Selama mana lagikah kita mahu membiarkan untuk menanggung
malu dengan perbuatan pihak berkuasa dan institusi antarabangsa – sama ada syarikat atau bank –
mencemarkan nama negara di peringkat antarabangsa?
Apakah pemimpin kita, khususnya Perdana Menteri terpaksa
buat ‘bukan tebal’ dengan tuduhan dan nista yang merendah-rendah maruah rakyat
dan negara?
Tidak malukah kita daripada sebuah negara yang mendapat
pelbagai pujian, termasuk sebuah negara Islam yang ekonominya berkembang pesat
kini digelar sebuah negara ‘rasuah’?
Tidak malukah pemimpin kita yang selama ini
diagung-agungkan sebagai pemimpin berwibawa kini disebut diperingkat
antarabangsa sebagai ‘pemimpin rasuah’?
Apakah ‘damage control’ yang dilakukan oleh pemimpin dan
kerajaan untuk menghilangkan calar ini?
Apa langkahnya dan berapa lama lagi?
Sebagai rakyat, kita wajib bertanya untuk mengetahui, apa
lagi kerajaan yang memerintah sekarang adalah kerajaan yang dilantik secara
demokrasi oleh rakyat.
Rakyat wajar diberitahu apa tindakan kerajaan apabila
Pejabat Peguam Negara (OAG) Switzerland mulai semalam sudah memulakan prosiding
jenayah terhadap Falcon Private Bank (Falcon) kerana gagal menghalang kesalahan
berkaitan dengan penyelewengan dana firma pelaburan negara 1Malaysia
Development Bank (1MDB).
Jangan kerana 1MDB sebagai entiti perniagaan, ia tidak
ada kena mengena dengan rakyat. Ini kerana ia ada kaitan secara terus dengan
Kementerian Kewangan dan Perdana Menteri.
OAG membuat keputusan memulakan prosiding adalah
berdasarkan maklumat yang didedahkan oleh siasatan dalam kes 1MDB dan isu-isu
yang dibangkitkan dalam keputusan Finma dari awal bukan ini (Oktober 2016).
Tindakan itu dibuat kerana OAG mengesyaki kekurangan seliaan
dalam organisasi dalaman Falcon Private Bank dan dipercayai akibat kekurangan
ini, bank itu tidak dapat menghalang pelakuan kesalahan itu yang kini disiasat
dalam prosiding jenayah yang berkaitan dengan 1MDB.
Pendedahan oleh Pihak Berkuasa Penyeliaan Pasaran
Kewangan Switzerland atau Swiss Financial Market Supervisory Authority (Finma) kelmarin
bahawa kira-kira AS$ 3.8 bilion dana berkaitan 1MDB disalurkan melalui Falcon
Private Bank menimbulkan banyak pertanyaan.
Malah, menurut Finma, dana itu termasuk melalui urusniaga
AS$681 juta dan pembayaran balik AS$620 juta enam bulan kemudian.
Pihak berkuasa kewangan itu memang tidak memberikan
butirannya tetapi jumlah itu dikatakan sepadan dengan AS$ 681 juta yang diterima oleh
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Tindakan pihak berkuasa Switzerland yang memaparkan
urusniaga yang dipersoalkan terhadap Falcon dengan sendirinya menjadikan "derma Arab" RM2.6
bilion kepada Perdana Menteri menjadi tumpuan semula.
Memang tiada butiran sejauh ini bagaimana AS$681 juta itu
berakhir dan bila urusniaga itu dilakukan.
Tetapi Jumlah itu dirujuk sebagai RM2.6 bilion
berdasarkan kadar pertukaran ketika itu
sepadan dengan "derma" yang disalurkan ke akaun bank Najib
pada tahun 2013.
Finma turut mendakwa Falcon melakukan "pelanggaran
serius" peraturan pengubahan wang haram dalam urusannya dengan
"seorang ahli perniagaan muda Malaysia yang mempunyai kaitan dengan
individu tertentu kerajaan Malaysia".
Ia tidak menamakan "ahli perniagaan muda" itu,
namun spekulasi mengenai orang muda itu banyak ditujukan kepada Jho Low yang
dikatakan rapat dengan keluarga Najib.
Jangan lupa, Jho Low adalah antara mereka yang dinamakan
dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berhubung dakwaan
penyelewengan berkaitan dengan dana 1MDB.
Selain laporan antarabangsa, laporan tempatan turut
memainkan isu tindakan Finma, dan arahan pihak berkuasa Singapura khususnya
dalam isu RM3.5 juta dalam bentuk tunai dimasukkan ke dalam akaun bank Perdana
Menteri pada sekitar Februari dan Mac, 2015.
Adalah dilaporkan, akaun berkenaan diuruskan oleh bekas
Pengarah Urusan, SRC International Sdn Bhd, Nik Faisal Ariff Kamil. Beliau juga
adalah penandatangan untuk akaun berkenaan, dakwa Sarawak Report dalam e-mel.
Perdana Menteri sudah
menyatakan wang RM2.6 bilion itu adalah "derma dari Arab" dan AS$620
juta daripada wang itu kemudiannya dikembalikan.
Persoalannya ialah rakyat menunggu untuk mengetahui
apakah desakan dan spekluasi dari pihak luar dan dalam negara yang terbaru ini memang tidak benar. Dengan
kata lain ia bohong semata-mata?
Persoalan ini memerlukan jawapan malah dengan tindakan Finma
mengenakan sekatan ke atas Falcon selepas bank itu secara "serius
melanggar" peraturan pengubahan wang haram berhubung cara ia mengendalikan
dana yang dikaitkan dengan 1MDB, lagilah banyak persoalan yang bermain di
kepala.
Finma turut mengarahkan Falcon, milik Abu Dhabi
International Petroleum Investment Co (IPIC) yang berpangkalan di Zurich supaya
menyerahkan lebih 2.5 juta franc Swiss (RM10.55 juta) dalam apa yang badan
pemantau itu mendakwa sebagai keuntungan haram.
Apakah arahan itu dibuat tanpa sebarang bukti? Sudah
pasti ada bukti yang cukup dan ia bukan arahan sewenang-wenangnya.
Malah Finma turut memulakan prosiding penguatkuasaan
terhadap dua bekas eksekutif Falcon, tetapi belum menyatakan nama mereka.
Kelmarin Singapura
mengarahkan Falcon untuk menghentikan operasinya di bandar raya itu.
PihakBerkuasa Kewangan Singapura (MAS) turut mendenda
pemberi pinjaman tempatan DBS Bank dan UBS AG berhubung kesilapan dalam
tindakan besar-besaran ke atas entiti yang berurusan dengan 1MDB.
Kejadian terbaru ini sama ada di Singapura atau di
Switzerland benar-benar ‘menghina’ rakyat dan negara kita.
Bila timbulnya persoalan seperti ini pemimpin dan
kerajaan tidak boleh mendiamkan diri.
Serangan semakin hebat oleh pertubuhan antarabangsa dan
rangkaian media tetapi kita seperti sudah ‘kalah dalam pertempuran’.
Jika benar, kenapa takut dilambung ombak?
Apakah kita tidak
mahu membersihkan imej kita yang sedang tercalar.
Pengurusan 1MDB tidak payahlah menjawab soalan seperti
ini di kampus hanya dengan pelajar. Rakyat atau orang awam mahu mengetahui
kebenaran mengenainya.
Apakah kita mahu maruah bangsa dan negara kita terus
dihina dengan gelaran negara rasuah yang dipimpin oleh pemimpin Islam yang
rasuah?
Bodoh...cina perbodohkan melayu....melayu sendiri provok keburukkan 1MDB padahal melayu yg sembang kat kedai kopi sekumit pun tak tau pasai 1MDB... kejayaan 1MDB diburukkan dengan penipuan dan tohmahan cina dan melayu yg mahu cepat merebut kenikmatan kejayaan 1MDB...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBiarlah pihak luar tu menyiasat sampai habis dulu dan mendakwa yg bersalah barulah kita bising.
ReplyDeleteABDAP...sy setuju dgn anda. Melayu yg anti najib dan gomen ni lah yg sbnrnya mkn dedak selama 22 tahun hingga keliru perjuangan melayu.