Aduan peguam yang tinggal di Pantai Hill Park - dimajukan terus kepada perdana menteri sebelum dipanjangkan kepada menteri di Jabatan Perdana Menteri dan JAWI serta akhirnya dimaklumkan kepada pihak masjid...peguam itu mendakwa bunyi solat Subuh di masjid itu "amat lantang" sehingga mengejutnya dari tidur!
Sukar mempercayainya. Namun itulah yang diperkatakan oleh penduduk sekitar masjid Kampung Kerichi di tengah Bandaraya Kuala Lumpur.
Kesian dengan penduduk Kampung Kerinci yang dikatakan majoritinya orang Islam dan Melayu.
Kini mereka berdepan dengan bantahan seorang peguam yang mahukan suara azan dan bacaan ayat suci al-Quran diperlahankan.
Apakah kejadian atau keputusan yang dibuat ke atas Majid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinci ini akan menjadi contoh ikutan pada masjid lain di Selangor?
Apakah orang bukan Islam yang komponennya 50 peratus atau lebih di sesuatu kawasan akan turut ‘pasang lawyer’ seperti yang berlaku di Kampung Kerinci?
Laporan Malaysiakini hari ini menyebut “Ekoran aduan, azan masjid Kg Kerinci diperlahankan” yang memaksa pihak pengurusan mengambil pendekatan memperlahankan bunyi pembesar suara ketika laungan azan termasuk ketika solat Jumaat.
Menurut laporan Malaysiakini, tindakan masjid itu dibuat ekoran aduan seorang peguam bukan Islam yang mendakwa bunyi solat di masjid itu "amat lantang".
Malah turut difahamkan aduan peguam tersebut yang tinggal di Pantai Hill Park - yang terletak lebih kurang satu kilometer dari masjid berkenaan. - dimajukan terus kepada Perdana Menteri sebelum dipanjangkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan JAWI serta akhirnya dimaklumkan kepada pihak masjid.
Betulkah dakwaan itu atau sengaja nama Perdana Menteri dan Menteri digunakan?
Dengan membabitkan nama Perdana Menteri dan Menteri, ia akan menjadi isu lebih besar dan semestinya memerlukan penjelasan mereka!
Pengurusan masjid berkenaan dimaklumkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ( JAWI ) bahawa sebelum ini, peguam berkenaan ada menelefon jabatan itu, merungut bahawa bunyi azan "masih lagi kuat".
Ketua imam masjid berkenaan Mahadi Abdullah berkata semalam, pihaknya mengurangkan kadar laungan azan itu selepas mengadakan perbincangan dengan (JAWI) akhir Disember lalu.
Mahadi berkata beliau difahamkan aduan peguam tersebut yang tinggal di Pantai Hill Park - dimajukan terus kepada perdana menteri sebelum dipanjangkan kepada menteri di Jabatan Perdana Menteri dan JAWI serta akhirnya dimaklumkan kepada pihak masjid.
Katanya, dalam surat tersebut - yang salinannya diberi oleh JAWI kepada pihak masjid - peguam itu mendakwa bunyi solat Subuh di masjid itu "amat lantang" sehingga mengejutnya dari tidur.
Mengenai rungutan penduduk yang mereka tidak lagi mendengar bacaan al-Quran dan pengajian kuliah Maghrib manakala laungan azan Jumaat yang perlahan sekarang, Mahadi sekali lagi berkata: "Saya tidak boleh berbuat apa-apa, kita hanya terima arahan dari pihak atasan".
"Selepas berjumpa dengan JAWI, kita memperlahankan sedikit laungan azan (pembesar suara) pada setiap waktu solat.
"Ketika khutbah Jumaat, kita menggunakan pembesar suara dalam dewan solat sahaja," katanya seperti dilaporkan Malaysiakini petang semalam.
Mahadi yang mula bertugas di masjid berkenaan sejak Mac tahun lalu berkata keputusan pihak masjid itu menimbulkan 'rasa tidak puashati' di kalangan penduduk yang majoritinya orang Melayu.
Bagaimanapun, Mahadi berkata beliau "tidak boleh buat apa-apa kerana ia adalah arahan pihak atasan".
"Kita terpaksa ikut," katanya sambil menambah pertemuan beliau dengan pihak JAWI berlangsung pada akhir Disember lalu.
Ditanya mengenai rancangan sekumpulan individu untuk mengadakan perhimpunan membantah tindakan peguam berkenaan, Mahadi berkata, pihaknya ada mendengar mengenainya.
"Tetapi kita (masjid) tidak terlibat apa-apa," katanya sambil menambah beliau tidak mengetahui identiti kumpulan berkenaan.
Yang pasti, isu ini menarik untuk diperhatikan dan Malaysiakini akan ada perkara menarik yang akan berpanjangan untuk dijadikan bahan beritanya!
salam,
ReplyDeletetunggu BN rampas Selangor semula, tengok mcm mana puak2 lawyer haram ni nak berkokok..! Itu lah harga yg dibayar oleh rakyat Selangor bila pangkah pembangkang di M'sia..
TQ
Salam bro...
ReplyDeleteMcm2 berlaku skrg, dimana kelebihan pas dan Pkr dalam pakatan pembangkang kita tak tau utk menjaga agama dan bangsa dan tanah air klu tgk kpd negeri2 yg ditadbirkan oleh pembangkang...
Asalamualaikum dan salam sejahtera...
Bro...yg bising pasal azan ni org MCA,ahli seumur hdup MCA..kalau pangkah BN lagi teruk kot jadinya...MCA kn satu kapal dlm BN~
ReplyDeletesaya berpandangan perkara seperti ini bukanlah soal politik yang menjadi asasnya...persoalan utama yang perlu diperjelaskan adalah bagaimana nak jadikan konsep dakwah islamiyah itu berkesan dalam keadaan masyarakat yang berbilang agama di tempat kita. jelas kita maklum bahawa islam itu adalah rahmat kepada semua tak kira dia tu muslim ke hindu ke buddha ke....menjadi tanggungjawab muslim untuk pastikan apa yang kita lakukan tidak bertentangan dengan konsep itu (islam merupakan rahmat kepada seluruh alam).
ReplyDeletesewajarnya, semua orang tu patut berterima kasih kepada muazzin sebab berinisiatif untuk tolong kejutkan semua orang di pagi2 hari sbb kita maklum, bila kita mulakan hidup seawal pagi, hidup lebih dirasakan sejahtera dan bahagia..renung2kanlah
politik bukan segalanya, tapi politik diperlukan untuk memudahkan sesetengah perkara dalam hidup kita..
umat islam kena bersatu. kalau tidak org bukan islam akan pijak kepala umat islam.
ReplyDeleteahmad khairul ikhwan abdullah jr
bekas penganut agama kristian
salam, mengapa salahkan pakatan rakyat dan kerajaan negeri selangor sekarang. pihak yang memberi arahan bukan dari mereka
ReplyDeletesalam lagi, kalau betul 50% bukan islam di kg kerinci ini bermakna pihak yang diberi amanah untuk kerja mempertahankan hak dan hartanah/warisan orang melayu tidak menjalankan kerja dengan baik,kalau sekarang 50% mungkin akan datang orang melayu hilang kuasa majoriti.kenapa tak ambil ikhtibar rancangan briggs/pembukaan kampung baru 1950 yang banyak kehilangan hak-hak/tanah2 melayu, car ini bukan islam/melayu menjadi tuan. bacaanlah mengenai "Rancangan Briggs 1950"
ReplyDelete