Bukan yang sokong
Mukhriz sahaja perlu keluar UMNO, yang sokong Muhyiddin mahupun Dr Mahathir
juga perlu keluar UMNO dengan segera.
Juga, yang bersimpati dengan Shafie Afdal cepat-cepat
lakukan perkara yang sama.
Semalam, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah,
Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menegaskan, keahlian anggota UMNO Kedah
akan gugur serta-merta sekiranya menyertai Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (BERSATU).
Perkara tersebut berlandaskan perlembagaan UMNO yang
anggota parti itu tidak boleh mempunyai dua keahlian parti yang berbeza.
Namun sejauh ini UMNO tidak boleh bertindak atau melakukan pengguguran secara automatik dan ia tidak akan berlaku kerana parti yang diasaskan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu belum terdaftar secara rasmi.

Ahmad Bashah....program pemutihan |
Malah, sejauh ini tiada ahli parti itu yang didaftarkan
secara rasmi sehingga parti berkenaan diluluskan pendaftarannya.
Ahmad Bashah berkata UMNO Kedah akan melakukan program pemutihan bagi mengesan sekiranya terdapat anggota parti itu mempunyai dua keahlian selain Umno.
Ahmad Bashah berkata UMNO Kedah akan melakukan program pemutihan bagi mengesan sekiranya terdapat anggota parti itu mempunyai dua keahlian selain Umno.
UMNO Negeri lain bagaimana?
Malah, Menteri Besar Kedah itu
berkata anggota UMNO yang mempunyai jawatan dalam parti itu tidak kira di
peringkat cawangan dan bahagian juga akan dipecat daripada jawatan yang
disandang mereka jika didapati melakukan kesalahan itu.
Jika mereka ada jawatan lain seperti Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) mereka juga akan dilucutkan jawatan berkuat kuasa serta merta.
Jika mereka ada jawatan lain seperti Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) mereka juga akan dilucutkan jawatan berkuat kuasa serta merta.
Hebat penegasan ini.
Selepas pembersihan ini, agaknya ada berapa ahli UMNO? Masih kekal lebih tiga
juta?
Jadi kepada yang ada hati dengan BERSATU atau berhasrat
tinggalkan UMNO, buatlah pendirian supaya KAMU semua jangan dicop sebagai gunting dalam lipatan dan lebih teruk ‘DURI
DALAM DAGING’.
Johari...tidak mahu ada ejen parti lain |
Rasanya itu adalah langkah terbaik bagi UMNO, jika
mengikut pendapat Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Seri Mohd Johari
Baharom.
Johari sekadar menyebut Mukhriz tetapi jika hati sudah
berubah dan yang berminat dengan parti baru – BERSATU – adalah lebih baik
berundur secara sukarela daripada UMNO.
Soalnya, apakah UMNO juga akan memecat mereka yang
diketahui menyokong dan bersimpati dengan perjuangan empat tokoh yang dikenali
dengan 4M – Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin
Yassin, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir?
Johari menganggap mereka yang menyokong salah satu ‘M’ itu akan menjadi perosak parti
kerana akan menyalurkan pelbagai maklumat sulit berkaitan UMNO.
Mungkin kerana berucap di Kubang Pasu dan di Kedah,
beliau hanya menyebut Mukhriz tetapi yang 3M lagi itu juga ada pengikut mereka.
Johari berkata, UMNO tidak mahu mereka terbabit menjadi ejen kepada parti lain yang akan merosak dan memporak-perandakan keharmonian sesama anggota dan kepimpinan parti.
Walau apapun, krisis yang berlaku dalam parti itu tidak mematahkan semangat perjuangan anggota parti yang ditunjangi Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak.
"Kita mesti patuh kepada pemimpin yang dilantik... sama seperti kita mempertahankan Tun Mahathir suatu ketika dahulu ketika UMNO dilanda krisis besar sehingga beliau (Tun M) menjadi perdana menteri selama 30 tahun," katanya.
Anggota UMNO boleh melupakan pemimpin yang lepas (Mukhriz) serta yang lain dan memberi fokus dalam mempersiapkan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Menteri itu mengingatkan, anggota UMNO
yang masih berpihak dan menyokong Mukhriz boleh keluar
daripada parti itu kerana hanya merosakkan perpaduan dalam parti, ibarat
gunting dalam lipatan.
Adalah tidak wajar mereka kekal dalam UMNO kerana hanya menyebabkan pecah belah dalam kalangan anggota lain yang taat pada perjuangan parti.
"Sebelum ini ramai yang keluar UMNO apabila menyokong kepimpinan UMNO yang keluar parti dengan menubuhkan parti baru seperti Semangat 46 dan PKR tetapi akhirnya mereka kembali kepada UMNO.

Bukankah mereka ini pernah menjadi pengkhianat dan gunting dalam
lipatan?
Kenapa pula mereka diterima malah diberikan jawatan penting dalam
kerajaan dan parti?
Apakah kerana mereka sudah insaf atau demi kepentingan
pemimpin tertentu?
Muliakah mereka ini berbanding ahli UMNO yang selama ini
setia dan kini diminta berundur dari UMNO dan jika degil, mereka akan dipecat?
"UMNO merupakan sebuah parti yang kukuh dan sebagai
anggota UMNO kita akan pertahankan kepimpinan kita yang bersilih ganti bagi
memastikan parti yang memperjuangkan bangsa Melayu terus utuh pada masa
depan," kata Johari.
Beliau menyatakannya
selepas perasmian mesyuarat perwakilan Pemuda UMNO bahagian Kubang
Pasu di Jitra semalam.
Memandangkan UMNO tidak menghalang anggotanya keluar parti disebabkan rasa simpati terhadap Mukhriz dengan menyokong parti baru yang ditubuhkan Dr Mahathir, adalah elok ramai-ramai berbuat demikian.
Memandangkan UMNO tidak menghalang anggotanya keluar parti disebabkan rasa simpati terhadap Mukhriz dengan menyokong parti baru yang ditubuhkan Dr Mahathir, adalah elok ramai-ramai berbuat demikian.
Tanpa mereka pun UMNO akan tetap teguh.
Buang dan halau mereka beramai-ramai kerana sekiranya
anggota parti yang menyokong 4M dihalang daripada keluar parti, mereka ini akan merosakkan UMNO.
Mereka akan membusukkan UMNO memandangkan mereka adalah ‘duri
dalam daging’.
Ingatkah atau pernahkah anda membaca novel novel Ranjau
Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad?
Bahaya duri dalam daging ini umpamanya kisah Lahuma yang terpijak duri nibung dan melarat kesakitan itu
ke seluruh tubuhnya lalu dia meninggal dunia.
Apakah UMNO mahu menjadi Jeha sebagai ibu tunggal
menggalas tanggungjawab membesarkan ‘anak-anak’ di samping mengusahakan sawah
padi demi mencari sesuap nasi setiap hari.
Kita tidak mahu UMNO menjadi Jeha yang dilanda kurang
siuman dek terlalu tertekan dan mula merayau-rayau keliling kampung sehinggalah
pada suatu hari dia ke rumah Tok Penghulu dengan berkelakuan tidak sopan, yang
menyebabkan dia dikurung di rumahnya di dalam sebuah kurungan, sebelum dihantar
ke rumah sakit jiwa di Tanjung Rambutan oleh Tok Penghulu agar dia kembali
sembuh.
Kepada yang masih dalam UMNO dan pada ketika yang sama
menyokong perjuangan 4M, keluarlah cepat-cepat dari UMNO supaya parti itu
‘tidak sasau’ seperti Jeha.
Juga, dengan tinggalkan UMNO, KAMU tidak dicop sebagai
perosak dan pemusnah UMNO.
Malah dengan keluarnya KAMU, duri sudah dicabut daripada
daging dan mudah untuk UMNO diubati.
Lagipun, kalaupun UMNO nak musnah, biarlah orang lain
yang musnahkannya, bukan kerana KAMU yang selama ini sayang dan memuja UMNO!!!
Betui tu..tunggu apa lagi..sila lah keluar...tiada paksaan dalam memilih parti..
ReplyDeletePas dah buat macam tu, ada je pun parti pas, tak runtuhpun. Dap juga pernah pecat ahlinya yang jadi gunting dalam lipatan. So apa salahnya kalau umno pecat ahli yang bermuka dua...
ReplyDeletePas dah buat macam tu, ada je pun parti pas, tak runtuhpun. Dap juga pernah pecat ahlinya yang jadi gunting dalam lipatan. So apa salahnya kalau umno pecat ahli yang bermuka dua...
ReplyDelete