Kemenangan tanpa
bertanding Muhammad Khalil Abdul Hadi bagi
jawatan Ketua Pemuda PAS Pusat perlu dilihat dalam konteks beberapa
dimensi.
Jangan lihat di permukaan
tetapi selamilah ‘lautan dalam PAS’
mengenai lantikan ini. Teroka apa berlaku di dasarnya.
Jangan cepat membuat
kesimpulan kerana Presiden PAS dan kepemimpin PAS mungkin sedang membuat percatusan
dan perkiraan besar di luar kotak pemikiran penyokong biasa PAS.
Melihat secara mudah,
Pemuda PAS sah sudah mendapat ketua baru apabila anak kepada presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menang tanpa
bertanding semalam.
Kenapa sampai tiada
pencabar kepada Muhammad Khalil juga perlu dilihat dengan otak bukan dengan mata.
Muktamar Tahunan PAS ke-63
pada 28 April hingga 1 Mei ini sangat penting kepada kedudukan PAS menghadapi
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) selain masa depan PAS pasca PRU-14.
Kenapa penulis mengatakan
demikian?
Pertama, PAS mungkin
bertanding secara solo atau menjalankan persefahaman dengan parti Melayu-Islam
lain di beberapa negeri, kalaupun tidak di peringkat nasional.
PAS mahu menang besar kali
ini dan berharap dengan bertanding 80 kerusi Parlimen, ia kekal relevan selepas beberapa parti lain
semakin ‘tepu’ dan munculnya dua parti baru iaitu AMAMAH dan Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (PPM) yang turut memperjuangkan kepentingan Melayu-Islam.
PAS perlu terus relevan
dengan perjuangan Islamnya pada ketika UMNO pula berdepan dengan asakan
pembangkang kerana pemimpinnya yang dituduh bersekongkol dengan Datuk Seri
Najib Razak sebagai MO1 yang menyebabkan Malaysia dikenali sebagai negara
Kleptokrasi.
Kedua, PAS sedang berdepan
dengan perubahan penting saf kepimpinan apabila Hadi dilihat ‘sukar
menyesuaikan dirinya’ dengan tuntutan baru ahli dan kesihatannya yang kurang
memuaskan.
Ketiga, PAS berdepan
dengan asakan orang muda yang melihat bahawa isu di Malaysia bukan semata-mata
pindaan RUU355 tetapi soal tekanan kos kehidupan, kemiskinan, keperluan asasi
yang semakin mengecil, rasuah, penyelewengan, isu pendidikan, pemilikan rumah,
pengangguran dan sebagainya.
Apakah PAS akan hanya
bercakap dan berjuang mengenai Islam per se atau lebih kepada
pembangunan ummah yang mengambil kira kepeluan semasa dan kepentingan kehidupan
hari ini?
Kemenangan Muhammad Khalil
sebagai pemimpin muda dalam PAS menggambarkan betapa perlunya orang muda turut menentukan
hala tuju parti.
Kegagalan Nik Abduh Nik
Abdul Aziz sudah nyata. Dia tidak mempunyai arah dan asyik bernostalgai
mengenai bapanya.
Malah dia juga dikatakan
gagal menjaga kawasan Parlimennya, Pasir Mas dan dipersoalkan kewujudnya di
sana. Elok sangat Nik Abduh tidak mempertahankan jawatannya.
Apapun kenyataan dan
tohmahan bahawa wujudnya kroni dalam PAS iaitu bapa menjadi Presiden dan anak
menjadi Ketua Pemuda hanya sementara.
Hadi dan kepimpinan PAS
sedang mempersiapkan bapa dan anak untuk ke suatu kedudukan di mana Hadi akan mengososongkan jawatanya dan
berpindah mungkin ke Dewan Ulamak dan anaknya akan ‘bebas’ mengembangkan sayap
politiknya tanpa ada ‘arahan dan pengaruh bapanya’.
Kemenangan tanpa
bertanding Datuk Tuan Ibrahim Man Tuan Ibrahim juga memberi signal bahawa beliau
adalah pengganti Hadi, walaupun mungkin tidak dikuatkuasakan segera.
Hadi sudah memerhati dan
mempelajari bagaimana kecaman terhadap PKR apabila anak beranak dalam sebuah
parti, UMNO ada Najib dan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, DAP ada dua Lim –
bapa seorang ‘Supremo’ dan anak Setiausaha Agung.
Sementara PPBM ada
Pengerusi dan Timbalan Presiden daripada satu keluarga iaitu Datuk Seri Mukhriz
Mahathir yang kemunculannya dalam UMNO sebelum ini pun selepas bapanya bersara.
Hadi tidak mampu untuk
melarang anaknya bergiat politik seperti dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad
yang melarang Datuk Seri Mokhzani Mahathir dan Mukhriz menyertainya dalam UMNO
ketika beliau masih Presiden UMNO dan Perdana Menteri.
Hadi akan dihormati dan
dilihat ‘tiada cacat celanya’ sekiranya beliau meletakkan jawatan dan menjadi
Musyridul Am PAS dan anaknya berada di suatu anak tangga yang tinggi dalam
hiraki parti.
Malah, bukan sesuatu yang
pelik sekiranya Muhammad Khalil mengambil alih sebagai calon PAS di Parlimen
Marang dan Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang pada pilihan raya umum nanti.
Beliau perlu mengukuhkan
kedudukannya dalam parti dan dengan menjawat jawatan sebagai ADUN atau Ahli
Parlimen, ini akan menguat dan mengukuhkan kedudukan politiknya.
Dewan Ulama Pusat PAS juga
jelas menunjukan persefahaman apabila semua jawatan pada pegerakan berkenaan -
termasuk anggota jawatankuasa - diisi oleh tokoh yang menang tanpa bertanding.
Keadaan itu menyaksikan
Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Datuk Dr Nik Zawawi Mohd Salleh dan Datuk Dr Johari
Mat masing-masing terpilih sebagai ketua, timbalan dan naib ketua dewan ulama.
Pergerakan perubahan
kepimpinan dalam PAS kini nampak bergerak dengan licin dan kehadirian Muhammad
Khalil membawa makna yang besar.
PAS di bawah Tuan Ibrahim dijangka akan lebih jelas perjuangannya kerana departi dilihat sebelum ini,
beliau turut menyuarakan kebimbangannya kepada perbuatan rasuah, penyelewengan
dan penyalahgunaan kuasa,
Pada ketika Hadi nampak
mengelak dan berkias mengkritik BN dan Najib, Tuan Ibrahim lebih terbuka.
Namun, banyak kali
kenyataan Tuan Ibrahim 'dibentes' oleh Hadi tetapi selepas muktamar di Alor
Setar nanti, pendirian PAS akan semakin jelas.
PAS perlu membuat
pendirian tegas kerana rakyat memerhatikan pendirian PAS sejauh ini.
Jika PAS mahu tidak mahu
AMANAH dan PPBM menyainginya, PAS perlu tegas seperti yang ditunjukkan oleh
kepimpinan sebelum Hadi.
Dan hanya melalui Tuan
Ibrahim fungsi dan perjuangan politik PAS akan dapat dibaca dan dinilai dengan
mudah.
PAS tidak akan lagi
berfungsi seperti di bawah kepimpinan Presiden PAS sekarang yang dilihat sering
berubah warna , bergantung semata-mata kepada keperluan dan kepentingan semasa
Hadi semata-mata!!!
No comments:
Post a Comment