"Kerana 1MDB nama negara lain rosak....pusat kewangan Singapura yang selama ini bersih dan dipercayai oleh dunia kini dikantoikan dengan kejadian penipuan, kecurian dan pengubahan wang haram oleh orang kita, rakyat kita."
Tidak payah Amerika Syarikat atau Switzerlandlah....
Jiran sebelah Tambak Johor mengutuk kita secara langsung
pun kita masih boleh buat ‘muka sadin’.
Kita tidak tahu apa persepsi rakyat negara itu terhadap
rakyat kita kini. Apa lagi yang setiap
hari berulang-alik menyeberangi Tambak Johor ke negara jiran untuk mencari
‘sesuap nasi’.
Harap-harap mereka tidak mengecop semua orang Malaysia
sebagai ‘penipu, penyeleweng atau kaki curi duit’. Namun kalau yang rasa nak berbangga
pun boleh juga. Ini sebab songlap dan
curi bukan sedikit, berbilion dolar.
Skandal terbesar dunia sejauh ini...
Tak tahulah apa lagi ‘bala’ yang akan datang terhadap
negara dan rakyat Malaysia. Selain Singapura, kini ada enam atau tujuh negara
yang sedang membuat penyiasatan berkaitan 1MDB.
Ramai daripada kita menjawab dan kononnya mencabar bagai ‘hero
Tamil’ dengan Amerika Syarikat tetapi Singapura yang turut mengutuk kita, tidak
siapa pun yang ambil peduli.
Memang kita muka tembok, lebih tebal daripada Tambak
Johor!!!!
Apa kata Singapura?
Ravi Menon...Pengarah Urusan MAS |
“Tidak dapat dinafikan (disembunyikan) lagi bahawa Singapura merasai bala terhadap
reputasinya sebagai pusat kewangan yang bersih dan dipercayai, akibat
pelanggaran terhadap undang-undang anti- pengubahan wang haram negara itu dalam hubungannya dengan skandal 1Malaysia
Development Berhad (1MDB).
“Sudah tentu pendedahan terbaru ini memberi kesan terhadap
reputasi kami sebagai sebuah pusat kewangan yang bersih dan diyakini,”
kata Pengarah Urusan Lembaga Kewangan Singapura (MAS) Ravi Menon kelmarin.
Katanya, pengawal selia antarabangsa tidak tahu aliran
wang melibatkan 1MDB adalah tidak sah, dan berkata ia mula disedari pada 2014,
empat tahun selepas transaksi paling awal.
Apa maknanya tu?
Maknanya kerana 1MDB, nama negara lain rosak.
Nama pusat kewangan Singapura yang selama ini bersih dan
dipercayai oleh dunia kini dikantoikan dengan kejadian penipuan, kecurian dan
pengubahan wang haram oleh orang kita, rakyat kita.
Kenyataan Menon bukan sekadar dilaporkan oleh Straits
Times Singapura sahaja tetapi dipetik oleh media antarabangsa. Mana nak
letakkan muka kita?
Nak tahu? Baca di sini (Financial Times), (Reuters), (New York Times) dan banyak lagi.
Tak faham lagi?
Menon berkata kelmarin, kesannya industri kewangan di
negara itu terpaksa berbuat sesuatu dan mana-mana institusi kewangan akan berdepan dengan tindakan atau keputusan
lebih keras terhadap sebarang kelalaian, di mana tuntutan ialah, dalam menjalankan pemeriksaan, keutamaan ialah
mengelakkan instrusif (Kamus Cambridge –
“being involved in a situation where you are not wanted or do not belong”) dan bertindak tegas terhadap
institusi yang degil.
MAS, yang berperanan mengawal selia sektor kewangan
Singapura dan berfungsi sebagai bank pusat negara itu, memberi amaran akan
mengetatkan penguatkuasaan dan mengambil tindakan tegas terhadap institusi yang
tidak mematuhi peraturan ditetapkan.
Sebelum ini, kesalahan kewangan dirahsiakan, tetapi kini
MAS mahu mengumumkan identiti pesalah terutama yang berkait pengubahan wang dan
keganasan.
“Kami mengambil jalan lain kerana bagi saya, menamakan
dan memalukan mereka lebih berkesan daripada denda.”
MAS baru-baru ini mendedahkan merampas aset sejumlah
AS$180 dalam sisatan terhadap 1MDB.
Separuh daripadanya dikaitkan dengan ahli perniagaan
Malaysia, Low Taek Jho, yang dikatakan mempunyai hubungan kekeluargaan yang
rapat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ia susulan langkah Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat
mahu menyita wang yang didakwa dilarikan daripada 1MDB berjumlah AS$1 bilion.
Tidakkah kesemua tindakan oleh pihak bekuasa Singapura
itu gara-gara hubungkait dengan 1MDB? Bolehkah kita katakannya bukan dan walaupun
banya pihak cuba menafikanlah!
Rakyat seluruhnya mendapat malu dengan kenyataan seperti
ini yang secara tidak langsung memperli kita yang mengakibatkan imej dan reputasi
negara Singapura terjejas di mana dunia.
Industri kewangan Singapura bukan calang-calang dan
selama ini dihormati oleh dunia, namun kerana ada ‘tiga atau empat dalang’, ia
menjadi tercemar dan apakah Malaysia tidak merasa apa-apa dengan kedudukan
terkini?
Tidak tahulah kalau ada pemimpin atau rakyat kita yang
masih tidak terasa dengan komen sedemikian. Tetapi bagi yang sensitif dan
bermaruah, kita patut malu dengan kenyataan MAS itu.
Atau apakah kita masih merasakan kita masih di pihak yang
‘benar dan tiada kaitan langsung’?
!MDB tidak melakukan sebarang kesalahan membabitkan salah
laku atau sedikit pun merasa tidak terpalit? Sebaliknya semuanya dilakukan oleh tiga serangkai itu? Atau IPIC dan Petro Saudi yang patut dipersalahkan?
Boleh kita cuci tangan begitu sahaja?
Menon yang membuat kenyataan keras pada sidang media
sempena laporan tahunan MAS itu berkata siasatan yang sedang berlangsung ke
atas institusi kewangan yang berkaitan (saya ulangi BERKAITAN, maknanya ada
hubunganlah tu, sila faham jangan buat bodoh) dengan 1MDB menuntut peringatan
bahawa sektor kewangan tempatan negara itu tetap terdedah dengan bahaya risiko pengubahan
wang dan pembiayaan ‘haram’.
Minggu lalu, MAS memberi
peringatan kepada tiga bank di negara itu iaitu UBS Bank, DBS Bank juga Standard Chartered Bank kerana kelalaian dalam kawalan serta kelemahan
dalam proses menerima pelanggan dan mengawal selia transaksi dakam beberapa kes
tertentu.
"MAS kecewa dengan kelalaian dalam bidang kawalan
berkaitan AML/CFT (anti-pengubahan wang haram/banteras pembiayaan untuk
keganasan( disamping melanggar ketetapan atau peraturan AML/CFT yang kita kesan dalam institusi kewangan di
negara ini, “ tegas Menon pada Isnin.
Berikutan itu Singapura bersedia untuk mengumumkan nama
dan memalukan mana-mana bank yang terlibat dalam aktiviti pengubahan wang,
selepas skandal melibatkan syarikat milik kerajaan Malaysia 1MDB yang
menjejaskan imej negara itu sebagai sebuah pusat kewangan.
Dengan tegas Menon berkata, ia tidak akan sekali-kali dipaksa
bertanggungjawab melibatkan pengubahan
wang seperti yang dibongkar dalam siasatan sepanjang 15 bulan ke atas akaun
berkait 1MDB.
MAS memulakan siasatan pada 2015, kata Menon, yang enggan
memberi butir lanjut dengan alasan siasatan masih diteruskan.
No comments:
Post a Comment