Kita wajar
mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa
dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam kaitannya dengan Rundingan
Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) peringkat menteri-menteri TPPA di Atlanta, Georgia,
Amerika Syarikat.
Mustapa sebelum
ini berkata, kehadirannya bukan untuk menandatangani perjanjian itu kerana
keputusan muktamad akan diputuskan Parlimen.
Mustapa yang
mewakili Malaysia pada rundingan TPPA dengan 11 pihak lain iaitu Amerika
Syarikat, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru,
Singapura dan Vietnam jelas menunjukkan sikap keprihatinan beliau kepada
kehendak rakyat negara ini.
Mustapamenegaskan, Malaysia tidak akan memihak kepada perjanjian yang tidak mengikut
Perlembagaan negara atau yang menjejaskan dasar-dasar teras yang dimulakan oleh
kerajaan untuk manfaat rakyat.
Jaminan
ini sangat penting kerana banyak perkara dibimbangi akan merugikan negara,
termasuk agenda Bumiputera.
Mustapa - sepanjang rundingan, mulai 30 September hingga
1 Oktober lalu, sentiasa berkomunikasi dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Tun Razak untuk memaklumkan perkembangan terkini mengenai kemajuan rundingan,
serta, mendapatkan panduan dan mandat bagi melindungi kepentingan Malaysia.
Najib sebelum ini memberikan jaminan kepada rakyat Malaysia
bahawa negara akan mendapat faedah daripada pasaran lebih luas dengan menyertai
TPPA memandangkan 12 negara yang sedang berunding perjanjian itu berpotensi
bertambah kepada 20 pada masa depan.
Perdana Menteri berkata jika Malaysia tidak menyertai TPPA, negara akan kerugian besar memandangkan Malaysia sebuah negara berorientasikan eksport yang membentuk sebahagian daripada rejim perdagangan bebas global.
Beliau berkata TPPA berpotensi menawarkan akses pasaran yang lebih luas bukan sahaja kepada syarikat-syarikat yang sedang beroperasi di Malaysia, malah mampu menarik minat pelabur di seluruh dunia untuk membuka operasi perniagaan mereka di Malaysia.
Perdana Menteri berkata jika Malaysia tidak menyertai TPPA, negara akan kerugian besar memandangkan Malaysia sebuah negara berorientasikan eksport yang membentuk sebahagian daripada rejim perdagangan bebas global.
Beliau berkata TPPA berpotensi menawarkan akses pasaran yang lebih luas bukan sahaja kepada syarikat-syarikat yang sedang beroperasi di Malaysia, malah mampu menarik minat pelabur di seluruh dunia untuk membuka operasi perniagaan mereka di Malaysia.
Dengan itu, perkongsian TPP boleh menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menarik sekaligus meningkatkan pelaburan langsung asing (FDI).
Perjanjian perdagangan itu sudah dirancang sejak 2008 tetapi ia tergendala susulan pertikaian politik yang sensitif, termasuk pergaduhan antara Amerika Syarikat dan Jepun ke atas industri automotif.
Satu
daripada pertikaian terakhir yang berjaya diselesaikan membabitkan antara
Australia dan Amerika Syarikat, yang menuntut perlindungan 12 tahun ke atas
ubatan biologi berbanding tiruan generik.
Kedua-dua
negara mencapai kata sepakat yang rumit dengan menyediakan sekurang-kurangnya 5
hingga 8 tahun eksklusif terhadap produk berasaskan biologi.
Chile,
Peru dan negara-negara lain terus bimbang tentang kenaikan harga ubat-ubatan
melalui tempoh eksklusif yang panjang itu, menurut mereka yang mengikuti
perbincangan itu.
Menurut
laporan, Amerika Syarikat, Jepun dan 10 negara lain di rantau Asia Pasifik hari
ini mencipta sejarah apabila memeterai perjanjian bagi mengurangkan halangan
perdagangan barangan dan perkhidmatan serta menetapkan peraturan komersial dua
per lima daripada ekonomi global, kata pegawai, menurut laporan.
Menurut
akhbar The Wall Street Journal (WSJ), pegawai kanan negara yang terlibat
dijangka mengumumkan perkara itu pada sidang media di Atlanta, semalam.
Bagi
Amerika Syarikat, Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) membuka pasaran
pertanian di Jepun dan Kanada, mengetatkan peraturan harta intelek bagi memberi
manfaat kepada syarikat teknologi dan mewujudkan 1 blok ekonomi yang padu untuk
menyaingi pengaruh China di rantau ini.
Perjanjian
itu adalah satu kejayaan bermakna buat Presiden Amerika Syarikat Barack Obama
yang melihatnya sebagai perangsang kepada pertumbuhan ekonomi, meningkatkan
industri berdaya saing dan menyatukan negara Pasifik yang dengan aliran
pemikiran yang sama ketika China – bukan sebahagian daripada blok ekonomi itu –
mengamalkan postur ekonomi dan ketenteraan yang lebih menonjol di rantau ini.
Bagaimanapun,
Obama bakal berdepan cabaran tidak lama lagi bagi mendapatkan kelulusan
daripada ahli Kongres negaranya yang terbahagi.
Hanya
segelintir ahli Demokrat menyokong dasar perdagangan dibawa Obama, dan sokongan
puak Republikan dalam pilihan raya tahun depan tidak dapat diduga, bergantung
kepada pendirian calon presiden dan kepimpinan baharu dalam Dewan.
Dalam
keadaan sekarang, perjanjian itu tidak boleh dibentangkan untuk diundi dalam
Kongres hingga awal tahun depan.
Selepas
berpuluh-puluh rundingan dan 5 hari tawar-menawar diadakan di Atlanta, menteri
perdagangan dan pegawai kanan lain berkata mereka menyelesaikan pertelingkahan
berhubung perlindungan harta intelek terhadap ubatan biologi, peraturan
pemasangan-automotif dan produk tenusu.
Jika ia
diluluskan Kongres, perjanjian itu akan mengembangkan Perjanjian Perdagangan
Bebas Amerika Utara yang dimeterai 2 dekad lalu membabitkan Jepun, Australia,
Chile, Peru dan beberapa negara di Asia Tenggara.
Menurut
Mustapa, perundingan itu bersetuju untuk mempertimbang hampir kesemua
kebimbangan dan sensitiviti yang dibangkitkan Malaysia seperti isu pemerolehan
kerajaan, perusahaan milik negara dan bumiputera.
Butiran
fleksibel diberikan kepada Malaysia termasuk tempoh peralihan lebih panjang dan
layanan berbeza bagi perkara yang sensitif kepada negara.
"Saya
ingin mengulangi sama ada Malaysia menjadi pihak atau sebaliknya kepada TPPA
akan menjadi keputusan secara kolektif. Sebaik sahaja teks rasmi perjanjian
siap dan disediakan, ia akan dibawa kepada pengetahuan umum dan dibentangkan di
Parlimen untuk dibahas.
"Kita
juga akan mengadakan perundingan penuh dengan pihak-pihak berkepentingan dan
orang awam," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Mengenai
isu hak harta intelek, beliau berkata Malaysia tetap tegas bahawa TPPA
tidak seharusnya menghalang akses orang ramai kepada ubat-ubatan dan penjagaan
kesihatan yang mampu milik, dan pada masa yang sama, memastikan insentif yang
perlu untuk pencipta farmaseutikal menghasilkan ubat-ubatan baharu.
Berhubung
akses pasaran, elemen asas dalam mana-mana perjanjian perdagangan bebas (FTA),
Malaysia merumuskan rundingan dengan semua pihak, dengan duti import bagi
hampir semua produk akan dihapuskan.
"Pada
dasarnya, hasilnya akan menyediakan peluang akses pasaran yang lebih besar bagi
syarikat-syarikat Malaysia, terutamanya di pasaran seperti Amerika Syarikat,
Kanada, Mexico dan Peru yang mana Malaysia tidak mempunyai FTA.
"Pengeksport
Malaysia akan mendapat kelebihan daya saing berbanding pesaing serantau dalam
mengeksport produk dari sektor elektrik dan elektronik, bahan kimia, barangan
minyak sawit, keluaran getah, barangan kayu, tekstil, dan juga bahagian dan
komponen automotif.
"Semua
ini merupakan eksport utama bagi Malaysia dan menjana sejumlah besar pendapatan
bagi ekonomi negara dan mengambil ribuan rakyat Malaysia sebagai pekerja,"
katanya.
Apapun, Mustapa
amat yakin bahawa TPPA akan membolehkan Malaysia mempromosikan lagi
agenda perdagangan dan pelaburan serta membantu mengurangkan cabaran ekonomi
global.
Jadi
kepada yang ragu-ragu atau bimbang kerajaan tersilap langkah, nasihat memang
baik tetapi hargailah kerajaan yang prihatin terhadap pandangan semua pihak di
negara ini mengenai TPPA ini.
Berilah
pandangan bernas, bukan sering menyalahkan kerana TPPA adalah sesuatu yang sensitif
kepada kerajaan yang memerintah, bukan
sahaja kepada parti politik, NGO dan rakyat seluruhnya.
No comments:
Post a Comment