan berkonsepkan rakan kongsi yang sama taraf dalam gabungan itu.

Pelantikan Dr Mahathir dan Wan Azizah itu nyata sekali sebagai bayangan kepada semua parti bahawa gerakan membantu usaha untuk ‘corakkan semula politik negara,” sedang mencapai kemajuan.

Biarpun Pemimpin PKR, DAP dan AMANAH pernah  bersengketa dengan Dr Mahathir – ketika menjadi perdana menteri, presiden UMNO dan pengerusi BN – kerana menyingkir Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri dan dari Umno pada 1998, segala-galanya bagaikan sudah dilupakan.

Ketika ini yang sangat diharapkan ialah masa depan politik negara ke arah  kerajaan yang demokrasi, keadilan, kesaksamaan dan kemakmuran. Dengan kata lain, gerakan ini bertujuan mendakap semua yang mahu melakukan kebaikan untuk negara.

Berikutan itu, semua bentuk spekulasi atau cakap-cakap sengaja diada-adakan seperti persoalan kenapa Lim tidak dilantik penasihat jawatankuasa penaja PH hanyalah untuk menganggu perjalanan yang ‘selesa’ untuk PH.

Ia juga tidak ada kena mengena dengan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahukan gabungan berteraskan Melayu.

Pada 25 Mac lepas, presiden PPBM di suatu himpunan di Padang Rengas dilaporkan berkata gabungan baharu perlu berteraskan Melayu dan PPBM antara parti utama yang akan mendokong perjuangan parti dalam gabungan itu.

Muhyiddin berkata demikian sehari selepas majlis presiden PH, yang terdiri daripada kepimpinan PKR, DAP dan Amanah, bercorakkanuju menerima kemasukan PPBM pada 24 Mac.

Jika menurut kata-kata Muhyiddin: “Kita hendakkan supaya gerakan yang akan dipelopori oleh pembangkang mestilah organisasi yang diketuai Melayu.

“Majoritinya adalah Melayu tetapi parti-parti lain yang bergabung dalam Pakatan Harapan akan menjadi sebahagian daripada keluarga kita. Ini penting supaya rakyat yakin,” tambahnya.

Cadangan itu sehingga kini belum dibincang, malah kenyataan DAP sendiri yang menerima hakikat bahawa jika ketua ahli Parlimen DAP itu dilantik, akan memyebabkan PH perlu melantik pemimpin lain yang corakkanaraf dengannya.

“Kalau kita letak Lim, kita perlu letak pemimpin lain juga,” demikian jelas Guan Eng di Pulau Pinang semalam.

Malah, menurutnya, kalaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai perdana menteri,  ia bukan kerana usaha memenuhi kemahuan orang Melayu sebaliknya, “Anwar dipilih kerana beliau paling layak mewakili semua kaum.”

Yang membimbangkan BN ialah kenyataan Anwar bahawa kesudian PPBM menyertai PH perlu dilihat  secara positif kerana ia akan mengukuhkan kekuatan pembangkang dalam persediaan menggantikan BN.


Menurutnya, dalam kedudukan di mana PH perlu pertahankan prestasi yang dicapai pada PRU13 lalu, yang diperlukan kini untuk menukar kerajaan hanyalah sedikit lonjakkan sokongan kepada PH.

“Saya yakin, InshaAllah, ini akan dapat dicapai memandangkan masalah ekonomi dan skandal berlarutan dalam negara yang belum pernah dialami sebelum ini, “ katanya.

Ini termasuk skandal seperti 1MDB yang belum dirungkai, serta penyelewengan pengurusan institusi bumiputra seperti Felda, Tabung Haji dan Mara yang saya anggap sebagai satu pengkhianatan kepada bangsa dan negara.

Apa yang diperlukan sekarang ialah untuk PH ialah menyegerakan rundingan dengan Bersatu dan semua pihak yang lain yang sealiran serta memantapkan agenda reformasi dan dasar bersama.

2 comments:

  1. Pakatan Haprak Pembohong..
    Dulu korang caci maki bertan-tan Mahazalim Mahafiraun penyengak penyamun semua yg buruk pada Tun Mahathir. Hari ini kerana dia menentang UMNO maka kamu semua angkat dia jadi raja dan 'dimuliakan'. celakalah kamu semua politik mahapenipu. Prinsip jenis apakah ini bila join puak kamu sahaja terus 'disucikan' dari semua dosa..

    Hanya UMNO BN sahaja pilihan aku ketika ini baik buruk UMNO BN terbaik. Semoga hancur leburlah pakatan syaitan PH ini secepat mungkin. Amin!

    ReplyDelete