Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) dijangka menyita aset yang mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), demikian
menurut laporan sebuah media antarabangsa negara itu
Skala sitaan akan menjadi yang terbesar dalam sejarah
negara kuasa besar dunia ituyang dianggarkan AS850 juta (RM3,400 juta), lapor The
Wall Street Journal (WSJ) hari ini.
Memetik sumber, WSJ melaporkan, inisiatif bahagian aset Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dijangka memfailkan saman sivil untuk mendapatkan kebenaran menyita aset-aset itu pada pagi ini (Rabu, waktu Amerika Syarikat).
Memetik sumber, WSJ melaporkan, inisiatif bahagian aset Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dijangka memfailkan saman sivil untuk mendapatkan kebenaran menyita aset-aset itu pada pagi ini (Rabu, waktu Amerika Syarikat).
Menurut laporan Malaysiakini, pihaknya sedang cuba
mendapatkan reaksi 1MDB bagi mengesahkan laporan itu.
Akhbar itu sebelum
ini melaporkan, mereka yang dikaitkan dengan dana ini melabur berjuta-juta
dolar dalam hartanah dan perniagaan di Amerika Syarikat.
Ejen daripada unit rasuah antarabangsa Biro Penyiasatan
Persekutuan (FBI) sudahpun menjalankan pelbagai siasatan secara meluas membabitkan
jenayah terhadap individu serta institusi yang terbabit dengan 1MDB, iaitu tabung yang ditubuhkan pada 2009.
Ia bertujuan memacukan ekonomi negara, sebaliknya menjadi
sebuah syarikat yang dibebani pelbagai skandal kewangan dan hutang.
Penyitaan aset ini boleh dianggap sebagai langkah
permulaan terhadap 1MDB oleh kerajaan Amerika Syarikat dalam konteks siasatan.
Belum diketahui jenis aset yang akan disita. Namun
tindakan dijangka melepasi saman sivil yang dimulakan sejak 2015 bertujuan
merampas aset bernilai kira-kira AS$850 juta (RM3.6b) membabitkan tiga syarikat
telekom, menurut mereka yang mahir dengan kes seperti ini.
Mereka mengatakan siasatan masih berterusan.
Langkah menyita aset oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat
terikat dengan tabung pelaburan oleh kerajaan negara asing, dilihat sebagai tindakan mempergiatkan usaha
global di pihak Washington bagi menentang penyelewengan dan rasuah.
Ia juga bertujuan menyekat kegiatan mendapatkan dana
secara tidak sah (haram) melalui sistem kewangan dunia.
Tindakan oleh Amerika Syarikat ini dijangka akan menggugat
hubungan baik antara Washington dan Kuala Lumpur – negara Islam sederhana –
yang menjadi sekutu Amerika Syarikat begitu lama di Asia Tenggara.
Malaysia dikatakan amat rapat dengan Asia Barat selain
dijadikan sebagai penghadang (bulwark) dengan China yang dilihat
semakin mencengkam kuasanya di Asia.
Presiden Barrack Obama memperteguhkan hubungan dengan
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Razak apabila bermain golf
bersama di Hawaii pada cuti Krismas 2014.
Penyitaan aset yang akan dilaksanakan oleh Jabatan
Kehakiman melalui satu inisiatif yang di namakan sebagai Kleptocracy Asset Recovery Initiative yang ditubuhkan pada 2010 bertujuan
menyasarkan kes-kes berkaitan rasuah di luar negara.
Kes terbesar olehnya ialah penyitaan bernilai AS$850 juta
aset yang dikaitkan dengan rasuah oleh tiga kumpulan syarikat telekom global yang
dikaitkan dengan anak perempuan Presiden Uzbekistan.
Kes berkenaan masih di peringkat timbangtara.
No comments:
Post a Comment