Siasatan terhadap pihak luar - institusi dan bank tertentu dan kaitannya dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) - mungkin bermula tiga atau empat tahun lalu.
Jangan ingat apabila ia sudah lama, siasatan khususnya
oleh pihak antarabangsa, terhenti begitu
sahaja.
Jika melibatkan kepada kepentingan maruah sesebuah negara
dan terjejasnya perniagaan, khususnya sebagai pusat kewangan antarabangsa, negara luar tidak akan memberi muka kepada sesiapa.
Lihat sahaja apa yang dilakukan oleh Amerika Syarikat,
Switzerland dan Singapura sejauh ini. Kenapa
mereka bertindak?
Itu belum lagi negara lain yang tidak kurang membabitkan 10 negara di dunia.
Untuk membersihkan nama mereka sebagai pusat kewangan
antarabangsa yang boleh dipercayai dan diyakini namun kini tercalar kerana isu
pengubahan wang haram, pihak berkuasa di negara berkenaan akan berbuat apa sahaja..
Walau angkuh mengatakan tidak akan ada apa-apa atau tidak
terjejas dan sebagainya, pengajaran sudah kita dapati daripada kes Falcon Private
Bank Ltd (Falcon) cawangan Singapura.
Bencana yang menimpa Falcon perlu diambil iktibar. Sebelum ini perkara sama berlaku kepada Bank BSI, juga dari Switzerland.
Jangan anggap apabila siasatan antarabangsa
dilakukan, ia adalah berkaitan soal luar negara semata-mata dan bolehlah kita tuduh mereka sengaja mahu memalu atau campur tangan dalam negara kita. Juga ia sebagai gerakan ‘konspirasai terhadap
pemimpin dan pemerintah negara ini’.
Kita dimaksudkan di sini ialah negara, kerajaan, pemimpin
dan juga rakyat.
Jangan sampai kita ditahap 'meludah ke langit dan jatuhnya ke muka kita sendiri.
Lihat sahaja kepada apa yang terjadi kepada Falcon di
Singapura.
Reuters
melaporkan pada Mac lalu (12 Mac 2016), pengurusan tinggi bank itu mulanya dengan
angkuh dan sombong apabila pada awal Mac lalu mengatakan tidak melihat apa-apa kesan
pada perniagaan mereka susulan publisiti berkaitan siasatan terhadap aktiviti dana
kekayaan negara iaitu 1MDB.
Malah Ketua Eksekutif bank Switzerland Eduardo Leemann (gambar kiri) ketika itu, berkata 9 Mac lalu, beliau tidak melihat ada kesan terhadap perniagaan bank itu
susulan publisiti sekitar siasatan itu.
Leeman kini digantikan dalam apa yang dikatakan sesuatu mengejutkan oleh bekas Eksekutif CreditSuisse Walter Berchtold sebagai Ketua Eksekutif mulai 1 September lalu.
The Wall Street Journal tahun lalu melaporkan
penyiasat mengesan hampir AS$700 juta dari akaun di Falcon di
Singapura itu dipindahkan ke akaun-akaun di Malaysia.
Mereka mendakwa akaun berkenaan milik Perdana Menteri
Malaysia.
Falcon, milik dana kekayaan negara Abu Dhabi
International Petroleum Investment Company (IPIC) yang berpangkalan di Zurich, dikatakan
memberikan bekerjasama dengan pihak berkuasa Singapura bagi tujuan membersihkan
namanya.
Dana Malaysia 1MDB ini turut disiasat oleh beberapa pihak
berkuasa di pelbagai negara, termasuk Singapura, New Zealand, Switzerland dan Amerika
Syarikat.
Bercakap dalam majlis pembukaan pejabat Falcon di Pusat
Kewangan Antarabangsa Dubai untuk pengurusan aset dan kekayaannya bagi
pelanggan-pelanggan di Timur Tengah, Eropah Timur dan tempat-tempat lain,
Leeman menegaskan pihaknya ‘mematuhi kawal setiap selia’.
“Kami sedang berhubung dengan pengawal selia di seluruh
dunia secara berterusan,” kata Leemann.
“Sebarang isu kawal selia yang timbul kami 100 peratus
bekerjasama,” tegasnya.
Selepas lima bulan disiasat, diumumkan di Singapuran
pada 17 Ogos lalu bahawa Falcon
dihalang daripada menceburi perniagaan
baru dalam Singapura oleh bank pusat tempatan dan pengawal selia kewangan.
Laporan akhbar Swiss, Finanz und Wirtschaft
memetik dapatan maklumat yang diperolehinya oleh seorang jurucakap mengatakan: "Adalah menjadi dasar untuk
MAS tidak mengulas mengenai urusan penyeliaan dengan institusi kewangan
tertentu".
Laporan akhbar Finanz und Wirtschaft tidak
pula menyebut jika bank-bank lain turut dihalang daripada menjalankan
perniagaan baru di Singapura.
Pihak Berkuasa Penyeliaan Pasaran Kewangan Switzerland
atau Swiss Financial Market Supervisory Authority (FINMA) enggan mengulas
mengenai perkara tersebut.
Menurut jurucakap FINMA, ia menjalankan kerjasama secara
erat dengan Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) dan pihak berkuasa
penyeliaan lain dalam siasatan ke atas 1MDB dan telah membuka prosiding
penguatkuasaan terhadap lima bank, salah satu daripadanya bercanggah dengan
bank BSI dari Switzerland.
Falcon yang merupakan salah sebuah bank yang disiasat
oleh MAS atas kemungkinan ketidak patuhan peraturan anti pengubahan wang haram
dalam urusniaga pengendalian yang melibatkan 1MDB, sebelum itu berkata, pihaknya sedang memberi
kerjasama kepada penyiasat Singapura.
Bukan setakat itu sahaja kerana pada 11 Oktober lalu, MAS
menarik balik status bank perdagangan Falcon Private Bank Ltd cawangan negara
itu susulan kaitannya dengan aliran dana berkaitan 1MDB.
Ibu Pejabat FINMA |
MAS mengumumkan perkara itu susulan “kegagalan serius
kawalan antipengubahan wang haram (AML) dan pengurusan tidak betul oleh
pengurusan kanan di ibu pejabat di Switzerland, dan juta cawangan Singapura”.
Kenyataan itu menambah: “MAS juga mengenakan denda
kewangan pada DBS Bank Ltd (DBS) dan UBS AG, cawangan Singapura (UBS) kerana
melanggar keperluan AML MAS.”
Tindakan itu diambil susulan pemeriksaan terhadap aliran
dana berkaitan 1MDB melalui ketiga-tiga bank itu antara Mac 2013 dan Mei 2015.
Apa maknanya ini? Bermakna bahawa selepas apa yang
menimpa Falcon ini, akan ada lagi ‘bala lain’ yang akan menimpa.
Siapa tidak pasti tetapi yang melakukan kesilapan,
berjaga-jagalah!
FINMA kelmarin turut mendedahkan, kira-kira AS$ 3.8
bilion dana berkaitan 1MDB disalurkan melalui Falcon dan dana itu termasuk
melalui urusniaga AS$681 juta dan pembayaran balik AS$620 juta enam bulan
kemudian.
Pihak berkuasa kewangan itu tidak memberikan butirannya
tetapi jumlah itu dilapokan sepadan dengan AS$ 681 juta yang diterima oleh
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang dirujuk sebagai RM2.6 bilion
berdasarkan kadar pertukaran ketika itu apabila perkara berkenaan didedahkan
pada Julai tahun lalu.
Perdana Menteri menafikan dakwaan dengan menyebut ia adalah
"derma dari Arab" dan AS$620 juta daripada wang itu kemudiannya
dikembalikan. Malah Pejabat Peguam Negara Malaysia sudah ‘membersihkan Najib’
dalam isu ini.
MAS kini terus bekerjasama dengan pelbagai badan
antarabangsa, terutamanya Finma. Falcon menjadi bank kedua ditutup, selepas
bank Switerzerland BSI, di tengah-tengah dakwaan skandal 1MDB itu.
Selain itu, FINMA turut
mengenakan sekatan ke atas Falcon kerana melanggar secara serius "peraturan
pengubahan wang haram berhubung cara ia mengendalikan dana yang dikaitkan 1MDB
turut mengarahkan Falcon menyerahkan
lebih 2.5 juta franc Swiss (RM10.55 juta) dalam apa yang badan pemantau itu
mendakwa sebagai keuntungan haram.
Sudah jatuh ditimpa tangga, tidak cukup dengan itu,
Pejabat Peguam Negara (OAG) Switzerland kelmarin (12 Oktober 2015) akan memulakan prosiding jenayah terhadap Falcon.
Diulangi, prosiding jenayah kerana gagal menghalang
kesalahan berkaitan dengan penyelewengan dana 1MDB.
Keputusan memulakan prosiding dikatakan berdasarkan maklumat yang didedahkan oleh
siasatan dalam kes 1MDB dan isu-isu yang dibangkitkan dalam keputusan FINMA
dari awal Oktober 2016.
OAG mengesyaki kekurangan seliaan dalam organisasi
dalaman Falcon dan bank berkenaan tidak dapat menghalang pelakuan kesalahan.
Seperti disebut di atas, siasatan sedang berjalan oleh
banyak negara luar dan maklumat yang sedang dikumpulkan kelihatannya semakin
jelas.
Kini tunggu sahaja apa yang akan berlaku selepas ini.
Hakikatkan semakin banyak yang terdedah dan semakin
gementarlah mereka seperti yang disebut oleh FINMA sebagai pihak yang melanggar
secara serius "peraturan pengubahan wang haram berhubung cara ia
mengendalikan dana yang dikaitkan 1MDB.
Cumanya apakah rakyat kita akan terpalit dan akan didakwa seperti pendakwaan dua pegawai Bank BSI di Singapura akhir bulan ini?
No comments:
Post a Comment