"Apakah dengan berdiam diri itu, PAS merestui dana 1MDB disalahguna sewenang-weanngnya? Apakah bagi PAS adalah HALAL bagi bukan Islam menggunakan wang 1MDB bagi parti seks?"
Pihak yang rimas, tidak selesa atau merasa sangsi dengan kritikan
serta pendedahan demi pendedahan media Barat mengenai bagaimana dana 1Malaysia
Development Berhad (1MDB) digunakan untuk ‘maksiat melampau’, wajar melakukan penyelidikan dan jangan membiarkan
negara dan 1MDB menjadi bahan ‘belasahan’.
Cari jalan untuk menjawab atau nafikan bahawa wang 1MDB
tidak terbabit langsung dengan kegiatan mungkar itu.
Bukan sahaja cerita sebegini akan mendatangkan pelbagai
spekulasi tetapi ia menjejas dan memalukan rakyat malah imej Malaysia sebagai
negara Islam pasti terjejas.
‘Maksiat melampau’ ini tidak ada kena mengena dengan
Perdana Menteri, pemimpin UMNO atau kerajaan secara langsung tetapi tempiasnya
amat besar.
Apakah rakyat kita begitu
mudah dimanipulasi dan negara
kita begitu terdedah kepada perbuatan bersifat iblis oleh pihak-pihak tertentu
menggunakan ‘wang rakyat’ bagi tujuan yang dilarang oleh Islam?
Yang bijak pandai dalam kumpulan tentera siber yang
digaji dan mendapat upah daripada parti politik yang menyokong kerajaan,
khususnya UMNO atau kerajaan dan ada yang mendapat latihan sehingga ke luar
negara, kenapa berdiam diri?
Nafikan laporan media Barat yang memburukkan 1MDB yang tempiasnya
sangat dirasakan oleh negara, apa lagi pendedahan terbaru The Hollywood Reporter
(THR) bertajuk “Leonardo DiCaprio, the Malaysian Money Scandal and His "Unusual" Foundation”.
Ini kerana laporan terbaru THR itu menyebut sebuah
penerbitan industri hiburan yang berpangkalan di Amerika Syarikat membuat
tuduhan berat bahawa aset yang
dipercayai dicuri daripada firma pelaburan strategik negara Malaysia itu, mungkin
ada kait-mengait dengan yayasan kebajikan kepunyaan bintang Hollywood, Leonardo
DiCaprio.
Di sini disebut mungkin dan sudah pasti ada ruang untuk
diselidiki dan diperbetulkan laporan itu untuk membersihkan 1MDB.
Menurut THR, “While the complaint does not target DiCaprio — he's referred
to twice in the 136-page document and only as "Hollywood Actor 1" —
the scandal shines an unfamiliar light on the charitable foundation of the most
powerful actor in Hollywood thanks to the way the LDF has benefited directly
from DiCaprio's relationship with key figures in the saga.”
Siapa “key figures” berkenaan?
Laporan Jabatan
Keadilan (DOJ) Amerika sudah mendedahkan
baru-baru ini nama-mana mereka dan sewajarnya bagi yang bersimpati dengan 1MBD,
akan berusaha membersihkan nama mereka
yang disabitkan oleh DOJ itu.
DiCaprio terkenal di seluruh dunia bukan sahaja kerana
lakonannya tetapi juga dengan penganjuran parti liar.
Membersihkan 1MDB ini penting bukan sahaja penting untuk ‘membebaskan
tempias’ terhadap Perdana Menteri tetapi juga kerajaan, UMNO dan semua pihak
yang sering dijadikan bahan belasahan oleh media antarabangsa dan pembangkang
di negara ini.
Cara menutup mulut pembangkang ialah menidak atau
menyakinkan rakyat bahawa laporan seperrti yang dibuat oleh THR ini BOHONG,
BERNIAT JAHAT dan TIDAK BENAR SAMA SEKALI.
Malah, PAS yang terus membisu dan tidak menentang
kemungkaran seperti parti seks ini amat pelik.
Sewajarnya PASlah yang melakukan sesuatu bukan sahaja
sekadar mendedah dan membongkar keburukan dan kemungkaran daripada kemungkinan
akibat menggunakan dana 1MDB ini tetapi menyerang pihak-pihak yang melakukan
maksiat ini.
Apakah dengan berdiam diri itu, PAS merestui dana 1MDB – yang ditubuhkan untuk tujuan pembangunan negara – disalahguna sewenang-weanngnya?
Apakah bagi PAS adalah HALAL bagi bukan Islam menggunakan
wang 1MDB bagi parti seks seperti ini?
‘Dibenarkan oleh PAS’ untuk dibelanjakan untuk tujuan
maksiat?
Apakah suara menentang perbuatan menyalahgunakan dana ini
diserahkan kepada pihak lain dan PAS mengunci mulut kerana sesuatu sebab untuk
tidak ;menyakitkan’ pemimpin UMNO tertentu?
Menurut laporan THR terbaru, wujud parti serba bebas dan
liar dipanggil ‘bacchanal’ pada Julai lalu.
‘Bacchanal’ boleh
diterjemahkan sebagai "orgies" atau pesta seks berkumpulan dan ia
merujuk kepada sambutan kumpulan kultus Bacchus, dewa purba anggur, kegilaan
ritual, keghairan agama dan teater.
Mungkin keterlaluan, tetapi ‘bacchanal’ akan membuatkan para
isteri pasti tergugat dengan wanita Slavic yang pakaian menjolokkan mata di
mana para pasangan secara terbuka bercengkerama di bilik mandi,".
Itu adalah bagaimana THR menghuraikan majlis tahunan
Yayasan Kebajikan DiCaprio (LDF) itu, berdasarkan mereka yang pernah
menghadirinya.
Sambutan itu terkenal dengan keseronokan hedonistik
seperti penggunaan alkohol, dadah, seks, orgies serta kerakusan.
Dan jika laporan oleh penerbitan itu adalah benar, wang
yang didakwa dicuri dari 1MDB mungkin didermakan kepada ‘yayasan kebajikan’ itu
di dalam salah satu parti liar yang dianjurkan bagi mengutip derma dan
menghidangkan makan malam mewah dengan pelayan Slavic yang separuh bogel.
THR emndedahkannya berdasarkan maklumat dalam pemfailan
pelucutan aset berkaitan 1MDB yang dibuat oleh DOJ itu.
THR melaporkan pada majlis tahun ini yang diadakan pada
20 Julai lalu di St Tropez, tiket bermula pada harga AS$11,778, dengan DiCaprio
menyambut kehadiran kira-kira 500 tetamu parti liarnya.
Bagaimanapun dilaporkan Jho Low, 35, tidak hadir pada pesta
seks 20 Julai itu.
No comments:
Post a Comment