Pertanyaan
blogger Shahbudin Husin :“Bagaimanakah
dengan perbelanjaan Zahid dan keluarganya ke Indonesia ini? Adakah ia
ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, termasuk penggunaan jet rasmi atau separuh
daripadanya dibiayai wang pembayar cukai manakala separuh lagi melalui wang
poketnya sendiri memandangkan majlis perkahwinan anak lelakinya itu merupakan
acara peribadi keluarganya? Begitu juga dengan pegawai, kakitangan kementerian,
rakan-rakan dan kaum keluarganya yang turut ikut serta, apakah segala-galanya
"ditanggung beres" oleh kerajaan atau atas tanggungan
masing-masing?”
Selanjutnya
syor Shahbudin: “Untuk mengelakkan
fitnah dan salah faham, lebih-lebih lagi dalam dunia ketelusan sekarang ini,
adalah perlu Zahid menjelaskan semua perkara ini secara jujur dan terbuka...Oleh
itu, hanya penjelasan selengkapnya daripada Zahid sendiri dapat memadamkan
segala tanda tanya ini.”
Saya
melihat pertanyaan dan syor ini tidak ada salahnya.
Hanya
orang yang mempunyai ‘niat atau bersalah sahaja’ yang melihat daripada
perspektif negatif. Jika tiada apa-apa yang berlaku, ia adalah pertanyaan biasa
tetapi kerana kepada orang politik dilihat ‘bermotifkan politik’
Tabik kepada Shahbuddin kerana berani.
Bagi
saya Shahbudin sudah MENYELAMATKAN DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI daripada
fitnah dan bala politik yang berpanjangan.
Kerana
iitu, jangan jadikan Shahbudin sebagai mangsa kerana dia amat membantu Dr Ahmad
Zahid. Saya amat yakin, bukan Shahbudin sahaja yang tertanya-tanya mengenai
perkara ini.
Nasib
baik majlis tidak menjadi viral negatif seperti yang pernah berlaku kepada
pemimpin lain sebelum ini. Penjelasan segera oleh Dr Ahmad Zahid dan besannya
sangat dialu-alukan.
Tanpa
pertanyaan Shahbudin, apakah akan ada penjelasan sedemikian?
Melalui
persoalan di blog Shahbudin itu, Dr Ahmad Zahid dapat membuat jawapan, malah
besan Zahid juga membuat ulasan yang jelas bahawa TIADA PENGGUNAAN WANG RAKYAT DALAM MAJLIS DI
JAKARTA ITU.
Besan
kepada Dr Ahmad Zahid, Datuk Seri Chairul Anhar yang juga merupakan Presiden
Diaspora Indonesia di Malaysia berkata, beliau juga berharap tiada pihak
menyalahgunakan kebebasan media untuk membuat fitnah terhadap individu
tertentu.
"Sebagai seorang yang
beriman dan menganut adat-adat ketimuran, saya berharap kepada semua pihak
janganlah acara yang baik seperti pernikahan ini dijadikan bahan propaganda
politik kerana perbuatan jahat tersebut sangat bertentangan dengan moral dan
mana-mana norma agama pun.
"Pada pandangan
saya, apa yang terjadi di media atas talian bukan isu politik tetapi ada
sekelompok orang yang cuba menyebar fitnah kepada besan saya dengan
memanfaatkan kebebasan media. Dan seandainya saya tidak membantah isu tersebut,
akan semakin banyak orang yang tidak berdosa menjadi korban (fitnah)," katanya.
Malah, Chairil yang telah mengenali Dr Ahmad Zahid
lebih 20 tahun itu sekali lagi menegaskan bahawa majlis meraikah pernikahananak perempuannya di hotel Ritz Carlton, Jakarta 19 September lalu dibiayainya
100 peratus.
"Resepsi di Ritz
Carlton Jakarta pada 19 September adalah bagi pihak anak perempuan saya. Sudah
pasti 100 peratus biayanya daripada saya. Kalau ada yang mengatakan biaya
resepsi saya dibantu oleh pihak lain, maka kenyataan tersebut adalah suatu
fitnah dan penghinaan yang paling kejam untuk keluarga besar saya,"
kata Chairil yang berasal dari Bukittinggi, Sumatera.
Sebelum
ini Dr Ahmad Zahid berkata: "Saya harap Shahbudin Husin yang mengenali
saya sejak tahun 1987. Jangan main dengan perkataan dengan menyoal dan menyuruh
saya menjelaskannya. Dia patut jumpa saya untuk (mendapatkan) penjelasan.
Kenapa perlu dia tanya saya supaya menjelaskan kepada umum, sebab saya tak guna
atau salah guna dana awam."
Di
pihak Shahbudin pula, “…sebagai
warganegara Malaysia yang baik hati, saya dengan ini telah pun memadam atau
mengeluarkan artikel bertarikh 20 September 2015 itu daripada blog saya iaitu
shahbudindotcom dengan serta merta sebagai menghormati saranan SKMM itu.
“Saya menerima
seadanya saranan tersebut dan terima kasih kepada pembaca dan penjenguk blog
ini yang banyak menyokong dan memberi kata-kata semangat kepada saya. Insya
Allah, saya akan terus menulis seperti biasa berdasarkan gerak hati dan apa
yang saya rasakan betul untuk diketengahkan.”
Alhamdulilah,
bukalah minda dan berbaik sangkalah kerana Shahbudin dan Dr Ahmad Zahid bukan
baru kenal. Sudah 20 tahun mengenali antara satu sama lain.
Cumanya,
sebagai pemimpin yang sedang melonjak naik, Dr Ahmad Zahid terpaksa bersedia menerima
ujian dan jangan cepat melatah.
Apapun,
kepada Shahbudin, tulisan anda sudah membolehkan rakyat Malaysia dan Indonesia
tahu bahawa Dr Ahmad Zahid tidak mengeluarkan belanja, sebaliknya, besannya
yang berbelanja 100 peratus!
Sebagai pembaca, saya setuju dengan Zahid bahawa Sahbudin patut menghubunginya terlebih dahulu dan masukkan sekali jawapan Zahid. Jadi laporan itu seimbang. Itu lebih baik daripada menyebabkan Zahid dan juga pembaca marah terhadapnya kerana cara penulisan itu memang berat sebelah. Cara penulisan sebegini menunjukkan kawan makan kawan atau nak cari populariti murahan. Dia patut memohon maaf pada Zahid.
ReplyDeleteSetuju dgn mus imah.
ReplyDeleteBudak 3 tahun pun boleh faham tulisan Shahbudin jelas ada niat jahat...