Keputusan itu dibuat
selepas mesyuarat Kabinet petang semalam.
Sebuah blog proBarisan
Nasional dan Perdana Menteri, melalui satu analisis bertajuk “KERUGIAN FOREX USD10 BILION DI ZAMAN MAHATHIR, WANG RUGI ATAU DICURI?”pada 31 Januari 2017 lalu, menyebut
pelbagai andaian boleh dibuat terhadap kerugian besar yang dialami Bank Negara
Malaysia pada tahun 1993 dalam manipulasi mata wang.
“Kehilangan secara misteri
AS$10 billion (RM44 billion nilai sekarang) pada 1993 itu telah dianggap
sebagai kehilangan terbesar dalam mana mana bank di dunia pada waktu itu,” kata
blog berkenaan.
Dilaporkan juga, penglibatan Bank Negara di dalam perjudian pasaran
pertukaran wang asing ini telah dikesan oleh bank pusat Amerika dan Gabenornya
ketika itu, Alan Greenspan telah menegur dan menggesa Bank Negara agar
menghentikan segera perbuatan itu.
Perdebatan
mengenai isu ini antara penyokong kerajaan dan penyokong bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad dapat dibaca melalui artikel yang ditulis oleh Panel Pemikir Jabatan
Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tun Faizal Ismail Aziz.
Tun
Faizal mengkritik Datuk A Kadir Jasin yang menulis bertajuk "Berjaga-jaga ungkit perkara lama" dengan mengatakan Kadir membayangkan sikap defensif dan
ketakutannya apabila skandal BMF dan forex melibatkan "boss"nya
diungkit dan didedahkan semula.
Menurut A Kadir, tujuan
tersirat operasi itu adalah mempertahankan nilai ringgit dan, kalau nasib baik,
buat keuntungan luar biasa tetapi ia berakhir dengan kerugian. Gabenor Bank
Negara waktu itu, Allahyarham Tan Sri Jaffar Hussein, mengambil tanggungjawab
dan meletakkan jawatan.
Pegawai yang bertanggungjawab
terus dalam operasi tersebut, Tan Sri Nor Mohamed Yackop, diarahkan berhenti.
Yang diharapkan oleh
rakyat, penubuhan pasukan petugas yang diumumkan semalam itu bukan sebagai
tindak balas atau kerana dendam akibat Perdana Menteri yang disebut MO1 serta dikaitkan
dengan isu-isu seperti "derma" dari ahli keluarga diraja Arab Saudi.
Ia juga jangan dikaitkan
dengan kemasukan wang RM42 juta ke akaun Datuk Seri Najib Razak melalui AmBank
yang dijawab oleh Najib beliau ‘tidak
tahu mengenai kemasukan wang itu ke akaunnya’.
Dengan kata lain, siasatan
melalui penubuhan jawatankuasa ini jangan kerana mahu menimbulkan keraguan mengenai
tuduhan bahawa Najib melakukan salah laku atau mengambil wang rakyat untuk
kepentingan peribadi.
Pejabat Perdana Menteri
dalam kenyataan semalam berkata pasukan petugas khas itu akan dianggotai
pelbagai agensi kerajaan termasuk individu-individu yang dihormati dan
berpengalaman dalam bidang-bidang tertentu.
"Pasukan petugas khas
ini akan mengemukakan syor dan cadangan untuk dipertimbangkan oleh Kabinet
dalam tempoh terdekat dan tindakan selanjutnya termasuk penubuhan Suruhanjaya
Siasatan Diraja (RCI) jika perlu berdasarkan hasil siasatan itu nanti,"
kata kenyataan itu.
Ini bermakna, untuk
peringkat pertama, kerajaan akan menubuhkan pasukan petugas yang akan
menjalankan kajian dan menyediakan kertas cadangan ke arah menubuhkan RCI.
Persoalannya siapakah
individu yang akan dilantik nanti?
Sudah passtinya, mereka
yang dilantik adalah yang ‘mesra dengan pemerintah’ atau lebih tepat UMNO?BN kerana
tujuan penubuhan RCI ini adalah serangan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad.
Isu kerugian kontroversi,
yang berlaku hampir tiga dekad lalu ‘dihidupkan’ semula selepas Dr Mahathir
berusaha untuk menyatukan pembangkang dalam cubaannya untuk menggulingkan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau menuduh Najib
terpalit dengan rasuah berikutan laporan deposit bernilai berbilion ringgit
berada akaun bank peribadi perdana menteri.
Dr Mahathir dikatakan perdana menteri apabila aktiviti Bank Negara
dalam pasaran tukaran mata wang asing tidak menjadi.
Pad 7 Februari lalu, bekas
Perdana Menteri 22 tahun itu menyambut baik cadangan untuk menubuhkan RCI
berhubung isu dagangan tukaran wang asing (forex).
“Mereka dialu-alukan untuk
berbuat demikian (menubuhkan RCI) tetapi kami mahu perkara sama terhadap wang RM2.6 bilion yang
masuk ke akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga apa yang berlaku
terhadap 1MDB,” katanya Dr Mahathir.
Persoalannya, apakah
sempat jawataankuasa ini menyediakan kertas cadangan bagi menubuhkan RCI
sebelum pilihan raya akan datang dijangka September nanti?.
Memandangkan kes forex ini
dilihat sebagai sesuatu yang bersifat politik dalam kedudukan Najib yang
dikatakan ‘sedang lemas’ sewajarnya ia disiapkan dalam masa terdekat.
Kerajaan menyebut mereka
yang menyertai jawatankuasa ini adalah individu yang dihormati dan berpengalaman
dalam bidang-bidang tertentu agar kertas cadangan menubuhkan RCI itu tidak ada
kecacatan.
Rakyat menunggu dengan penuh
minat dengan berbagai sebab.
Ada yang merasakan ia
wajar ditubuhkan untuk membuktikan wujud perkara yang tidak kena dengan urus
niaga matawang ketika ‘orang tua itu’ menjadi Perdana Menteri.
Penemuan-penemuan melalui
kertas cadangan itu belum diketahui sama ada akan diumumkan kepada orang awam
atau sebaliknya.
Atau ia untuk tujuan
penubuhan RCI semata-mata?
Jangan pula timbul kontroversi
seperti Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang
dielakkan orang ramai mengetahui mengenai cadangan-cadanganmya bagi penubuhan
RCI.
Kerajaan tidak perlu
bimbang untuk mengumumkannya kerana melaluinya rakyat akan tahu apa sebenarnya
berlaku, biarpun sekadar laporan daan cadangan ke arah penubuhan RCI.
Kita amat yakin bahawa
pasukan petugas khas ini akan mengemukakan syor dan cadangan yang telus dan
lengkap.
Bagaimanapun, ia akan
dikemuka dan dipertimbangkan oleh Kabinet terlebih dahulu yang kemudian akan
mencadangkan tindakan selanjutnya
termasuk penubuhan RCI itu.
Dihaarapkaan jika benar
ada perkara yang wajar dan benar-benar memerlukan tindakan lanjut berkenaan
kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara, kerajaan perlu bertegas.
Jangan buat kenyataan gunakan
perkataan ‘sekiranya’ atau ‘jika terbukti’ lagi hasil kajian dan laporan itu kerana
dengan mengumumkan ‘kerja besar’ ini semalam, kerajaan sudah pasti mempunyai
hujah dan maklumat lengkap untuk mendedahkan kerugian berkenaan.
Lagipun kerajaan sudah
beria-ia menubuhkan pasukan petugas khas ini sebagai langkah permulaan bagi mendapatkan semula fakta-fakta
yang berkaitan - termasuk menganalisis
semua Hansard rasmi mesyuarat-mesyuarat Parlimen pada masa itu, minit-minit
Mesyuarat Kabinet yang terdahulu, laporan Ketua Audit Negara, Bank Negara
Malaysia dan laporan-laporan lain daripada agensi -agensi yang berkaitan
perkara berkenaan.
Rakyat perlu ketahui apa
sebenar yang telah berlaku, jumlah kerugian sebenar dan sama ada terdapat salah
laku tatacara pentadbiran kewangan serta adanya tindakan pihak tertentu untuk
menutup apa yang sebenar berlaku dari pengetahuan rakyat Malaysia selama ini.
Perkataan ‘adanya tindakan
pihak tertentu untuk menutup apa yang sebenarnya berlaku’ adalah suatu tuduhan
berat.
Ia jugaa menggambar ada
tindakan melindungi orang atau pihaak tertentu.
Perlu diingat bahawa kerajaan
menanggung risiko besar sekiranya gagal membuktikan memang benar ada tindakan
untuk menutup kerugian ini daripada pengetahuan rakyat.
Kerajaan boleh mengatakan tindakan
kerajaan itu membuktikan komitmen dan ketelusan kerajaan bagi memastikan urusan
Bank Negara pada ketika itu dijalankan mengikut urus tadbir yang ditetapkan.
Cumanya, mudahkah kerja
untuk membuktikan wujudnya perbuatan melindungi yang dimaksudkan itu?
Pejabat Perdana Menteri
juga boleh mendabik dada mengatakan kerajaan akan sentiasa terbuka dan telus
dalam siasatan itu memandangkan ia melibatkan Bank Negara Malaysia dan
dikatakan skandal kewangan terbesar.
Kerja ini bukan kecil dan
memerlukan kajian mendalam yang akan memakan masa sekiranya laporan itu mahu benar-benar
intensif dan telus.
Jika ia tidak dapat
disiapkan sebelum pilihan raya akan datang, ia tidak bermakna untuk kerajaan
Barisan Nasional (BN) bersusah payah.
Penemuan yang mendalam dan
terbukti benar memang boleh dijadikan bahan kempen, setidak-tidaknya sehingga tertubuhnya
RCI.
Kemudian kerajaan boleh
menggunakan RCI menyiasat kes ini sebagai kempen biarpun hasil siasatan RCI
tidak dapat disiap dan diumumkan sebelum pilihan raya akan datang.
Setidak-tidaknya laporan
jawatankuasa yang intensif itu akan digunakan sepenuhnya untuk ‘menyerang Dr
Mahathir’.
Bagaimanapun kerajaan juga
perlu bersedia untuk menerima kesan balas jika gagal mengemukakan siasatan
dengan sebaik mungkin.
Apalagi jika ia boleh
dicabar di mahkamah.
Jangan lupa bahawa jika kerajaan
‘mempunyai orang untuk mendedahkan kerugian’, di pihak defendan, mereka juga
mungkin turut disertai tokoh ternama dan berpengalaman.
Kegagalan sedemikian akan
memberikan kesan buruk kepada kerajaan dan boleh digunakan pembangkang sebagai
baahaan ‘menyerang balas’, khususnya oleh parti yang dipimpin oleh Dr Mahathir –
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Sudaah pasti ini berlaku,
tujuan utama bukan sahaja gagal tetapi pihak Najib dan BN pula yang kena
bertahan.
No comments:
Post a Comment