Tidak faham bagaimana pengurusan tinggi FELDA boleh mengubah
kenyataannya dengan mengatakan tidak
berlaku kehilangan dana berjumlah RM4.3 bilion di dalam FELDA, berbanding
sebelumnya.
Kenyataan bersifat ‘flip-flop’ FELDA dalam tempoh 24 jam
– kelmarin dan semalam – sebelummnya mempersoal dan kemudian menafikan mengenai
kehilangan RM4.3 bilion itu - FELDA menyalahkan beberapa portal berita kononnya
ada perbuatan memesongkan kenyataan mengenai dana itu yang dibuat oleh
Pengerusi Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
Bagaimana boleh menyalahkan laporan portal berita
sedangkan akhbar yang berintegriti seperti Utusan Malaysia (Utusan Online), terutamanya Sinar Harian (Sinar Online) dan Berita Minggu edisi Terengganu juga melaporkan perkara yang sama.
Utusan Online membawa laporan bertajuk ‘Mana
perginya RM4.3 bilion?’ turut melaporkan Shahrir mahu tahu bagaimana FELDA belanja dana.
Shahrir kelmarin dilaporkan menyatakan demikian mengulas
mengenai tindakan yang akan diambil pihaknya bagi mengembalikan kepercayaan
semua pihak khususnya peneroka berikutan penahanan bekas Pengarah Besar FELDA
oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bulan lalu.
Selepas menafikan laporan awal itu, dinyatakan oleh
Shahrir bahawa pihaknya mempunyai senarai yang jelas mengenai perbelanjaan baki
wang sebanyak RM4.3 bilion tersebut.
Antaranya ia digunakan bagi tujuan pelaburan jangka
panjang oleh FELDA di dalam dan luar negara.
Kenyataan terbaru Pengerusi FELDA itu jauh bezanya dengan
apa yang diperkatakannya sehari sebelum ini melalui laporan-laporan.
Benarkah portal berita silap melaporkannya? Apakah mereka
ini tidak teliti dalam laporan mereka?
Laporan Utusan Online. |
Kenapa laporan sebelumnya tidak sejelas laporan semalam
yang lengkap dengan fakta. atau memang benar Shahrir mengemukakan pertanyaan
sedemikian pada laporan awal kelmarin?
Seperti Shahrir yang menekankan integriti, apakah media
sosial dan akhbar online tidak menekankan ketepatan dan berintegriti dalam
laporan mereka?
Jika portal berita silap, bagaimana dengan laporan Utusan
Online dan Sinar Harian? Akhbar itu tidak berintegriti menyiarkan
pertanyaan beliau bagaimana RM4.3 ‘lesap’?
Dengan mengatakan portal berita membuat silap melaporkan
kenyataannya, apakah Shahril cuba menafikan kenyataannya sendiri?
Sebelum ini, Shahrir
mengatakan FELDA bukan kekurangan dana tetapi wang itu disalah
guna.
Beliau mempersoalkan apa terjadi kepada berbilion ringgit
hasil daripada tawaran awam permulaan FELDA Global Ventures (FGV).
“FELDA menerima RM6 bilion daripada penyenaraian FGV,
iaitu dalam perniagaan hartanahnya. Daripada jumlah itu, RM1.7 bilion
dibelanjakan sebagai durian runtuh.
“Kami salurkan RM15,000 kepada setiap peneroka dan
keluarga mereka, dan masih ada baki RM4.3 bilion.
Jadi ke mana perginya RM4.3 bilion itu?,” katanya dipetik sebagai berkata kepada Sinar Harian.
Apakah Shahrir dipaksa memperbetulkan kenyataannya
selepas menggambarkan seolah-olah ada pihak ‘melesapkan wang RM4.3 juta’ itu?
Laporan Sinar Harian itu turut menyebut Shahrir
sebagai berkata, beliau percaya itulah
sebabnya mengapa peneroka FELDA kecewa dengan agensi itu, dan beliau berjanji
untuk memperbetulkan keadaan.
Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata kira-kira RM200
juta dana dibelanjakan secara tidak betul, seperti dinyatakan dalam laporan
ketua audit negara.
Malah pada kenyataan awalnya, Shahrir turut mengatakan walaupun
sukar mendapatkan kembali wang itu, beliau akan cuba sebaik mungkin untuk
mendapatkan sekurang-kurangnya sebahagian wang berkenaan.
“Mustahil untuk mendapat balik RM200 juta apabila ia
hilang. Dilaporkan banyak perkara dibuat tanpa kelulusan, dan tanpa mengikut
protokol ditetapkan agensi itu.
“Itu sebabnya saya ditugaskan untuk cuba dan membetulkan
kedudukan kewangan FELDA. Bukannya kita tidak ada wang itu, tetapi ya, ia
mungkin disalahgunakan,” katanya.
Apakah portal berita dan akhbar online memandai-mandai
membuat atau merekakan laporan?
Mempertikaikan kredibiliti dan integriti wartawan dan akhbar online yang mereka wakili?
Shahril dilaporkan kelmarin turut mengakui tersangat penting untuk pengurusan
baharu di bawah kepimpinannya untuk melakukan kerja dengan betul supaya mereka
dapat memperoleh semula keyakinan peneroka kembali kepada agensi itu.
Atau apakah kenyataan awalnya itu dibuat pada ketika beliau
sebenarnya tidak dimaklumkan atau tidak tahu apa yang beliau katakan sebagai pelaburan
jangka panjang FELDA di dalam dan luar negara?
Laporan Sinar Online |
Semalam Shahrir menegaskan: "Tidak ada dana yang hilang. Daripada RM6 bilion,
kita telah belanjakan RM1.7 bilion kepada peneroka FELDA dengan setiap keluarga
menerima bayaran sebanyak RM15,000.
"Baki sebanyak RM4.3 bilion pula antaranya
dibelanjakan bagi pembayaran one off kepada kerajaan negeri Sabah
sebanyak RM300 juta dan Pahang RM250 juta, pinjaman perumahan peneroka sebanyak
RM400 juta, perbelanjaan pengurusan RM883 juta, selain pelaburan hartanah dalam
dan luar negara, pembelian saham dan banyak lagi," katanya cuba
memperbetulkan kenyataan awalnya.
Shahrir berkata nilai pelaburan RM1.438 bilion itu
kebanyakannya melibatkan sektor perkhidmatan perhotelan sebagai pelaburan
jangka masa panjang yang memerlukan masa yang lama sebelum memberi pulangan.
FELDA juga dikatakan membeli semula FELDA Technoplant Sdn Bhd
dengan nilai RM38 juta dan sehingga kini jumlah kerugian yang ditanggung FELDA
adalah sebanyak RM108 juta melibatkan projek Transnovasi.
Shahrir yang juga anggota Parlimen Johor Bahru menyatakan
perkara ini dengan menyifatkan beberapa portal berita yang didakwa telah
memesongkan kenyataannya berhubung dana berjumlah RM6 bilion yang diterima FELDA
selepas disenaraikan di bursa saham.
Apakah perlu portal berita dan akhbar online yang
melaporkan kenyataannya kelmarin membuat kenyataan maaf dan ralat?
Jika tidak benar yang membabitkan isu RM4.3 bilion ini,
kenyataan silap perlu diperbetulkan.
Menjelaskan lebih lanjut semalam, Shahril memberitahu
sebanyak RM1.438 bilion telah digunakan bagi pembelian pelaburan hartanah yang
merangkumi pembelian hartanah di Bukit Katil, Melaka (RM304 juta), Grand Borneo
Hotel di Sabah (RM86 juta), Apartmen Perkhidmatan Grand Plaza di London (RM500
juta), bangunan Institut Penilaian Negara (INSPEN) (RM225 juta) selain
pembelian saham Iris Corporation Berhad (RM110 juta).
Shahris mengatakan tugasnya (selaku pengerusi FELDA) adalah untuk
memastikan kesemua pelaburan yang telah dilakukan FELDA berjalan mengikut
perancangan, bagaimana pelaburan itu dilakukan dan memastikan pelaburan
tersebut memberikan pulangan.
Bukan sekadar itu sahaja, Shahrir juga jangan membuat
kenyataan ‘flip-flop’ kerana ini membabitkan agensi kerajaan dan jumlah wang
yang besar.
Dengan berdiam diri dan tidak memperbetulkan laporan
mereka atau meminta maaf di atas 'kesilapan kelmarin' tidakkah ini menunjukkan media sosial dan akhbar online juga mempertahankan integriti
mereka.
Atau ini membayangkan laporan mereka tepat, khususnya oleh Sinar Harian
yang turut dipetik beberapa portal berita dan akhbar online lain seperti themalaymailonline (gambar di bawah).
Dalam pada itu Shahril turut memaklumkan FELDA memutuskan
untuk menjual sebuah hotel milik agensi berkenaan di London yang dibeli dengan
harga RM548 juta pada 2012, dengan proses penjualan sedang dilaksanakan dan
dijangka dapat dimuktamadkan dalam waktu terdekat.
Tender bagi penjualan hotel berkenaan kini sedang dalam
proses dan dijangka selesai dalam tempoh terdekat.
"Syor
cadangan menjual aset pelaburan lain di London akan dibentangkan dalam
mesyuarat Lembaga Pengarah FELDA yang akan berlangsung 20 Februari ini.
"Ada beberapa pelaburan lain yang akan diteliti,
antaranya pembelian tanah di Bukit Katil, Melaka bernilai RM504 juta, Grand
Borneo Hotel di Sabah (RM86 juta) dan Apartmen Perkhidmatan Grand Plaza di
London (RM500 juta," katanya.
Adalah penting untuk media sosial dan akhbar online yang
membuat kenyataan Shahrir kelmarin memperbetulkan segera laporan mereka
jika ia tidak benar.
Dan jika laporan mengenai kenyataan Shahrir itu bukan tersalah petik atau bukan kenyataan dipesongkan, sebaliknya LAPORAN BENAR (oleh media sosial dan
akhbar online), mereka perlu mempertahankan kenyataan mereka demi mempertahankan INTEGRITI mereka agar tidak tercabar.
Janganlah biarkan kedudukan pembaca yang semakin menurun itu diburukkan lagi dengan 'laporan salah dan kerja-kerja 'memesongkan' kenyataan seperti didakwa oleh Shahrir.
Hanya laporan yang benar dan penuh berintegriti akan dapat meyakinkan pembaca, termasuk dalam isu 'kehilangan RM4.3 bilion oleh FELDA' ini!!!!
No comments:
Post a Comment